Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

UPSR SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang

UPSR SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang 

 

 Artikel ini telah disiarkan di akhbar Kosmo secara offline dan online pada 20 Nov 2012. Hanya pada hari ini penulis blog berkesempatan memuat naik artikel ini di blog ini. 

Artikel ini adalah sebagai sumber rujukan online penulis blog, dalam menjalankan tugas hakiki pada masa akan datang, InshaAllah. 

Segala permohonan dan pertanyaan berkaitan SBP sila hubungi pihak berkaitan. Sekian terima kasih.

SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR - Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) cemerlang tahun ini terpaksa berebut kekosongan sebanyak 7,657 kekosongan di 107 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 di seluruh negara.



Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemilihan akan dibuat secara teliti termasuk mengambil kira pengambilan murid berdasarkan merit yang merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum, pencapaian khas seperti aspek kepemimpinan dan status sosioekonomi keluarga.

Permohonan kemasukan ke SBP dan Sekolah Kawalan KPM bagi tahun 2013 boleh dibuat sejak 15 September lalu.

Sebelum ini, KPM tidak bercadang menambah tempat di SBP bilangan murid yang mencapai prestasi cemerlang dalam UPSR dan kokurikulum, semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Pada tahun lepas, permohonan ke Tingkatan 1 di SBP yang diterima oleh KPM ialah 99,765.

 

 

 

 

 







0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .