Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN
 



TUJUAN
Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara.

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Menyediakan tenaga kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
  2. Menyedia dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
  3. Melaksanakan transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera utama ekonomi negara.

PELAKSANAAN

Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran (competency based skill training) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Persijilan PLKPL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran, pemantapan jatidiri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.

PERSIJILAN
  1. Sijil Kemahiran Tahap 1 (SKM T1)
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM T2)
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM T3)
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM T4)

BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ternakan (Ruminan)
  2. Tanaman
  3. Akuakultur
  4. Teknologi Perikanan Tangkapan
  5. Pengedaran Makanan (Pemasaran)
  6. Pemprosesan Makanan
     
Bil Pusat Bertauliah Bidang
1.
a.  Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Kampus Utama)
Ternakan (Ruminan) / Tanaman / Akuakultur / Pemprosesan Makanan
b. Kolej Pertanian Malaysia. Caw. Jalan Langgar, Alor Star, Kedah
Pemprosesan Makanan
2.
Sekolah Pemasaran Sungai Petani, Kedah
Pengedaran Makanan (Pemasaran)
3.
Institut Veterinar Malaysia (IVM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kluang, Johor
Ternakan (Ruminan)
4.
Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI), Jabatan Perikanan Malaysia, Pulau Sayak, Kedah
Akuakultur
5.
Institut Perikanan Malaysia (IPM), Jabatan Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu
Teknologi Perikanan
Tangkapan
6.
Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL), Jabatan Pertanian Malaysia, Kuala Lipis, Pahang
Tanaman
7.
Pusat Perkhidmatan Teknikal, MARDI, Serdang Selangor
Pemprosesan Makanan
8.
Sekolah Perikanan Tangkapan, Tanjung Manis, Sarawak
Teknologi Perikanan
Tangkapan
 


TEMPOH LATIHAN PESERTA SETIAP TAHAP ADALAH SEPERTI BERIKUT:
 
TAHAP 1 & 2  6 bulan (600 jam)
TAHAP 3  12 bulan (1,200 jam)
TAHAP 4  12 bulan (1,200 jam) ditambah dengan 3 bulan Latihan Industri (LI)

Bidang Pensijilan Yang Ditawarkan Tahap Institusi Lain
 Tanaman
(pdf, 1MB)
  • Sijil Pekerja Ladang Pertanian
  • Sijil Juruteknik Tanaman
  • Sijil Penyelia Tanaman
  • Diploma Eksekutif Tanaman
  • Diploma Penolong Pegawai Teknologi (Fertigasi)
 Tahap 1
 Tahap 2
 Tahap 3
 Tahap 4
  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4 & 5)
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang (Tahap 1, 2 & 3)
 Ternakan (Ruminan)
(pdf,1MB)
  • Sijil Pekerja Ladang Ruminan
  • Sijil Pembantu Ladang Ruminan
  • Sijil Penyelia Ladang Ruminan
  • Diploma Penolong Pengurus Ladang Ruminan
 Tahap 1
 Tahap 2
 Tahap 3
 Tahap 4
  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4 & 5)
  • Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor (Tahap 1, 2 & 3)
 Akuakultur
(pdf,1MB)
  • Sijil Juruteknik Rendah Akuakultur
  • Sijil Juruteknik Akuakultur (Marin)
  • Diploma Eksekutif
 Tahap 2
 Tahap 3
 Tahap 4
  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4 & 5)
  • Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI), Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah (Tahap 1, 2 & 3)
Teknologi Perikanan Tangkapan
(pdf, 1MB)
  • Sijil Kru Mahir Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Sijil Pembantu Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Sijil Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan Pesisir
  • Fishing Skipper
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
  • Institut Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu (Tahap 1, 2, 3 & 4)
  • Sekolah Perikanan Tanjung Manis, Sarawak (Tahap 1 & 2)
Pemprosesan Makanan
(pdf, 1MB)
  • Sijil Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
  • Sijil Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan
  • Sijil Penyelia Pemprosesan Makanan
  • Diploma Penolong Pengurus
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
  • Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Alor Setar Kedah (Tahap 1, 2, 3 & 4)
  • MARDI, Serdang, Selangor (Tahap 1, 2 & 3)
  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah.
Pengedaran Makanan (Pemasaran)
(pdf, 1MB)


  • Sijil Wakil Pemasaran Pengedaran Makanan
  • Sijil Penyelia Pemasaran Pengedaran Makanan
  • Diploma Penolong Pengurusan Pemasaran Pengedaran Makanan
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
  • Sekolah Pemasaran Sg. Petani, Kedah (Tahap 2 & 3)
  • Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4)


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

Tahap Sijil/Diploma Tempoh Kelayakan Akademik Umur
Tahap 1
Sijil
6 Bulan Sekurang-kurangnya memiliki UPSR 18-25 Tahun
Tahap 2
Sijil
6 Bulan Lulus SKIM Tahap 1
Tidak Melebihi 45 Tahun
Tahap 3
Sijil
12 Bulan Lulus SKM Tahap 2 Tidak Melebihi 45 Tahun
Tahap 4
Diploma
12 Bulan + 3 Bulan
Latihan Industri
Lulus SKM Tahap 3 Tidak Melebihi 45 Tahun


SYARAT UMUM:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Sekurang-kurangnya memiliki UPSR
  4. Sihat Tubuh Badan
  5. Berminat dan komited untuk tugasan luar

PEMBIAYAAN LATIHAN:

Kos latihan, pengajian bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, makan dan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Pelatih hanya perlu menanggung kos insuran dan cukai setem.

CARA MEMOHON:

Menggunakan aplikasi dalam talian (online application)
  • Pembelian nombor unik ID di kaunter atau ATM (Auto Teller Machine) BSN atau SMS banking SEHARI selepas iklan disiarkan
  • Capaian maklumat dan borang permohonan melalui aplikasi dalam talian di laman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 3, Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya.

Tel: 03-8870 1000
Faks: 03-8888 6908
http://www.moa.gov.my


ARTIKEL TAMBAHAN:



Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan
-----------------------------------------------
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri
latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan
Kemahiran Pertanian Kebangsaan bagi Sesi Januari 2013. Pengambilan
bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Majlis Latihan Pertanian
Kebangsaan (NATC). Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan
oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali
sebagai UPU dan juga Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
bergantung kepada program latihan.

Bidang Latihan:
-Tanaman
-Ruminan (Ternakan)
-Pemasaran
-Pemprosesan Makanan
-Teknologi Perikanan Tangkapan
-Akuakultur
-Pengeluaran Padi

Kampus Latihan:
-Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Kampus Induk)
-Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Kedah
-Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
-Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor
-Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor
-Sekolah Pemasaran Pertanian, Sungai Petani, Kedah
-Pusat Penyelidikan Perikanan , Pulau Sayak Kedah
-Institut Perikanan Chendering, Terengganu
-Sekolah Perikanan Tangkapan Tanjong Manis, Sarawak
-Institut Pertanian Serdang, Selangor
-MADA Rice Training Centre, Kedah
-Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh, Johor

Syarat Umum:
-Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun dan ke atas
-Memiliki SPM dan setaraf (Kelulusan lain boleh dipertimbangkan)
-Sihat tubuh badan
-Berminat dan komited untuk tugasan luar

Kemudahan:
-Kos latihan, pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan,
penginapan, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Permohonan:
Permohonan terbahagi kepada dua;
-Permohonan Baru – memiliki SPM atau setaraf
-Permohonan Naik Tahap – memiliki SKM 1

Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Permohoan Program
Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC.
Permohoan Program Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC Sesi Januari 2013

Tarikh Tutup : 15 November 2012

Permohonan : http://www.moa.gov.my/natc


Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan NATC sila hubungi baharom@moa.gov.my
 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .