Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pelajar Cemerlang Matrikulasi Belajar ke luar negara

Pelajar Cemerlang Matrikulasi Belajar ke luar negara

 

192 pelajar cemerlang matrikulasi ditaja
 belajar ke luar negara


Dr Mohd Puad Zarkashi

CHANGLUN - Seramai 192 pelajar lepasan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ditaja melanjutkan pelajaran ke luar negara sejak 2006 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata semua pelajar yang ditaja itu mengikuti bidang pengajian kritikal iaitu Sains dan Matematik. 


"Untuk tahun ini seramai 39 pelajar cemerlang lepasan matrikulasi ditaja sepenuhnya oleh KPM mengikuti program peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom. 


Boleh lihat artikel blog ini sebelum ini di SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI DI SINI

 

"Kita amat berpuas hati dengan prestasi program matrikulasi kerana pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (Kakum) ke-12 di Kolej Matrikulasi Kedah di sini hari ini. 


Mohd Puad yakin matlamat kerajaan menubuhkan kolej matrikulasi untuk menyediakan pelajar-pelajar mengambil bidang-bidang kritikal seperti perubatan dan pergigian tercapai.


Beliau berkata permohonan memasuki kolej matrikulasi semakin bertambah setiap tahun dan difahamkan pada tahun ini permohonan meningkat 10 peratus.    


"Ini membuktikan kolej matrikulasi menjadi institusi pendidikan pilihan dan rebutan anak-anak kita yang telah menamatkan pelajaran peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sebelum masuk ke universiti. 


"Saya yakin program-program yang kita laksanakan termasuk dalam bidang kokurikulum ini dapat memastikan kita mampu melahirkan modal insan yang berkualiti," katanya. 


Mohd Puad berkata pada tahun ini kerajaan persekutuan memperuntukkan RM294.4 juta bagi belanja mengurus kolej matrikulasi dan RM5 juta lagi khas untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. -
Bernama

Sumber; TERIMA KASIH SINAR HARIAN



Related Posts:

  • Kerjaya Arkitek Kerjaya Arkitek  Bangunan Bekas Masjid  pada zaman Kegemilangan Tamadun Islam di Andalusia.  Masjid Alhmbra, Andalusia, Sepanyol. Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kepada para pelajar, ter… Read More
  • Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia :   Kumpulan Pengurusan dan Profesional & Kumpulan Sokongan.   - Jawatan Kosong Akauntan, Pegawai tadbir, Juruteknik, Peng… Read More
  • Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia Perubahan Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai tahun 2009 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry ini sebagai kemudahan Dunia GBK membuat rujukan. Gred… Read More
  • Kursus Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia Kursus Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia  Warganegara Malaysia Lepasan SPM dipelawa mengikuti Program Latihan Bertaraf Diploma. Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap t… Read More
  • TAKLIMAT KERJAYA MGKKDM & IIUM HIGHER EDUCATIONTAKLIMAT KERJAYA OLEH  MGKKDM (MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH MARAN) & IIUM HIGHER EDUCATION DI SMK JENGKA PUSAT 2 Pada Hari Sabtu, 23 April 2011 telah diadakan sebuah sesi Taklimat Kerjaya dan Peluang Mel… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .