Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

IKBN Kursus sepenuh masa yang ditawarkan

IKBN Kursus sepenuh masa yang ditawarkan




Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir.



 Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.


Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Tambahan 6 buah IKBN lagi sedang diperingkat pembinaan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.


Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.


Matlamat penubuhan IKBN ialah :


- Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
- Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.

- Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.


IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-
> Latihan Kemahiran
> Kepimpinan dan Ketatanegaraan
> Keagamaan dan Kerohanian
> Keusahawanan
> Kawad
> Sukan dan Rekreasi


  IKBN Kursus sepenuh masa yang ditawarkan
  
1. Teknologi Kejuruteraan Elektrikal
2. Teknologi Kejuruteraan Elektronik
3. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
4. Teknologi Kejuruteraan Automotif
5. Teknologi Kejuruteraan Awam
6. Teknologi Kejuruteraan Marin
7. Teknologi Fotografi
8. Teknologi Maklumat
9. Teknologi Tekstil dan Apparel
10. Teknologi Makanan
11. Perkhidmatan Personal



[Muat turun kursus mengikut IKBN]

Senarai Kursus peringkat Sijil, klik di sini untuk muat turun 


Senarai Kursus Peringkat Diploma, KLIK di sini untuk muat turun
 


* Sumber dari : Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .