PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM DENGAN PERCUBAAN SPM
PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM
Pengenalan
PROGRAM
PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM adalah sebuah program khas yang diwujudkan
oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibawah tanggungjawab
Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, UTHM. K-UTECH Edu telah diberi kepercayaan untuk membantu menjayakan program ini.
PROGRAM
PERSEDIAAN DIPLOMA bertujuan untuk memberi pengukuhan asas sains yang
merangkumi komponen Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains Kejuruteraan.
Program ini terbuka kepada semua calon-calon peperiksaan SPM.
Permohonan adalah berdasarkan Peperiksaan Percubaan SPM.
Menariknya
program ini adalah di mana pelajar berpeluang merasai suasana
pembelajaran dalam persekitaran universiti seterusnya mereka berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma bagi program-program DIPLOMA
KEJURUTERAAN di UTHM. Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu
semester iaitu selama empat(4) bulan, bermula pada Januari sehingga
April.
Berikut adalah senarai program-program kejuruteraan UTHM:
1.Diploma Kejuruteraan Awam
2.Diploma Kejuruteraan Mekanikal
3.Diploma Kejuruteraan Elektrik
4.Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam
5.Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
6.Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik
7.Diploma Teknologi Maklumat
8.Diploma Sains Gunaan
Program
ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu semester. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah secara kuliah, amali, tutorial, dan pembentangan
dalam kuliah.
PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM DENGAN PERCUBAAN SPM
Monday, November 04, 2013
IPTA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kejuruteraan, PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM, selepas SPM, UTHM
No comments
Tawaran
Pemohon perlu membuat semakan dan pengesahan tawaran dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Pejabat Am K-UTECH Edu Sdn. Bhd.
Blok C, UTHM (Kampus Bandar),
Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
No. Tel : 07-453 1334
No. Faks : 07-453 1650
E-mel : kutechedu.uhsb@uthm.edu.my
SILA KE WEBSITE http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/perdip.html
0 Comments:
Post a Comment