Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tip Temuduga Ujian Kecergasan Calon Guru IPG KPM 2017

Tip Temuduga Ujian Kecergasan Calon Guru IPG KPM 2017  


Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahniah kepada yang berjaya ke temuduga pemilihan ke IPG.

Saya dapat maklumat ini daripada group telegram.

 Mungkin berguna untuk calon temuduga IPG. Berikut adalah ujian kecergasan  yang akan ditempuhi dalam pemilihan ke Institut Pendidikan Guru KPM.

UJIAN BERTULIS

Masa selama 45 minit. Jika calon lewat ketika ujian bertulis dijalankan, masa tambahan tiada. Walaupun lewat untuk 20 minit sekalipun. UKCG bermula pada waku pagi, jadi semua calon haruslah bersedia!

 Ujian Bertulis ada 2 bahagian. UKCG ada satu sahaja aspek yang disoal,  INSAK merupakan ujian psikologi (seperti ujian kaunseling)

Bahagian 1:

Ada 135 soalan. Masa selama 30 minit. Ada dua pilihan jawapan. Sama ada YA/TIDAK, WAJAR/TIDAK WAJAR atau pilihan jawapan. 

Mindset harus seperti seorang guru.
Contoh:

 Definisi amanah seorang guru ialah:

A. Tidak curi tulang semasa bekerja
B. Mengajar mengikut waku yang ditetapkan

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Soalan boleh guna logik akal.

 Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Masa yang dicadangkan 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

Bahagian 2:

Ada 60 soalan. Masa selama 15 minit. Ada empat pilihan jawapan. Antara Sangat Tidak Setuju(STS), Tidak Setuju (TS), Setuju(S), Sangat setuju (SS)

Cnth: Anda seorang yang suka menangguhkan kerja.

A. Sangat setuju (SS)
B. Setuju(S)
C. Tidak Setuju (TS)
D. Tidak Setuju(STS)

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Kebanyakan soalan berkaitan diri dan tiada jawapan yang tepat. 

Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Cuba hadkan masa untuk 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Terdapat 5 aspek :

BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.

Check Point Pertama (1)
Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.
Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²

Check Point Kedua (2):

Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. 

Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. 

Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-5;

1. Tangan sentuh lutut
2. Siku sentuh lutut
3. Tangan pada dada then up
4. Tangan belakang kepala then up
5. Tangan sentuh skapula then up


Check Point Ketiga (3):

Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali).

Cuba sedaya upaya. Masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. 

Kalau salah, tidak dikira.
Disini ada nak kongsikan tips;

-  Lakukan secara cepat dan sistematik
-  Pastikan kena pada span yang disediakan


Check point Keempat (4):

Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas) 

*kalau tak silap* 
Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.

Check point Kelima (5):

 *killer test*

Bleep test. Lari 20m. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level. 

Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap. 

Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. 

Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar.

 Jangan paksa diri, takut pitam.

Level 1➡(7 kali ulang alik)
Level 2➡(8 kali ulang alik)
Level 3➡(8 kali ulang alik)
Level 4➡(9 kali ulang alik)
Level 5➡( 9 kali ulang alik)
Level 6➡(10 kali ulang alik)
Level 7➡(10 kali ulang alik)

Panduan UKF ini merupakan ujian yang dijalankan pada hari ini--10 April, iaitu hari pertama sesi UKCG 2016 dijalankan. 

Mungkin UKF ini sama untuk semua tempat dan hari seterusya dan mungkin juga berbeza. Apa apa pun, all the best untuk semua calon. Strive for the best. Pastikan target highest mark tau. Yakin pada diri.

p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. 

Bawa botol air mineral dan alat tulis.





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .