Ucapan Takzim daripada Andalusia Travel & Tours dalam Akhbar Sinar Harian
Salam Takzim Selamat Datang Penjaga 2 Masjid Suci Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud Sempena Lawatan Negara ke Malaysia pada 26 Februari 2017 hingga 1 Mac 2017
Sebahagian petikan dari Berita Harian Online :
SEPANG: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tiba di Malaysia sebentar tadi bagi lawatan rasmi empat hari ke negara ini.
Pesawat rasmi yang membawa baginda mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada jam 10.32 pagi ini.
Ketibaan baginda yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga menteri pengiring.
Baginda seterusnya membuat pemeriksaan kawalan kehormat setempat terhadap 24 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang diketuai Leftenan Mohamad Akmal Mazlan.
Ini adalah kunjungan julung kali Raja Salman ke Malaysia selepas ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada 23 Januari 2015.
Selain perbincangan berkaitan hubungan diplomatik dan ekonomi, topik lain bakal menjadi keutamaan untuk diketengahkan termasuk berkaitan isu kuota haji Malaysia.
Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta.
Baginda diiringi delegasi 600 anggota dalam lawatan hingga 1 Mac itu, termasuk anggota kerabat diraja dan menteri Kabinet Arab Saudi.
Lebih 100 kenderaan disediakan bagi membawa anggota rombongan diraja itu.
Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Kali terakhir Raja Arab Saudi melakukan lawatan ke Malaysia ialah pada 2006 iaitu oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.
Dalam catatan melalui akaun Twitter, Najib berkata beliau tidak sabar untuk menyambut ketibaan Raja Salman.
Perdana Menteri berkata kali terakhir beliau bertemu Raja Salman ialah pada Mac tahun lalu di Riyadh dan amat berterima kasih atas layanan yang diberi kepada beliau.
Upacara sambutan negara untuk Raja Salman akan diadakan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, diikuti upacara menghadap Sultan Muhammad V.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada taklimat media terbarunya mengenai lawatan itu menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi adalah kukuh.
"Wujud hubungan rapat secara peribadi antara Istana Saud dan Kerajaan Malaysia," katanya.
Arab Saudi adalah rakan perdagangan kedua terbesar Malayia di Timur Tengah, dengan dagangan antara kedua-dua negara menyaksikan peningkatan sebanyak 19.8 peratus tahun lepas dan kini berjumlah RM13.12 bilion.

0 Comments:
Post a Comment