Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerajaan Malaysia Tumpu Media Sosial Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012

 Kerajaan Malaysia Tumpu Media Sosial Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012

Malaysia buat pertama kalinya akan meraikan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012 mulai 13 hingga 17 Februari depan yang turut diadakan serentak di beberapa bandaraya utama dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman.

Menurutnya program itu yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan beberapa lokasi lain di ibu negara diadakan untuk mewujudkan serta merapatkan hubungan pengamal media sosial melalui pendekatan terkini dan mudah serta menangani isu-isu generasi muda pada supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif.


Program ini dianjurkan oleh Social Media Chambers, iaitu organisasi yang mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika, dengan sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Kementerian akan sentiasa menyokong program seumpama ini kerana ia turut melibatkan industri kreatif yang diterajui kementerian.

"Kita mahu menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mewujudkan bahan untuk media siber dan media lain dengan memberikan dana tertentu dan mahu menjadikan industri ini sesuatu yang sangat berkembang dalam negara," katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai MSMW 2012 di sini hari ini.

Ibrahim berkata pelbagai acara akan diadakan sepanjang minggu itu dengan kemuncak utama acara adalah Perhimpunan Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan menampilkan pakar dan pengamal media sosial elit seluruh dunia.

Selain itu turut diadakan adalah Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan mengetengahkan penulis blog serta aktivis media sosial yang terbaik di peringkat global yang telah dicalonkan untuk pencapaian cemerlang mereka dalam arena media sosial.

"Anugerah ini akan dapat membangkitkan satu pengiktirafan dan juga semangat kepada pengamal media sosial kerana objektif kita tadi untuk mendidik penggunaan yang positif, maka kita rasa perlu diangkat beberapa orang untuk diberikan pengiktirafan itu," katanya.

Ibrahim berkata mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan program ini di negeri masing-masing juga digalakkan berbuat demikian dan penganjur juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan program itu," kata beliau.

Sementara itu Ketua Social Media Chambers Shahul Hameed Dawood berkata antara golongan sasaran yang akan menyertai MSMW adalah ketua pegawai eksekutif, pengusaha korporat dan industri, wartawan dan penulis media online, bloggers, pengurusan komunikasi korporat, penuntut institusi pengajian tinggi, pakar-pakar teknologi maklumat, pemimpin politik dan agensi-agensi kerajaan.

"MSMW dijangka akan menghubungkan ratusan ribu pengguna media sosial dalam dan luar negara. Ia juga diharap dapat mewujudkan cetusan idea baru secara interaktif, menambahkan pengetahuan serta perkongsian rangkaian perhubungan global sesama pengamal media sosial," katanya.

Menurutnya pihak yang berminat menyertai program itu diminta melayari laman web www.socialmediaweek.com.my untuk keterangan lanjut.

- Bernama

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .