Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PENGURUSAN JENAZAH CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH

 PENGURUSAN JENAZAH CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH 


Bila dengar cerita ustazah pasal Sakaratul Maut.. sangatla takut. Pesan ustazah ketika sedang nazak, pastikan orang itu menutup aurat dan panggil orang-orang yang alim. kalau ada anak-anak yang soleh lagi baik.

 Sakaratul Maut adalah Majlis Malaikat.. Banyak malaikat yang datang untuk menyabut nyawa sesorang yang sedang nazak. Pastikan menghadap kiblat dan pastikan seseorang duduk di telinga kanan dan bacakan talkin, seorang duduk di bawah kaki dan bacalah Yaasin.Pastikan Yassin dibaca dengan tajwid yang betul. 



Ketika membaca talkin "Lailahaillah: pastikan orang yang nazak tu ikut. tengok mulut dan lidah dia. Bacaan yaasin dibaca supaya yang tgh nazak mengikut bacaan yasin dan terleka supaya malaikat senang menyabut nyawa.. Ketika nyawa terkeluar, hijab pun terbuka dan dapat melihat syurga atau neraka. yang dapat melihat syurga akan tenang dan senyum.

Apabila sudah meninggal dunia, ucaplah innalillah.. ambil kain tutuplah mayat tadi, ambil gunting dan gunting baju yang dipakai . Jangan sampai terbuka aurat.ambil besen beserta air suam, laplah mayar tersebut. bersihkan najis. ikat tangan, ikat dagu, lutut dan kaki, lapik kan di bawah. pakaikan serkup kepala dan tutup muka.. Sapukan minyak dan urut  untuk melembutkan sendi-sendi.

Sumber artikel di atas: mypillar, klik di sini. 

 CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH 

Menurut bloggers mypillar lagi, ustazahnya telah berpesan ketika memandikan jenazah, elakkan lalu di bahagian kepala.kalau rasa lain macam bacalah Ayat Qursi 3 kali dan ayat yang last 7 kali. ini untuk mengelakkan kita teringat-ingat mayat tersebut. 

Bila balik ke rumah pun kita kena mandi sunat. Niat dia "Sahaja Aku Mandi Sunat selepas memandikan jenazah kerana Allah Taala. mandi bersama-sama pakaian yang kita pakai. 

Memetik kata-kata bloggers mypillar:

"Aku rasa mandi yang paling challenging, kena slow-slow. kena urut-urut perut sebelah kanan untuk buang najis. kena korek. Kalau najis banyak terpaksalah ambil masa yang lama. Kata ustazah kalau dah rasa lama sangat berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan menguruskan mayat. In-syaaallah akan dikabulkan."

 CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
 

1- Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan.
2- Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
3- Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala hingga hujung kaki. Siraman air hendaklah bermula daripada kepala.
4- Istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
5- Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
6- Menggeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
7- Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tinggal.
8- Siram dan basuh dengan air sabun.
9- Bersihkan gigi, hidung, telinga, jari tangan, pelipat lengan, celah ketiak, rambut, dan jari kaki.
10- Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

11- Kemudian bilas dengan air yang bersih ke seluruh anggota mayat sambil berniat.

Lafaz niat jenazah lelaki,
" Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini kerana Allah Taala."

Lafaz niat jenazah perempuan.
 " Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini kerana Allah Taala."

12- Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
13- Siram sebelah kanan dan kiri 3 kali.
14- Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
15- Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
16- Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
17- Sediakan air kapur barus.
18- Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis(kain kapan).
19- Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
20- Lepas itu wudukkan mayat.
21- Lapkan mayat menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
22- Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain.
23- Setelah itu mayat diusung ke tempat pembaringan untuk dikafankan.
24- Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. Contohnya rambut, kuku dan lain-lain.


Kelengkapan Pengurusan Jenazah Kifayah

 


RM 165.00, BERAT  3,000.00 Grams


 Pengurusan Jenazah.


 Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:

 
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set

Rasulullah SAW  bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)' Untuk mendapatkan set kelengkapan jenazah ini boleh hubungi
Encik Sulaiman 019 9851773

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .