Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014 - Utusan Malaysia, 7 Januari 2015.
SHAH ALAM 31 Mac - Dalam usaha membantu
meringankan beban pelajar untuk membayar balik pinjaman pendidikan yang
tinggi, kerajaan dengan kerjasama pihak industri memperkenalkan biasiswa
bagi Skim Perantisan Mekatronik dan Elektrikal.
Skim untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga itu
ditawarkan oleh Auto Prima Technology Training Sdn. Bhd. yang mendapat
tajaan sepenuhnya daripada kerajaan menerusi Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB) iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ketua Eksekutif Auto Prima Technology Training Sdn. Bhd., Juhaidi
Yean Abdullah berkata, skim itu turut diperkenalkan bagi memastikan
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang dalam
akademik meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, menerusi skim tersebut, yuran pengajian sepenuhnya akan
ditanggung oleh kerajaan sementara elaun bulanan RM500 dibiayai oleh
pihak industri yang terlibat dan hostel turut disediakan.
"Biasiswa ini ditawarkan kepada semua lepasan SPM yang mempunyai SKM
tahap dua dalam bidang mekatronik serta elektrik dan kursus ini hanya
mengambil masa selama setahun.
"Sepanjang pengajian, 50 peratus daripada kursus latihan akan
dijalankan di Kolej Auto Prima di Kemuning Utama di sini dan selebihnya
di syarikat penaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Juhaidi memberitahu, pemilihan kursus mekatronik dan elektrik dibuat
bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut yang
kini mendapat permintaan tinggi.
"Kolej Auto Prima pula dipilih kerana mendapat penarafan lima bintang
daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber
Manusia berdasarkan sistem pengurusan teratur, mempunyai kelengkapan
mencukupi dan berteknologi tinggi yang sesuai dengan keperluan
industri," ujarnya.
Beliau menambah, menyedari kepentingan kad hijau, Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi Kolej Auto Prima turut
menawarkan kursus jangka pendek secara percuma kepada sesiapa yang
berminat dalam bidang pendawaian elektrik, terutama mereka yang memiliki
SPM dan berumur antara 18 hingga 24 tahun.
Mengulas lanjut, Juhaidi berkata, selain daripada biasiswa, Kolej
Auto Prima turut menyediakan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang mana pelatih akan diberikan
elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan.
"Untuk program ini, kami menyediakan kursus SKM tahap satu hingga
empat dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi kursus
Automasi/Mekatronik, Automotif dan Elektrikal di samping menyediakan
tempat dalam industri untuk pelatih menjalani latihan praktikal sebelum
diserap sebagai pekerja sepenuh masa,'' katanya.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
Biasiswa dan Pinjaman Kemahiran
,
Halatuju
,
Halatuju Selepas PT3
,
Institusi Kemahiran
,
kaunseling kerjaya
,
Kerjaya Kemahiran dan Teknikal
,
PT3
,
Selepas Peperiksaan
,
Selepas PT3
,
Sijil Kemahiran Malaysia
» Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014
Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014
Related Posts:
Permohonan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014Permohonan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014 Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014 telah dibuka. Tarikh permohonan akan ditutup secara rasmi pada 31 Disember 2013.Sila klik pada pautan berikut untuk muat… Read More
Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014 - Utusan Malaysia, 7 Januari 2015. SHAH ALAM 31 Mac - Dalam usaha membantu meringankan beban pelajar untuk membayar balik pinjaman pendidikan yang tinggi, keraja… Read More
APA ITU SENI KULINARIAPA ITU SENI KULINARI Mungkin harini masih ramai orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Seni Kulinari. Seni Kulinari adalah satu kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan, membuat pastri atau kek dan ban… Read More
Informasi Program 1Belia 1Kemahiran Lepasan PMR Boleh Memohon Informasi Program 1Belia 1Kemahiran Lepasan PMR Boleh Memohon Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar lepasan PMR, yang memperolehi pencapaian sederhana, dan tidak berminat meneruskan pengajian… Read More
Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Julai 2013 Secara OnlinePermohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Julai 2013 Secara Online ATPIS - Agriculture Training Program Information System Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini tel… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment