Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

JADUAL JOM MASUK IPT KPTN 2016



JADUAL JOM MASUK IPT KPTN 2016








KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005. Ia dijadikan sebagai acara tahunan setelah mendapat maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.

Majlis Perasmian Pelancaran Jom Masuk IPT Karnival Pendidikan Tinggi 2016 telah diadakan pada 30-31 Jan 2016 bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Jika dahulu Jom Masuk U terkenal dengan penganjurannya. Kini ia ditukar pada Jom Masuk IPT Karnival Pendidikan Tinggi untuk memberikan lebih kemudahan kepada pemohon untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan halatuju mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih  tinggi. Pelbagai IPTA, IPTS Dan Institusi Latihan Kemahiran menyediakan peluang pengajian tinggi kepada rakyat Malaysia. Contohnya Universiti Awam, Universiti Swasta mahupun institusi pendidikan tinggi lain seperti politeknik atau Institut latihan kemahiran.

Apabila permohonan Universiti bermula, pastinya banyak masalah akan timbul terutama pemohon majoritinya kali pertama menggunakan sistem dan kali pertama membuat pilihan berdasarkan keupayaan akademik dan juga minat masing-masing dalam memilih institusi pendidikan tinggi ataupun lokasi  pengajian.

 Selain itu, lebih informasi diperlukan bagi penetapan matlamat kerjaya masa depan pemohon bagi mengelakkan kesilapan memilih bidang pengajian mengakibatkan masalah dalam pengajian dan memohon kerja disebabkan tersalah pilih bidang dan kurang berminat dengan pengajian yang ditawarkan. Selain itu, teknik pemilihan dalam permohonan yang betul juga diperlukan bagi membuka peluang lebih luas kepada pemohon untuk diterima dalam pengajian yang diminati.

Pameran Jom Masuk IPT ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. 

Semua masalah yang dialami boleh di selesaikan jika pemohon datang ke Karnival Pendidikan Tinggi 2016 yang dibuat untuk mendapatkan lebih informasi berdasarkan pameran dan soal jawab yang dibuka untuk pengunjung. Oleh kerana Karnival pendididikan Tinggi ini perlu ke seluruh Negara, perlaksanaanya adalah mengikut ketetapan tarikh dan lokasi.

Apa yang ada di Karnival Pendidikan Tinggi 2016
Kebiasaaanya pada tahun sebelumnya banyak faedah jika anda berkunjung seperti


NTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 
  • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
  • Pameran dan Infomasi dari Universiti awam & swasta
  • Pemeran dan informasi kemasukan dari politeknik dan institusi kemahiran lain
  • Pendedahan kerjaya lain dan pembaharuan/ kepelbagaian dalam pemohonan dan halatuju
  • Penerangan dan nasihat kerjaya dari kaunselor institusi
    • Cenderahati
    • Penerangan PTPTN atau institusi lain
    • Pameran Pendidikan 
    • Pengambilan borang dan maklumat lanjut institusi
    • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung;
    • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung
    • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling


    Info penting

    Waktu Pameran dibuka adalah berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/ Sarawak.
    • Semenanjung Malaysia ( 9.00 pagi – 6.00 petang )
    • Sabah/ Sarawak ( 8.30 pagi – 5.30 petang )

    • Tarikh Karnival adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual diatas.

    Sekiranya anda mempunyai persoalan dan pengesahan maklumat, bolehlah terus merujuk dan menghubungi UPU di  helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
    Diharapkan Maklumat Karnival Pendidikan tinggi ini disebarkan pada rakan lain untuk memberikan lebih kemudahan kepada mereka untuk membuat permohonan kelak.


    ANTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 
    • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
    • Pameran Pendidikan 
    • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung;
    • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK IPT’’ kepada pengunjung
    • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

    PAMERAN PENDIDIKAN

    Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGKK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.


    FORUM

    Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), kaunselor termasuk Pegawai Kaunselor Organisasi dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.
    Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi UPU di talian helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.
    Semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu bakal mahasiswa dalam membuat pilihan tepat sebelum memohon ke UA / IPTA / ILKA.





    0 Comments:

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .