Home »
1Dream 2U
,
bimbingan kerjaya
,
Halatuju
,
kaunseling kerjaya
,
kerjaya
,
KPT
,
Selepas Matrikulasi
,
Selepas Peperiksaan
,
selepas SPM
,
Temerloh
,
UPU
» Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti
Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti
TEMERLOH — Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream
2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan
impian pelajar ke universiti tempatan.
Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan
Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus
pengajian pilihan mereka di universiti kelak.
Program 1Dream 2U menyasarkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas
yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.
Katanya, program itu dilaksanakan berikutan ramai lepasan SPM dan
STPM yang gagal meneruskan pengajian dan impian mereka ke universiti
kerana kesilapan memilih kursus.
"Calon berkenaan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kursus
tertentu, tetapi pilihan yang kurang tepat menyebabkan mereka gagal
bersaing dan mendapat tempat di universiti,” katanya kepada pemberita
selepas melancarkan Program 1Dream 2U: Impian Ke Menara Ilmu bagi daerah
Temerloh di sini hari ini.
Saifuddin berkata, pegawai UPU dengan kerjasama pegawai Pelajaran
Daerah dan guru akan menjelajah ke semua sekolah menengah bagi memberi
taklimat terperinci berkaitan pemilihan kursus yang sesuai dengan
kelulusan dan minat calon.— BERNAMA
Related Posts:
Memori Indah di TJ Memori Indah di TJ
TJ
Terima kasih
atas memori indah
kerjasama dan bantu membantu
TJ
walaupun seketika
ada yang tak pernah bersua
banyak cerita
yang belum sempat di manuskrip
Namun
nilai persahabatan
nilai kejiranan
amat … Read More
BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOHBUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pokok kelapa dikenali sebagai pohon 1001 guna dalam masyarakat kita. Dulu masa sekolah rendah, saya masih ingat guru Bahasa Melayu menyuruh ka… Read More
Kraf Tangan Kayu Dari Temerloh Bertaraf Dunia
Kraf Tangan Kayu Dari Temerloh Bertaraf Dunia
Encik Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf
Cantik kan ukiran ini...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Temerloh, bukan setakat titik tengah Semena… Read More
Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti
Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti
TEMERLOH — Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream
2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan
impian pelajar ke… Read More
Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugasGuru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas
TEMERLOH 24 Jan. - Seorang guru masih mampu
meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa walaupun menghidap penyakit
berkaitan saraf iaitu Prolapse Intervertebral… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment