Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sedihnya Pelajar tingkatan 4 jadi penagih

Sedihnya Pelajar tingkatan 4 jadi penagih

Semoga remaja ini dan senasib dengannya insaf dan mendapat rawatan sebaik-baiknya....

Pelajar tingkatan 4 jadi penagih


Remaja 16 tahun yang baru disingkirkan dari persekolahan ditahan polis kerana dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah.


PULAU SERAI - Tiga remaja belasan tahun termasuk seorang daripadanya pelajar sekolah menengah ditahan polis dekat sini, petang kelmarin kerana dipercayai terlibat penyalahgunaan dadah.

Tembelang tiga remaja ini terbongkar setelah mereka datang ke satu port berdekatan sebuah bangunan kedai untuk mendapatkan bekalan dadah daripada pengedar.


 

Bagaimanapun, tindakan mereka akhirnya memakan diri sendiri apabila kedatangan mereka sudah ditunggu pihak polis yang memasang perangkap selepas menahan seorang rakannya yang dipercayai menjadi pembekal utama dadah tersebut.

Suspek, masing-masing berasal dari Sura Jetty dan Kampung Bemban itu difahamkan baru beberapa bulan terlibat dengan dadah jenis pil kuda dan mereka dikatakan mendapat bekalan bahan larangan itu daripada seorang pelajar sekolah menengah yang menjadi pengedar kecil-kecilan.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek termasuk salah seorang daripadanya yang mengaku anak pesara kerajaan berpakaian seragam didapati positif dadah jenis methampethamine.
Remaja yang bersekolah di tingkatan empat, di salah sebuah sekolah menengah di daerah ini juga turut disahkan positif dadah jenis methapethamine dan dia dipercayai mendapat bekalan dadah berkenaan dengan harga RM25-RM30 sebiji bagi tujuan melepaskan gian.
SUMBER; SINAR HARIAN





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .