Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016

 HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016



SYARAT PENGANUGERAHAN HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016
Adalah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Yayasan Terengganu sebagaimana lazimnya menganugerahkan hadiah kepada pelajar Terengganu lulusan IJAZAH SARJANA MUDA Kepujian KELAS PERTAMA di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang di panggil Hadiah Sarjana Terengganu. Hadiah tersebut di Anugerahkan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 2016.
Syarat-syarat pencalonan bagi Anugerah Sarjana Terengganu Tahun 2016 ialah :-
1. ANAK TERENGGANU
1.1 Ibu/bapa penjaga pelajar lahir di NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, atau
1.2 Ibu/bapa pelajar telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari sepuluh tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. (Sila lampirkan bersama surat bermastautin).

2. Kelulusan Ijazah kepujian Kelas Pertama dengan memperolehi keputusan PNGK sekurang-kurangnya 3.75 dan ke atas. (Pihak Yayasan Terengganu hanya menerima Salinan Transkrip yang Disahkan oleh Pihak Universiti / Pusat Pengajian yang tuan / puan ikuti sahaja)
3. Pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang layak dipertimbangkan untuk penganugerahan.
4. Tanpa mengira badan penaja.
Sehubungan itu, tuan/puan boleh mendapatkan borang di sini. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di hantar terus ke Yayasan Terengganu sebelum 1 Disember 2016 sebagaimana alamat berikut:-
YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN,
JALAN SULTAN ISMAI,
20200 KUALA TERENGGANU.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .