Reggi Cabututan Pemandu Teksi yang amanah
TAHNIAH : Balasan untuk pemandu teksi berhati mulia
Trent Shields (kiri) bersama Reggie Cabututan (tengah) - Foto Facebook Trent Shields
MANILA - FILIPINA. Tindakan seorang pemandu teksi di Filipina mengembalikan semula barangan berharga seorang ahli perniagaan yang tertinggal di dalam teksinya menerima ganjaran yang merubah hidup dan keluarganya.
Reggie Cabutatan, 30, dari Baguio ditawarkan menyambung pelajaran serta bekerja di syarikat Australia milik ahli perniagaan tersebut.
"Apa yang saya lakukan hanyalah mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi," katanya kepada media tempatan.
Kejujuran itu bukan sahaja menarik perhatian di negaranya itu tetapi di seluruh dunia.
Ahli perniagaan Australia, Trent Shields berkata, Reggie mengembalikan semula komputer riba, pasport dan fon kepala yang bernilai ribuan dolar ketika dia lupa mengambilnya kerana tidak sihat semasa menaiki teksi lelaki itu.
"Reggie tidak mengetahui nilai barangan tersebut, beg pakaian tersebut dikunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong.
"Ia menunjukkan integiritnya," tulis Trent dalam laman Facebooknya.
Kebaikan lelaki itu turut diceritakan rakan kongsi Trent, Ace Estranda di laman Facebooknya dimana ia turut menjadi perhatian dan digambarkan sebagai simbol maruah terhadap negara.
Reggie dan keluarganya akan ke Australia untuk melengkapkan kursus pembangunan perisian selama enam bulan yang dijalankan oleh salah satu syarikat milik Trent.
"Selepas Reggie menamatkan kursus tersebut, dia akan ditawarkan untuk menjalankan latihan amali dengan syarikat milik lelaki itu, mendapat perkerjaan dan pastinya akan dibayar gaji yang lumayan," tulis Estrada di laman Facebooknya.
Selain itu, Reggie turut menerima anugerah di atas kejujurannya oleh kerajaan tempata Baguio, lapor Rappler.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Reggi Cabututan Pemandu Teksi yang amanah
Related Posts:
Kesungguhan Nurul Sofiya Irwan Simbol Kejayaan Sekolah Dalam Hospital Kesungguhan Nurul Sofiya Irwan Simbol Kejayaan Sekolah Dalam Hospital Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketabahan Adik Nurul Sofiya Irwan dalam menghadapi penyakit kanser otak sejak berusia 3 tahun haru… Read More
Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa Daya khayalan luar biasa SAYA antara pembaca setia ruangan ini dan bersetuju dengan pendapat Dang Setia bahawa masalah yang dihadapi oleh ‘Gadis Imaginasi’ (GI) y… Read More
Statistik Pesakit HIV/ AIDS Semakin Bertambah Statistik Pesakit HIV/ AIDS Semakin Bertambah SETAKAT ini seramai 13,000 orang rakyat Malaysia mati lantaran virus rentan penyakit atau lebih dikenali HIV. Akibat sindrom kurang daya tahan penyakit itu jugalah 91,000 rak… Read More
PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY) PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY) Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Khusus untuk pelajar di sekolah, marilah sama-sama kita hindari diri kita dari terjebak ke kan… Read More
Al Fatihah Pelajar Cemerlang OKU Meninggal DuniaAl Fatihah Pelajar Cemerlang OKU Meninggal Dunia Al Fatihah Untuk Allahyarham Hazman Shahir Samsul Kamar, 17. ALOR GAJAH - Hasrat seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) untuk menghantar permohonan agar di… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment