Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerahsiaan Kaunseling Secara maya


Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.

Perkhidmatan e-kaunseling bertindak sebagai salah satu cara sesi kaunseling dilakukan secara maya atau rangkaian internet. 

Klien boleh membuat pertanyaan atau berbincang melalui rangkaian e-mail dan sebagainya. Setiap perkhidmatan sesi kaunseling adalah terjamin kerahsiaannya. 

Kaunseling di internet boleh dijalankan melalui e mel, chatting, meninggalkan komentor di blog atau ala forum seperti yang saya akan cuba lakukan di dalam blog ini.

Perkhidmatan ini meliputi perkhidmatan kaunseling, khidmat nasihat, konsultasi pendidikan, konsultasi kerjaya, konsultasi perkembangan manusia, konsultasi kesihatan, khidmat penyelidikan, kaunseling berhenti merokok, dan lain-lain lagi. 

" dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada    kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"
                                                                                                            Ali ' Imran (104)

HAD LIMITASI SESI KAUNSELING

Terdapat beberapa limitasi bagi kaunseling yang saya akan lakukan ini berbanding sesi kaunseling individu secara bersemuka. Harap anda dapat fahami dan gunakan perkhidmatan ini sebaiknya dengan memahami limitasi tersebut. 

 Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil ingatan:

1) Tiada kontrak formal antara klien dan kaunselor. Setiap siri sesi kaunseling harus bermula dan berakhir dengan kontrak, iatu persetujuan antara kaunselor dengan klien.

 Persetujuan ini meliputi, persetujuan klien untuk menjalani sesi, kesediaan kaunselor untuk menjalankan sesi. Bersama persetujuan itu termasuk, masa, tempat, tempoh sesi, bayaran dan juga isu yang akan diperbincangkan.

Dalam blog ini, saya bersetuju untuk menjalankan sesi kaunseling kepada rakan yang post di sini secara percuma – dengan persetujuan terhad. 

Seandainya saya terikat dengan kerja di dunia betul, iaitu tugas-tugas hakiki di alam realiti atau terlalu banyak posting serentak, saudara saudari yang meletakkan post janganlah merasa kecewa atau marah apabila saya lambat memberi tindak balas.

 Kontrak kita belum bermula dan saya tidak bertanggungjawab ke atas  semua pembaca. (nanti saya ceritakan mengenai seorang klien yang marah kerana menganggap bahawa kontrak kaunseling telah bermula) Saya juga boleh menamatkan sesi kaunseling pada masa yang difikirkan perlul, atau atas limitasi kapasiti saya sendiri.
Seandainya pada bila bila masa, saudara merasakan ingin menghentikan kaunseling, saudara boleh berbuat sedemikian dengan tidak lagi menyambung reply, atau dengan memberitahu niat untuk berhenti. Saudara juga berhak untuk meminta supaya saya memadamkan semua post saudara. Walau bagaimana pun, saya menyimpan hak untuk  menyimpan respon saya kepada saudara dengan menceritakan secara ringkas dan umum (yang tidak mendedahkan butir peribadi) Ini adalah untuk tujuan pembelajaran bagi pembaca lain.
2) Kerahsiaan tidak terjamin di dalam sesi kaunseling secara forum ini.  Untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan peribadi anda, pastikan anda mengikut langkah-langkah ini.
Anda boleh gunakan username biasa anda untuk memberi komen atau bertanya soalan, tetapi, seandainya anda inginkan sesi kaunseling, cari dahulu username baru yang tidak anda gunakan untuk tujuan lain.  Ini supaya tidak dikaitkan username tersebut dengan identiti anda.
Jangan dedahkan butir peribadi seperti nama sebenar, alamat, tempat kerja dan lain-lain. Anda boleh ceritakan masalah secara peribadi dengan tidak mendedahkan identiti unik anda. Contohnya umur: antara 30 – 35 tahun, berumahtangga antara 3 – 7 tahun,  bekerja profesional dengan pendapatan antara xx – xx, menjadi guru di sekolah di luar bandar etc… jangan risau, saya akan membantu mengaburkan identiti unik anda sebelum saya postkan reply anda. (Disclaimer: seandainya saya terlepas pandang, saya tidak boleh bertanggungjawab ke atas sebarang kompromi identiti yang anda dedahkan. Oleh yang demikian, berhati-hati mendedahkan identiti unik anda.) Walau bagaimanapun, tidak perlulah anda mengelirukan identiti sehingga tidak dapat dijalankan kauseling yang tulin. Contoh pengelilruan yang merosakkan kaunselling adalah mengubah jantina, umur, pendapatan, masalah dll. Cukup sekadar menceritakan secara umum dan persekitaran untuk mengelakkan identiti unik diketahui. Masalah yang dihadapi sendiri tidak perlu dikaburkan kerana bagi setiap masalah yang anda ceritakan ada seribu lagi individu lain  yang menghadapi masalah yang sama.
3) Keberkesanan dari kaunseling ala forum ini sangat terhad berbanding dengan sesi kaunseling individu secara bersemuka. Oleh yang demikian, jika anda mempunyai masalah  yang berat yagn tidak mampu ditanggung sendiri, dan tidak dapt diringankan melaui sesi kaunseling disini, saya menasihatkan agar anda mendaptkan sesi kaunseling individu bersemuka dari profesyenal yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda. Saya tidak berani berjanji, tetapi akan usahakan untuk mendaptkan  senarai kaunselor bertauliah yang berdekatan.  Tolong ingat bahawa bukanlah tanggungjawab utama bagi profesional tersebut untuk membantu anda, tetapi tanggungjawab adalah diatas diri anda sendiri untuk berikhtiar mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Etika Kerahsiaan

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.


Akhir kata, jangan risau. kaunseling cuma salah satu dari cara untuk membantu diri kita. Terdapat banyak lagi jalan lain untuk kita berikhtiar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti hidup, dan yang paling utama dan pertama adalah berserah kepada Allah dengan tawakkal seorang hamba – bukan mana-mana kaunselor atau proses kaunseling yang dapat membantu kita tetapi pertolongan dari Allah yang membantu kita, sama ada dalam bentuk kaunseling atau jalan yang lain.
Semoga kita semua di dalam banutan dan pemerhatian Allah sentiasa
Wallahua’lam

2 Comments:

Anonymous said...

Saya ada masalah rumahtangga

Anonymous said...

salam tuan. saya perlukan kaunseling kerjaya. masalah saya complicated sangat. saya perlukan nasihat dari yang pakar. macam mana saya boleh contact tuan? please. mfirdauswahab@gmail.com

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .