Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Bidang Kemahiran Tawar Kerjaya Cemerlang

Bidang Kemahiran Tawar Kerjaya Cemerlang
Sejurus selepas keputusan  peperiksaan diumumkan ratusan ribu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mula sibuk menetapkan hala tuju masing-masing dengan memilih destinasi pengajian mahupun kerjaya yang ingin diceburi selepas ini.
Partinya factor minat, kemampuan diri berdasarkan pencapaian yang diraih mahupun tawaran yang datang bakal dijadikan pertimbangan bagi membuat keputusan samada ingin meneruskan masa hadapan dengan melanjutkan pengajian ataupun mula bekerja kelak.
Pengetua sebuah kolej pendidikan swasta yang terkemuka di Lembah Klang berkata, majoriti pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM biasanya sudah memikirkan dan merancang hala tuju masing-masing semasa empat bulan menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan sebilangan besar pastinya memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut beliau lagi hampir 90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada factor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10  tahun daripada sekarang.
Lantas 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

Tenaga kerja
Institut Generasi sebuah pusat bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan majikan-majikan sektor awam dan korporat bagi mendapatkan tenaga professional di dalam sektor perkhidmatan  pejabat dan juga teknologi maklumat. (pengaturcaraan).
Berpengalaman selama 11 tahun di dalam  Institut pendidikan, Institut Generasi membuka ruang kepada semua ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak lepasan SPM & STPM  bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang kemahiran ataupun vokasional. Pastinya pembelajaran yang berbentuk praktikal memberikan nilai tambahan  kepada pelajar yang tidak menggemari pembelajaran secara “teori” semata-mata disamping memberikan mereka kelebihan apabila bekerja kelak.
Bagi memastikan graduan yang tamat pengajian akan memperoleh pilihan kerjaya yang meluas dan terjamin, Institut hanya menawarkan bidang-bidang pengajian yang mempunyai profesion kerjaya yang tidak bernoktah iaitu Kesetiausahaan & Pengurusan Pejabat serta Teknologi Maklumat & Pembangunan Laman Web. Bagi yang berminat dalam bidang pengurusan serta pentadbiran pejabat mereka boleh mengikuti bidang kesetiausahaan dan Pengurusn Pejabat yang membolehkan graduan mencipta karier sebagai seorang setiausaha, pegawai khas, pembantu peribadi, ketua kerani, pembantu tadbir, pegawai tadbir, pensyarah di dalam bidang Kesetiausahaan & Pengurusan, pentadbir organisasi, koordinator serta penasihat organisasi. Menariknya persijilan yang diperolehi ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pelajar boleh melanjutkan pengajian dalam bentuk tahap demi tahap daripada peringkat Sijil sehinggalah ke peringkat diploma. 

sumber maklumat: portal pendidikan Utusan malaysia




















0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .