Lepasan SPM/STPM yang berminat menjadi tenaga pengajar Vokasional boleh mencapai impian anda melalui laluan alternatif seperti gambarajah diatas.
Artikel ini telah saya draft pada tahun 2013 lalu. Jadi berkemungkinan ada info yang semakin bertambah. Hanya pada hari ini ketika saya sedang diuji Allah di ketika mana jari-jari saya masih berkemampuan menulis dan menaip, inshaAllah saya cuba kongsikan info berkaitan kerjaya ini. Jika ada yang ingin menambah info dipersilakan.
Cara Menjadi Tenaga Pengajar Kemahiran
Anda berminat menjadi GURU / PENDIDIK? Mesti ramai yang kecewa kerana KPLSPM yang popular dahulunya maktab perguruan, bermula untuk pengambilan 2013 permohonan tidak lagi diiklankan dan dimohon.
Permohonan KPLSPM atau Kursus Perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebaliknya dibuka kepada semua lepasan SPM dengan memberi peluang kepada semua pelajar SPM menjawab soalan M-Test.
Bagi lepasan STPM dan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, laluan menjadi guru masih ada dengan melalui Ujian MEdsi.
ALTERNATIF LAIN UNTUK MENJADI GURU
Bagi yang masih berminat menjadi guru, jika tidak berjaya mendapat kursus pendidikan di universiti tempatan, ataupun anda langsung tidak mendapat tawaran pengajian, mungkin anda patut pertimbangkan memasuki bidang lain yang boleh membawa anda kepada bidang pendidikan dengan mengikuti program kemahiran dan seterusnya menjadi pengajar Vokasional ( VTO ).
Kalau nk jadi pengajar..kena ambik kursus dia dulu iaitu ambil VTO (vokasional tranning officer)....boleh lawat laman web ciast.gov.my.. atau klik di link
Jika anda ada pengalaman kerja lebih 5 tahun...anda sebenarnya telah layak mendapat SKm/DKM Tahap 4...bestkan...rebutlah peluang...caranya...sila layari laman web JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran di www.dsd.gov.my dan carilah maklumat tentang PPT...
.disitu ada mnyediakan kursus u ntuk sesiapa yang nak jadi pengajar...
kursus selama 9 bulan iaitu 3 bulan kursus mngajar..dan 6 bulan praktikal mengajar...dimana akan diajar cara membuat pelan mengajar teori,amali,kertas penerangan,tugasan dan kertas kerja....dengan kata lain WIM (written instrution manual)..
so sape2 yang nak jadi pengajar..
leh mohon on9..
sbb skrg sume dah pakai sistem pin UPU....
kalau sape2 yang dekat ngn CIAST leh r p direct....
lagi senang..
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar
yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6
dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :
“ Memiliki
sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil
perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang
diiktiraf oleh JPK/MLVK “
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
- Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
- Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
- Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
KELAYAKAN MASUK :
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun
2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
Pengajian dijalankan di CIAST.
Pemohon bagi Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) perlu mempunyai salah satu dari kelayakan
berikut:
i) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ;
- Juruestetik
- Refleksologi
- Pendandan Rambut
- Penyedia Roti
- Kerani Guaman
- Kerani
- Artis Multimedia – Animator
- Artis Multimedia – Visual
- Artis Multimedia – Audio
- Pembuatan Roti
ii)Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang ;
- Housekeeping (Penyelia Pengemasan)
- Pemandu Pelancong
- Ketua Kerani Guaman
- Penjaga Kanan Kanak-kanak
- Penyelia Pengubah Bunga
- Juruteknik Elektrik Kanan
- Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat
- Juruteknik Kenderaan Motor
- Juruteknik Kanan Kenderaan Motor
- Juruterapi Estetik
- Penyelia/Ketua Seksyen Penyediaan Makanan
- Penyelia Makanan & Minuman
- Penyelia Kaunter Hadapan
- Pendandan Rambut Kanan
- Penyelia Pembuat Pakaian Wanita
- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki
- Penyelia Pengetuk Panel Kenderaan
- Penyemburan Cat Automotif
- Juruteknik Penyemburan Cat Automotif
- Produksi Audio
- Perekabentuk Multimedia – Audio
- Perekabentuk Multimedia Animasi & Visual
- Servis & Penyelenggaraan Motosikal
- Penyelia Juruteknik Motosikal
- Jururawat
iii) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 dalam bidang ;
- Pembantu Jurutera Mekatronik
- Pembantu Jurutera Elektrik
- Pembantu Jurutera Elektronik Industri
- Eksekutif Sistem Maklumat
- Eksekutif Automotif
- Penolong Pengurus Estetik
- Penolong Eksekutif Penyedia Makanan
- Pengurus Bahagian Makanan & Minuman
- Pengurus Bertugas Kaunter Hadapan
- Penolong Pengurus Pendandan Rambut
- Eksekutif Fesyen dan Pakaian
iv) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5 dalam bidang ;
- Jurutera Mekatronik
- Ahli Teknologi Mekatronik
- Jurutera Elektrik
- Jurutera Elektronik Industri
- Pengarah Kreatif Multimedia
- Eksekutif Sistem Komputer
- Jurutera Sistem
- Pengurus Sistem Maklumat
- Jurutera Rangkaian
- Jurutera Penyamanan Udara, Penyejukbekuan dan Pengaliran Udara Mekanikal
- Pengurus Automotif
- Pengurus Estetik
- Eksekutif Penyedia Makanan
- Pengurus Makanan &Minuman
- Pengurus Kaunter Hadapan
- Pengurus Pendandan Rambut
- Pengurus Fesyen Pakaian
Syarat-syarat Tambahan:
1.Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing.
2.Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani latihan internship di mana-mana Pusat Bertauliah
Swasta seluruh Malaysia.
