Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2015/2016

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2015/2016



PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2015/2016

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak Tingkatan 5S dan 5M SMK Lepar Hilir,  saya telah pun mengumumkan Permohonan ke Matrikulasi KPM sejak 2 Minggu lalu.

Pada Februari lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir telah pun menjemput Puan Noorhisham bagi memberikan taklimat Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 


 

Manual Permohonan Melalui Internet (PMI)

1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI.

2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)

       A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
       B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
       C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
       D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
       E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
       F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
       G. Sekolah Berprestasi Tinggi.
    

 3. Cara Permohonan.


  i.   Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     

  ii.  Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).

       Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.


       Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.


       Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa
          untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.


       Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN.

          Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod
          organisasi pada slip BSN
ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)


       Kaunselor/guru/pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak
          pada resit BSN ialah:


          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)


          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897


          Nombor Kad Pengenalan Pelajar


          Nombor PIN 5 Digit.


       Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. 

Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian  Pendidikan Malaysia KPM di :

http://www.moe.gov.my atau ke link http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Manual_mohon.cfm di sini.

 mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2014 dengan memasukkan nombor  kad pengenalan DAN nombor PIN.




 Sebarang pertanyaan dan masalah, sila hubungi:


Bahagian Matrikulasi (BMKPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7,
Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Telefon : 03-88844083/ 03 8884 4036/ 4040/ 4083
Faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
Website : http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm



 Untuk info lanjut berkaitan artikel Kolej Matrikulasi KPM Di blog ini sila klik di sini.


 

Related Posts:

  • Sistem e-MAS e-Panduan Permohonan Kemasukan UPUSistem e-MAS e-Panduan Permohonan Kemasukan UPU e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier  Mohon semak di portal rasmi UPU di ruangan Panduan  Permohonan untuk melihat syarat … Read More
  • KARNIVAL JOM MASUK U KPTN TAHUN 2010 KARNIVAL JOM MASUK U KPTN TAHUN 2010  KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) – ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun… Read More
  • KARNIVAL JOM MASUK U 2013 KUANTAN SABTU INI KARNIVAL JOM MASUK U  2013 KUANTAN SABTU INI Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel sebelum ini Jom Ke Karnival jom Masuk U, Klik di sini Sebelum ini ada beberapa orang pelajar Tingkatan 5 SMK Lepar… Read More
  • Cara Pengiraan Merit ke IPTA Selepas SPM Cara Pengiraan Merit ke IPTA Selepas SPM Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat kembali ke sekolah kepada semua para pelajar di Malaysia dan rakan-rakan profesion perguruan seluruh Malaysia. Para pelaj… Read More
  • Permohonan ke USM Sesi 2016/2017Permohonan ke USM Sesi 2016/2017 PERMOHONAN MATRIKULASI / ASASI 2015 : Fasa I      18 Januari - 04 April 2016Fasa II      06 Jun - 12 Jun 2016 STPM 2015 : … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .