Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Remaja mudah terdedah HIV AIDS

Remaja mudah terdedah HIV AIDS




 


Pendedahan mengenai HIV, AIDS perlu dilaksanakan secara meluas bagi membasmi gejala tidak sihat itu berleluasa.




Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Muhammad Shukri Salleh berkata, isu itu perlu diketengah dan dibincangkan dengan terperinci bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya golongan muda.






Katanya, masa remaja merupakan masa transisi dari masa kanak-kanak ataupun remaja awal kepada remaja akhir.






“Pada masa transisi, remaja merupakan kumpulan yang mudah terikut-ikut dan terdedah kepada gejala-gejala sosial tidak sihat seperti pelacuran, dadah dan seks sebelum perkahwinan.
“Pengetahuan yang mencukupi tentang isu ini, perlu didedahkan kepada semua mahasiswa yang menjalani kehidupan baru di kampus, agar mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menghancurkan masa depan dan impian mereka untuk berjaya,” katanya ketika merasmikan program Aku, Dia dan HIV.

Program itu diadakan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) sesi pengajian Nov 2012–April 2013 di UiTM Cawangan Machang, di sini.

Pelbagai isu berkaitan HIV dan AIDS dibincangkan oleh ahli panel jemputan sempena program tersebut, Kaunselor HIV/AIDS Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pengurus Pertubuhan Masyarakat Prihatin, Dr Zahrain Zulkifli dan Penolong Pengarah Dakwah, Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas, Tuan Anuwa Tuan Mat.



Manakala, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pasir Puteh, Afifi Abdullah bertindak sebagai moderator program tersebut.


Penyelaras Program, Che Azlina Che Pa berkata, pelbagai pendekatan dilaksanakan dalam usaha mengajak golongan muda menjauhi gejala tidak sihat.
Katanya,  usaha tersebut diharapkan mampu meningkatkan kesedaran penuntut  dalam menangkis anasir negatif dalam hidup mereka, yang mana mampu memusnahkan masa depan mereka jika tidak ditangani dengan bijak.


Sumber Sinar Harian sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .