Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KETAGIH TEKNOLOGI MAYA

KETAGIH TEKNOLOGI MAYA

Senario di atas sebahagian daripada masalah generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja, hari ini. Kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah kelebihan positif buat remaja mencari maklumat dan menikmati faedah teknologi maklumat (IT).

Namun, situasi membimbangkan seperti itu terjadi berikutan remaja gagal mengawal kecenderungan masa di alam maya menyebabkan mereka ‘terkurung’ dalam dunia ciptaan sendiri.


Jika dibandingkan zaman kanak-kanak gen Y (lahir di awal 80-an), permainan teng-teng, melastik dan permainan minda, sahiba adalah cara membina komunikasi bersama individu sekeliling termasuk ibu bapa serta rakan sebaya.


Bagi Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fairuz Nazri Abd Rahman, tiada cara mudah menyekat remaja daripada melakukan aktiviti kegemaran masing-masing. 


 

Bagaimanapun, kebijaksanaan ibu bapa atau penjaga memanipulasi situasi sekali gus mengawal masa anak-anak di alam maya mampu mengatasi masalah suka bersendiri atau mental dihadapi.


“Internet dan alam maya adalah tanda kepesatan teknologi, memudahkan kerja dan ada pelbagai keseronokan, maklumat dan hiburan.


“Namun, ketagihan internet terlampau hingga berbelas-belas jam sehari berisiko menjejaskan perkembangan minda pelayarnya, menyebabkan tingkah laku tidak terkawal (agresif), kurang berinteraksi dan cenderung meniru aksi ditonton pada alam maya.

“Malah, kebanyakan remaja terutama lelaki secara tidak sengaja mudah terikut dengan pengaruh rakan sebaya sekali gus terjebak melayari laman web porno atau lucah,” katanya.

Jelasnya, peranan ibu bapa adalah mengehadkan aktiviti anak-anak di hadapan skrin, jauhi tindakan memberikan gajet sebagai alat supaya anak leka dan tidak meragam atau menggunakan gajet sebagai penghubung atau alat pemantau anak di luar rumah.


sumber



Related Posts:

  • Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalam bagi setiap sekolah di Malaysia.SAPS merupakan sistem baru… Read More
  • Tarikh Keputusan SPM 2012 Keluar Mac 2013 Tarikh Keputusan SPM 2012 Keluar Mac 2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon SPM 2012 yang sedang berdebar menunggu keputusan SPM, diharapkan anda bertenang dalam menerima keputusan peperiksaan anda. … Read More
  • Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan  Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan       Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan   Chicago: Seorang bayi perempuan di Mississippi yang dilahirkan dengan jangkitan HIV didapati puli… Read More
  • Jiwa Anak Kecil Jiwa Anak Kecil   Anak itu  selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan yang  cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima … Read More
  • Terperangkap dalam tubuh lelaki Terperangkap dalam tubuh lelaki   TERPERANGKAP dalam tubuh yang salah - setidak-tidaknya itulah tanggapan golongan 'mak nyah' yang rata-rata percaya mereka adalah wanita tetapi terperangkap dalam tubuh lelaki. K… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .