Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tahniah 2,313 Murid Miskin Ditawar Ke SBP

Tahniah 2,313 Murid Miskin Ditawar Ke SBP
Sekolah Berasrama Penuh



Tahniah kepada yang berjaya menempatkan diri ke SBP. Semoga adik-adik pelajar yang berjaya menempatkan diri di SBP dan Sekolah Kawalan KPM, memanfaatkan peluang yang ada itu dengan belajar bersungguh-sungguh. Semoga anda menjadi insan berguna untuk keluarga, agama, nusa dan negara. 

Sebagai salah seorang bekas pelajar di sebuah SBP, saya sendiri merasa gembira di sekolah berkenaan.

 Bagi pelajar yang tidak berjaya ke SBP, usah berdukacita ya. Pasti ada hikmah pada setiap kejadian yang berlaku. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Di sekolah harian pun ada peluang untuk anda meraih kejayaan.SMK Jengka 2 sendiri ebagai sebuah sekolah harian pernah melahirkan pelajar yang cemerlang. Contohnya pada  tahun 2010 yang lalu, terdapat calon SPM dari SMKJ2 yang meraih A dalam semua subject yang diambilnya.

2,313 Murid Miskin Ditawar Ke Sekolah Berasrama Penuh
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.
Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di tingkatan satu SBP.
Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.
Menurut kenyataan itu, pihak kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu SBP dengan seramai 62,338 pemohon terdiri daripada murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.
Tempat yang diperuntukkan ialah untuk seramai 7,710 murid iaitu 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.
"Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru, Kementerian Pelajaran akan menawarkan sekurang-kurangnya 5,397 atau 70 peratus tempat kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan, keputusan pemilihan dan penempatan murid ke tingkatan satu SBP akan diumumkan selewatnya 16 Disember depan.
Keterangan lanjut boleh diperoleh di laman web www.moe.gov.my dan murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121124/pe_01/2313-murid-miskin-ditawar-ke-SBP#ixzz2DaoO4LdU
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di
Tingkatan Satu SBP 


.

Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.

Ia berkata kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu SBP, dengan seramai 62,338 pemohon terdiri dari murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.

Tempat yang diperuntukan ialah untuk seramai 7,710 murid, 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.

Sumber: BERNAMA, 23 November, 2012 22:24 PM


Syarat Baru Kemasukan SBP Untuk Murid Miskin, Luar Bandar 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

"Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapatmenumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

"Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu," katanya.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.

Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.

Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman. - BERNAMA

 sumber; http://mstar.com.my/










4 Comments:

atuk said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah
moga mereka terus berjaya

sendiriDOTnet said...

gunakan peluang yang ada

Puan Ummi said...

Waalaikumussalam Atuk
amin teq atuk

Puan Ummi said...

sendiridotnet
pe;uang tak datang selalu kan.
bnyk keistimewwaan jika telah terpilih ke SBP ni sebenarnya

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .