Luahan Anak Yatim Piatu
Lebih bermakna jika ada ayah ibu
DOA BUAT IBU BAPA
Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal itu kematian bapa, Wan Lokman Wan Abas ketika berusia tiga tahun akibat barah usus dan ibu, Lailah Harun pada 2010 akibat barah payudara.
Menurutnya, di sebalik kegembiraan itu, dia tetap sedih kerana tidak sempat berkongsi kejayaan itu dengan insan yang disayangi.
“Siapa tidak sedih melihat rakan lain gembira untuk berkongsi kejayaan dengan ibu bapa masing-masing sedangkan saya berseorangan dan cuma mempunyai abang serta ibu saudara untuk berkongsi kegembiraan.
“Ketiadaan ibu bapa menyebabkan saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menempa kejayaan seterusnya berjaya dalam hidup.
“Saya tidak mempunyai tempat bergantung selain adik-beradik dan ibu saudara, justeru saya perlu berdikari dan memastikan berjaya dalam pelajaran bagi mencapai cita-cita sebagai ahli perniagaan,” kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.
Pesanan arwah ibu jadi pembakar semangat
PADANG BESAR: Biarpun terpaksa menjadi ‘pembantu rumah’ selepas kehilangan ibu kandung akibat penyakit kencing manis dua tahun lalu, ia tidak menghalang Nuradalia Mustafa, 12, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan, semalam.Selain memberi tumpuan di dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan bersama rakan, Nuradalia tidak pernah ponteng kelas dan itu adalah pesanan arwah ibunya, Sarimah Ali, 46, sebelum meninggal dunia.
Nuradalia yang juga murid Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mata Ayer, di sini, berkata arwah ibunya sering menasihatinya tidak ponteng kelas dan belajar bersungguh-sungguh memandangkan mereka bukan keluarga senang.
“Saya sendiri terkejut dan tidak menduga memperoleh keputusan 5A dalam UPSR kerana dalam ujian percubaan lalu hanya memperoleh 4B 1C saja,” katanya.
SUMBER; HARIAN METRO
0 Comments:
Post a Comment