Valentines Day Jom Remaja Muslim Usah Sambut
Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Marilah kita hayati betapa Sayang Cinta dan rindu Nabi Muhammad SAW kepada kita, Umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman sangat mendalam, saudaraku. Sila klik di artikel ini http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/salam-maulidur-rasul-rindu-dan-cinta.html
Hari Kekasih juga digelar sebagai: “Valentine 's Day” yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.
Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan
berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang
mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.
Kasih sayang keluarga perlu diperkukuhkan. Ibubapa memberi perhatian pendidikan agama dan perkembangan sosio emosi remaja,
keluarga harmoni, asas masyarakat sejahtera, negara sentosa.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan lagi, di dalam Islam tidak ada hari
tertentu untuk meraikan kekasih ataupun kasih sayang. Islam merupakan
agama yang menitikberatkan kasih sayang, dan SETIAP DI DALAM ISLAM ADALAH HARI KASIH SAYANG.
Akhbar Berita Harian, bertarikh 9 Februari 2013 melaporkan JAIS Nasihat Remaja Islam Tidak Rai Hari Kekasih. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, seperti yang telah dilaporkan oleh Akhbar Berita Harian, bertarikh 14 Februari 2012, pula telah berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.
Imam Muda nasihat lupakan Hari Kekasih sebagaimana yang telah dilaporkan Berita Harian 13/2/2011. Menurut Imam Muda Asyraf, Sambutan dorong kelakuan tak bermoral.
Berikut adalah
sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih 14 Februari :
1-
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis
untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis
seumpamanya.
2-
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada
kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap
yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3-
Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan
menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap
mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4-
Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari
tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka
menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada
sesiapa yang mereka cintai.
5-
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa
sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day)
sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan
Sebarang cara sambutan Hari Kekasih termasuk hanya bertujuan untuk 'suka-suka' seperti memberi hadiah dan bunga kepada pasangan wajar dielakkan masyarakat Islam kerana perbuatan itu meniru budaya penganut agama lain yang menyambut hari berkenaan
JAIS nasihat remaja tidak rai Hari Kekasih
Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihati remaja beragama Islam supaya tidak meraikan Hari Kekasih, Khamis ini kerana ia boleh menjerumuskan mereka kepada gejala tidak bermoral.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Hussin (gambar), berkata pihak JAIS akan meningkatkan operasi serta serbuan pada malam sambutan berkenaan selain meningkatkan siri ceramah kesedaran di kalangan masyarakat.
Selain itu, JAIS menyediakan khutbah Jumaat khas yang dibacakan khatib di seluruh negeri," Marzuki Hussin, Pengarah JAIS“Kita akan meningkatkan operasi pada hari berkenaan kerana tidak mahu golongan muda terbabit dalam kegiatan zina atau perbuatan menghampiri zina,” katanya selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Masjid Negeri, di sini semalam.
Ceramah dan seminar
Marzuki berkata, pelbagai ceramah dan seminar turut diadakan pada malam hari kekasih itu dengan harapan dapat mendidik golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan perayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu.
“Selain itu, JAIS menyediakan khutbah Jumaat khas yang dibacakan khatib di seluruh negeri ini bagi mengingatkan orang Islam supaya tidak terpengaruh atau terjebak dengan budaya tidak sihat ini,” katanya.
Sumber; Berita Harian,
JAIS nasihat remaja tidak rai Hari Kekasih
2013/02/09 - 05:06:54 AM
Hormati fatwa tak sambut Hari Kekasih
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.
“Jika ada yang kata nak berikan bunga atau hadiah kepada pasangan sekali pun pada hari berkenaan, itu juga adalah tanda mereka menyambutnya. Mengapa tidak diberikan saja pada hari lain?, ” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tanggapan sesetengah masyarakat Islam di negara ini bahawa perayaan Hari Kekasih boleh disambut secara ‘suka-suka’ dengan hanya memberikan bunga atau hadiah tanpa membabitkan sebarang keraian lain.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang daripada membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih kerana amalan itu tidak pernah dianjurkan Islam.
Selain itu, roh perayaan itu mempunyai unsur agama Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan
Sumber; Berita Harian, Hormati fatwa tak sambut Hari Kekasih
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.
Tarikh
14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta
sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti
ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama
Kristian.
Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru
agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine
Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan
Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah
Islam itu sendiri.
Perbuatan
untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’
kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus
kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini
dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran
hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari
berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah
demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya
budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara
aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam
erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai
Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu
sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan
aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku
agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya
kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka
walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya:
Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi
kalau bukan mereka.”
Keputusan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006
telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah
dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur
Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para
mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan
meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang
dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga
24 November 2005 yang lalu.
Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya
Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis
seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja
Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula
dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang
tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.
Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati
kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat
Kristian.
Justeru,
Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar
tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara
yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.
Berikut adalah
sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1-
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis
untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis
seumpamanya.
2-
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada
kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap
yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3-
Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan
menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap
mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4-
Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari
tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka
menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada
sesiapa yang mereka cintai.
5-
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa
sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day)
sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun,
segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan
menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati
hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat.
Ironinya, remaja
menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang
tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya
berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah
kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya
perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga
menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu
bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak
mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara
yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah
dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan
tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti
bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara
kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan
hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat.
Hubungan
kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh
dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat
lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang (
bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai
kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk
sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja
negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39
Imam Muda nasihat lupakan Hari Kekasih
“Kita menghalang sambutan Hari Kekasih bukan kerana ia dari barat tetapi kerana menyalahi ajaran Islam.
“Lagipun, kita boleh meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu yang juga amalan dari masyarakat barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama kita,” katanya yang menjadi panel jemputan program Bicarawara dan pelancaran ‘Kempen Awasi Jerat Hari Valentine’s,’ di sini, kelmarin.
Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan disiarkan di saluran TV1 jam 11 malam, 18 Februari ini.
Selain Asyraf, program itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Pengarah Urusan Raudhatul Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil JAKIM, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Lebih 1,000 penonton menghadiri program itu yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi tempatan (IPT), pelajar sekolah menengah dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Mengulas lanjut mengenai elemen kasih sayang yang ditampilkan dalam sambutan Hari Kekasih, Muhammad Asyraf berkata, kasih sayang antara dua jantina berbeza bukan hanya menggunakan janji manis tetapi perlu diikat dengan satu akad yang menyimpulkan ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi.
“Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia tetapi ia bermatlamat menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni.
“Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia, kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang dianjurkan oleh Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mahu lebih banyak program pendidikan diadakan bagi menyedarkan golongan muda mengenai percanggahan perbuatan menyambut Hari Kekasih dengan ajaran Islam.
“Program berbentuk pendidikan adalah lebih sesuai berbanding penguatkuasaan undang-undang kerana ia mampu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan lebih baik dari segi jangka panjang,” katanya.
2011/02/13 - 04:20:22 AM
0 Comments:
Post a Comment