Anda boleh memohon kursus-kursus kemahiran di IKBN,ILP,IKM atau institusi swasta dibawah Kementerian Sumber Manusia,
SKMT3 + VTO
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 DENGAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (SKMT3 DENGAN VTO)
SKMT3+VTO
OBJEKTIF KURSUS :
Program Latihan ini adalah bertujuan memberi peluang kepada graduan yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 untuk menyambung pengajian ke Tahap 3 ( di dalam bidang tertentu ) dan seterusnya menjadi pengajar berketerampilan sebagaimana keperluan dalam AKTA 652 (NASDA).
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
KELAYAKAN MASUK :
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun.
2. (a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang
yang berkaitan.
PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI CARA MEMOHON,
SKMT3+VTO
OBJEKTIF KURSUS :
Program Latihan ini adalah bertujuan memberi peluang kepada graduan yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 untuk menyambung pengajian ke Tahap 3 ( di dalam bidang tertentu ) dan seterusnya menjadi pengajar berketerampilan sebagaimana keperluan dalam AKTA 652 (NASDA).
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
- Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 1 Tahun 9 Bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 3) selama 1 Tahun dan Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) selama 9 bulan ( Methodology Vokasional selama 3 bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan ).
- Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 dan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
KELAYAKAN MASUK :
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun.
2. (a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang
yang berkaitan.
PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI CARA MEMOHON,
PERMOHONAN KEMASUKAN KE CIAST MENERUSI UPU KINI TELAH DIBUKA
CIAST telah menawarkan 4 program seperti berikut:
a. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan Sijil VTO (Teknologi Kimpalan)
b. Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
c. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (Teknologi Elektronik)
d. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (Teknologi Mekatronik)
Sila rujuk syarat-syarat kemasukan ke CIAST DI SINI. Tuan Puan boleh memohon menerusi Sistem Permohonan Online UPU. Sila klik pautan sistem DI SINI. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2013.
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) :
- Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.
- CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 1991.
- CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.
Dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:
Tenaga Pengajar:
a) Gred 41 (12 kekosongan)
b) Gred 29 (12 kekosongan)
Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat kelayakan, sila muat turun DOKUMEN INI.
CLICK HERE FOR MORE DETAILS AND APPLY ONLINE
Closing date : 21/08/2013
How to apply
Form and attachments – attachments that have been compiled and attached must be sent to the address:
PENGARAH
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,
40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA , BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN )
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,
40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA , BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN )
Jawatan mengikut bidang :
Bidang Automotif : ( 2 ) dua
Bidang Elektrikal : ( 2 ) dua
Bidang Penyediaan Makanan : ( 3 ) tiga
b) Syarat Kelayakan : Graduan VTO dan memiliki SKM Tahap 3 atau Diploma Kemahiran
c) Maklumat Gaji yang ditawarkan
- RM 1300 bagi pemegang minimum SKM 3
- RM 1450 bagi pemegang Diploma Kemahiran
d) Elaun Kehadiran dan Elaun Pengangkutan disediakan selepas tempoh percubaan.
Cik Malliga
Pusat Teknikal Sprectrum
42, 43, 44 Jalan Cempaka 1/2,
Persiaran Cempaka Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah.
04-4418870 / 04-4411548 / 0174172359
Pusat Teknikal Sprectrum
42, 43, 44 Jalan Cempaka 1/2,
Persiaran Cempaka Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah.
04-4418870 / 04-4411548 / 0174172359
4 Comments:
saya mempunyai degree dalam pendidikan awal kanak-kanak. sekarang saya sedang meneruskan pengajian di peringkat master juga dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar di kolej vokasional untuk pengajian awal kanak-kanak. apakah proses yang perlu saya lakukan?
terima kasih.
Salam cg kaunseling
Saya ida..sekarang dalam practical dlm bidang pastry production selama 6 bulan
Sebelum ambil skm saya berniaga home base dlm bidang sama jual kek biskut dan pastry...pada masa sama sy berminat nk jadi tenaga pengajar dlm pastry dn decide tuk ambil skm..sbb sy diberitahu tuk jd tenaga pengajar kemahiran perlu ada skm tahap 3..sebelum ni saya berniaga tiada sijil khas dlm bidang pastry. Alhamdulillah sekarang saya dlm ojb di kedai kek
Cume saya risau masihkah ada peluang tuk saya menjadi tenaga pengajar? Umur 32...
Dan saya diberitahu nk masuk ciast begitu memilih...
Adakah dengan pengalaman berniaga saya "home based" boleh diambil kira pihak ciast ?
Tadi saya ke ciast tuk bercerita dan detail maklumat tp tiada hasil..sbb lunch time ..
Blh cg bg pendapat dlm situasi saya?
Sy risau jika tiada peluang sbb umur
Terima kasih atas pengkongsian cg
JAWATAN KOSONG
Memerlukan Tenaga Pengajar yang berkelulusan dalam bidang Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (commercial vehicle maintenance and service).
kelayakan Akademik / kemahiran
- SPM
- Sijik Kemahiran Malaysia (SKM 1-3)
- Diploma (SKM 4 )
- Pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan (diberi keutamaan)
Deskripsi Tugas
- Mengajar Kursus Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan Tahap 1 - 3.
- Menyediakan WIM (kertas kerja / tugasan / amali - berdasarkan CoCU dan NOSS)
- FOKUS kepada kelas Teori.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
012-254 0021
En. App
Auto Academy
Nilai, Negeri Sembilan
salam sejahtera,saya seorang lepasan kolej komuniti dalam bidang sijil rangkaian komputer dan skrg akn sambung belajar diploma in IT. adakah saya akan dapat peluang untuk menjadi tenaga pengajar dimana-mana tempat..
Post a Comment