Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah


                                                  Sumber; CikguFarizal

Selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar dan guru-guru di SMK Jengka Pusat 2.

Semoga kita lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang dilalui,InsyaAllah.

Ramai setuju UPSR,PMR dimansuhkan

Ahad, 2010 Jun 20

Ramai Setuju UPSR, PMR Dimansuhkan

2010/06/20

KUALA LUMPUR: Beberapa pihak berkaitan hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengelakkan sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Masing-masing juga berpendapat pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar menumpukan kepada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan hala tuju mereka.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, berkata langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.

"Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperolehi boleh digunakan pada masa-masa akan datang," katanya.

Pemansuhan itu juga, katanya, akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual peperiksaan.

Bagaimanapun, katanya, pada masa sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih sesuai untuk mengukur pencapaian pelajar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini berkata kementerian itu mungkin memansuhkan dua peperiksaan berkenaan.
Katanya, ini kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata pemansuhan PMR wajar dilaksana kerana peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat.

"Akan tetapi UPSR wajar dikekalkan kerana masih relevan sebagai penarafan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih bersedia sebelum memasuki sekolah menengah," katanya.

Pegawai Perhubungan Pesatuan Bekas Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Abdul Karim Abdullah, pula berkata pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan sukan.

"Sebelum ini mereka anggap kegiatan sukan dan kokurikulum mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum dan sukan," katanya. - BERNAMA

Berita Harian Online: 20 Jun 2010
sumber;klik sini

Usah Menangis Ia Bukan Milikmu

Usah Menangis Ia Bukan Milikmu

Usah Kau Tangisi, Ia Bukan Milikmu


Salam Jumaat buat pelayar Muslim teratak ini. Alhamdulillah hari ini dapat lagi kita bertemu di alam maya ini, tanpa suara tanpa wajah. Semoga kehadiran kita di alam maya ini mendapat keredhaan Allah.

Pagi Jumaat yang mendung. Berarak bersama hembusan bayu menyapu wajah. Beburung beterbangan riang. Kicauannya simfoni alam yang menyatu dengan desiran angin. Sang awan sudah menanti masa menitiskan hujan.

Oh pagi Jumaat ini, ketika kutelusuri hatimu dik, ketika singgah di teratak mayamu, tergambar betapa walangnya jiwamu. Betapa luluhnya jiwamu.

Hujan dan Pelangi

Adikku, biarkanlah hujan ini turun ke bumi. Bukankah titisan air hujan itu bisa menghilangkan kemarau panjang?

Ya, mungkin katamu. Hujan itu  jua membawa bencana. Bah besar bisa sahaja terjadi.  Membawa bersama segala isi yang merintanginya.

Namun bukankah selepas hujan teduh, pelangi nan indah kan muncul dik?

Ingat tak, pertanyaanmu, di beranda rumah sewa kita di sebuah bandaraya.. semasa kita kecil dahulu?

"Itu apa kak?"

Pelangi dik.

Cantinya pelangi tu,kan.

Begitulah ciptaan Allah dik. Semua indah belaka.

Tapi kenapa kita tak boleh tengok selalu pelangi tu kak? Kita nak tengok hari-hari lah.

Pelangi ini istimewa dik. Hanya muncul selepas hujan menyirami bumi.

Oh begitukah,kak?

Ya dik. Itulah rahmat Allah buat kita semua.

Lalu kau tersenyum puas.

"kalau begitu,hari-hari hujan kan best, kan kak?"

"Eh,mana boleh macam tu pula. Aturan Allah pada alam ini pasti ada hikmahnya. "

Adikku, itu kisah 2 dekad dahulu. Kini dirimu sudah tumbuh dewasa. Tahniah adikku atas ketabahanmu meniti onak duri alam remajamu.

Namun kali ini apabila mentap bait-bait kata-katamu, diri ini berasa turut tersentuh. Remuk redam hatimu itu nampaknya terlalu dalam, adikku.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah menghadirkan resah  yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki kita  menuju majlis-majlis ilmu yang akan memberikan ketenteraman pada jiwa.

Masih ada kekuatan untuk melangsaikan tanggungjawab kita pada Yang Maha Esa. Masih ada kekuatan untuk mengharungi belantara kehidupan ini dengan ketajaman akal dan kedalaman rasa hati.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.

Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asasnya  itu semua pemberian Allah. Lupanya dia hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.

Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan pertimbangan sewajarnya. Padahal dimensi tauhid,  dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi ketentuan  kita di dunia,  dalam apa sahaja bentuknya. Samada rezaki, jawatan,  dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.

Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita  mengusahakannya dengan semaksimum mungkin. (Kata-kata ini jua merupakan Ingatan untuk diri akak juga, wahai adikku)

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ;22-23)

Di sini adikku, kakakmu ingin menyelitkan sedikit madah hikmah pujangga. Penulis madah secara naratif begini tidak diketahui. Namun moga ada pahala untuknya...


BiLa EngKau MemAndanG SeGalAnyA daRi TuhAnMu...

YanG MenCiPTaKan SegaLaNya...

YaNg MenimPakaN UjiAn...

YanG MenJadiKan SaKit HatImu.

. YanG MemBuaTkan KeiNginaNMu TerHaLang...

SeRta MenYusaHkan HiDupMu...

PasTi AkaN DamaILah HatImu kerAna...

MasaKan ALLAH SenGaja MenTakDirKan SesUatu UntUk seSuaTu YanG Sia2...

BuKan ALLAH TidAk Tahu DerItanyA HiduPmu,

RetAknYa HatiMu... TapI muNgKiN ItULah Yang DIA MahU... KeRana.. DIA TahU Hati YanG SebeGiNiLah YanG SeLalUnyA LebIh LunaK DaN MuDah UnTUk DeKat DaN AkRab DenGanNYA...

Soal Hati
Demikian juga halnya soal hati dan kasih sayang.

Adikku ingatkan pada ombak yang menghempas pantai saat kanak-kanak kita. Ketika kau sibuk menerbangkan layang-layang, dan ketika kakakmu ini sedang membina istana pasir, datang sang ombak menghempas pantai. Robohlah sebahagian istana pasir itu. Lalu terpinga-pinga dirimu.

Layang-layang di genggamanmu lepas dari genggaman. Kau biarkan layang-layang itu melayang sendiri dibawa angin. Kau menerpa ke robohan istana pasir.

"Ke mana istana menghilang, kak?"

"Sudah roboh dipukul ombak,dik"

"Terus berubah begini,kak?"

"Ya, dik. Sekali ombak memukul, sekali pantai berubah. Lagikan hati manusia".

Kau terpinga-pinga,"Apa maksud hati manusia dan pantai kak?"

"Nanti bila adik dewasa pasti adik kan tahu,"jawabku.

Kini kau sudah dewasa dik. Ingatlah metafora itu, dik.

Ingat tak kata-kata ini,"Barang yang lepas usah dikenang?"

Jadi, usahlah lagi mengharap pada yang tidak sudi. Jika si dia telah mencampakkanmu jauh-jauh dari kamus hidupmu, maka usahlah lagi tenggelam dalam memori indah bersamanya.

Soal cintamu itu pasti jua berkait soal kejodohan. Meski mungkin dirimu masih jauh untuk memikirkannya.

Berbaliklah kita kepada aturan Allah. Dalam apa sahaja hidup ini, bukan sahaja soal kejodohan, biarlah kita memohon petunjuk Allah dik. Memohon dengan penuh adab dan tanpa paksaan.

Solat Istikharah menurut pandangan Dr Sapora Sipon, adik boleh klik di sini. Jawan Dr Sapora Sipon kepada salah seorang kliennya di akhbar tentang Sukar membuat Pilihan. Juga boleh klik di sini, Meneladani Solat Sunnat Rasulullah: Solat Istikara.

Mungkin sahaja kita merasakan dia terbaik untuk kita, tapi perencanaan Allah lebih baik untuk kita. Mungkin sahaja peristiwa ini sebagai suatu iktibar dirimu pada amsa hadapan. Anggaplah ianya suatu teguran Allah paling halus di nubari kita. Teguran Allah tanda Allah sayangkan hambaNya.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu.

Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Sesungguhnya seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, hapuskanlah airmatamu. Ayuh, bangkit dari dukamu. Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

p/s: Entry ini dedikasi untuk seseorang yang dekat dengan saya. Semoga bicara tanpa suara ini bisa menterjemahkan, bahawa masih ada yang sayang.


Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah



Cuti sekolah sudah tiba.  Tentu para pelajar seronok melalui cuti yang panjang ini.

Kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun ini, biasanya pihak sekolah telah mengadakan kelas insentif untuk pelajar.  Datanglah ke kelas yang diadakan guru-guru anda.

Pastinya guru-guru anda sanggup korbankan masa cuti mereka untuk membantu meningkatkan pelajaran anda.

Jika mereka sanggup korbankan masa rehat mereka, apa salahnya anda mengambil peluang keemasan itu. Ketepikan rasa penat dan jemu. Jadi, rebutlah peluang yang ada itu. Hadirkanlah dirimu ke kelas tambahan itu.

Siapa yang rajin menuntut ilmu insyaAllah ada kebaikan di situ…

Di Malaysia, bidang pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap rohani, stabil emosi dan sihat jasmani.

Sebenarnya kecemerlangan pendidikan tidak hanya dibebankan kepada para guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah. 

Kedua-dua institusi ini iaitu sekolah dan rumahtangga saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan pendidikan.

Kepada para pelajar yang yang tidak menduduki peperiksaan awam tahun ini, diharapkan dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

Masa cuti begini memberi ruang yang banyak untuk anda mengulang kaji pelajaran terutamanya bagi topik-topik yang masih belum anda kuasai lagi.

Jadual belajar: Anda harus menjadualkan waktu belajar agar masa tidak berlalu begitu sahaja tanpa dipenuhi dengan sebarang tindakan yang berguna.

Latih tubi:Anda harus banyak membuat latihan dan membiasakan diri dengan soalan-soalan peperiksaan.

Menyertai majlis ilmu. Majlis ilmu seperti kelas tambahan, kem motivasi dan sesi bimbingan boleh disertai untuk menambahkan kemahiran serta meningkatkan aras motivasi diri.


Di sesetengah kawasan kejiranan, pihak jawatankuasa masjidnya mengadakan kem Ibadah atau kem Motivasi Solat atau kem hafazan selama beberapa hari sewaktu cuti sekolah begini. 

Rasanya yurannya tidaklah mahal sangat. Kebetulan petang tadi dalam Segemen Salam Masjid di Ikim.fm ada terdengar program seumpama ini. Contohnya MAsjid Ar Rahman di Pantai Bharu ada mengadakan program seumpama ini.

Perkara yang harus dielakkan semasa cuti sekolah:

Membuang masa tanpa belajar: Perbuatan seperti berkeliaran di pasaraya atau di kampung-kampung haruslah dielakkan kerana ia tidak memberi faedah. Setiap saat yang digunakan mampu meningkatkan prestasi anda. Sesungguhnya orang yang membuang masa adalah orang yang amat rugi di dunia dan di akhirat.

Menikmati hiburan keterlaluan: Menonton rancangan TV yang tidak berfaedah, menonton video, melayari internet tanpa tujuan, bermain ”video-game” adalah di antara tindakan yang tidak bijak dan harus dihentikan segera.

Pesanan lagi untuk  mereka bergelar pelajar, Kalau naik motorsikal tu, bawa elok-elok .

 No jatuh-jatuh, lumba-lumba, langgar-langgar tau. Ha yang luka kena ekzos motor tempoh hari belum lagi baik, usah ditambah lagi ya. Yang minat motorcross, rasanya kat tempat kita ni banyak pilihan.

Di kampung bersebelahan kampung saya ni pun ada kawasannya. Selalu juga petang2 tertentu ada aktiviti motorcross.

Yang suka mandi sungai/ paya dan kat air terjun, ingat, keselamatan diri perlu diutamakan. Yang perempuan eloklah pergi dengan keluarga, ya. Banyaknya pesanan penaja. :)


Bermulanya cuti persekolahan, maka tugas guru yang mengajar di sekolah telah dihentikan sementara dan ibubapa bertanggungjawab penuh menyambung kesinambungan tugas mendidik anak-anak di rumah.

Nampaknya, waktu cuti sekolah begini, ibubapa kenalah menjadi cikgu kepada anak-anak…

Semoga  sepanjang cuti sekolah ini, anak-anak kita dinaungi oleh suasana pendidikan dan pembelajaran yang berterusan. Semoga usaha ini dapat mengawal pengaruh liar dari aktiviti yang negatif dan sekaligus melahirkan generasi yang mantap akidah dan cemerlang dalam pendidikan.

Good Luck












Good Luck












Good Luck to students at SMK Jengka Pusat 2.


The examination is around the corner..

The preparation should be started earlier,

but due to my own mistakes, its started a bit late.. still in the progress…

The mind should be clearer..

No more unimportant matters should disturb my mind..

The target is always to be better..

I’m not looking for only pass,

but the excellent should be mind without too over confident..

The efforts should be added more and more..

The hard efforts will determine the meaning of success..

The du’a should be regular…

followed by Tawakal that only Allah knows everything..

The harder, the better…

The better, the more satisfaction…


Be careful during holidays time (3 days). Take a rest, but not take advantage.

Bakul Istimewa

Bakul Istimewa; Kraftangan Ibu

DSC00173

DSC00174

DSC00178

DSC00179

Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Kraftangan yang dihasilkan oleh ibu kami. Ibu belajar membuat produk kraf ini daripada  sebuah program pembangunan desa di Felda kami ini. Melihat saya tercangak-cangak mencari hasil krafnya, ibu segera mengumpulkannya dan diberinya kepada saya.


 Sebelum ini saya lihat ada banyak. Rupanya ibu sudah beri pada jiran yang akan mengadakan kenduri kahwin. Terima kasih ibu sebab tahu hobi anakmu ini yang suka mengambil gambar. :).

Ibu membuat kraf ini apabila ada tempahan dari jiran dan kawan-kawan kami. Baru-baru ini, kawan adik pun menempah bakul hantaran untuk majlis perkahwinannya dari kraf seumpama ini. Selain itu, ibu juga membuat bakul kecil. 

Jika kita menghadiri majlis kenduri perkahwinan, sesetengah keluarga masih mengamalkan tradisi buah tangan telur ayam kampung kepada tetamu yang hadir.  Kraftangan ini  Ibu hasilkan kerana hobi dan mengisi masa lapangnya. Katanya, sekuarangnya ada kerja yang dapat ibu buat. Maklum,anak-anak pun sudah 'lepas' belaka.

Alhamdulillah, bagi saya kemahiran kraftangan seumpama ini adalah ilmu kemahiran hidup yang dapat membantu ekonomi sara hidup penduduk setempat. 


Apabila kita tebat dengan pelbagai kemahiran hidup, pasti duania ini tidak kita terasa sempit. Sungguh luas rezeki halal yang Allah berikan untuk para hambaNya.

p/s: Kalau ada yang berminat nak buat tempahan kraf ini,silalah beritau ya. :)


Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010

Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010

 

Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu saya. Selamat hari guru kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia, terutama kepada kawan-kawan semua,samada kawan-kawan cikgu di alam realiti dan di alam maya ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin memberi kad di atas kepada semua kawan-kawan pendidik  seperti Sis Liza, Sis Nura, Kak Werdah, Puan Meriam, Sis White Rose, Sis Athirah, Puan Kartini, Anakkhas, Kak Da, Kak Shima, Sis Achik, Kak NZA, Sis Syasir, Sis Shafida, sis Ros Illyun, Sis Zultie, Cikgu adham, Sis Ibuaiman, Bro Damainx, Cikgu Humairi dan semua kawan-kawan pendidik terutama pada link myraudhatulukhuwah ini, klik sini.


SMS  Hari Guru yang Bermadah Indah


Beberapa SMS yang diterima, cukup bermadah indah. Terima kasih kawan-kawan atas ingatan.. OK,jom kita tengok madah indah kawan-kawan saya ini:

  • Yang menghafaz itu guru sejarah, yang cakap berbunga itu guru sastera, teratur ayatnya guru BM, sihat orangnya guru PJ, sopan orangnya guru Sivik, warak orangnya guru PI, pelik orangnya guru PS, tak pernah marah guru kaunseling, smart orangnya guru BI, banyak klaimnya guru SBT, relex orangnya guru pool, yang suka meniru tu guru, power cakapnya GB. Guru Pembina Negara Bangsa... Selamat Hari Guru



  • Guru... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru - Selamat Hari Guru



  • Guru umpama NTV7 kerana "CERIA SELALU...", Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana "MENJADI INSPIRASI HIDUPKU..." yang pasti guru juga bagaikan NT9 kerana "DEKAT DI HATI" dan yang paling penting guru juga bagaikan ASTRO kerana "MACAM-MACAM ADA" oleh itu "SELAMAT HARI GURU"




  • "Amanah Yang Diberi, Kami Tak Persiakan. Apa Yang Kami Janji, Tunai tetap kami tunaikan. Guru Pembina Negara Bangsa. Selamat Hari Guru.



  • Ada juga ucapan, "Terima kasih atas ingatan ini".


Ingatan Beharga


Bagi saya, Yang paling berkesan di jiwa saya apabila mendapat SMS daripada seorang anak gadis yang kini telah berjaya bangkit dari trauma. Gadis ini  telah melalui pemergian allahyarham ayah dalam tragedi menyayat hati semasa bakal menduduki SPM. Trauma yang dialaminya bukan sedikit. sebagai anak sulong dan ibu pula tidak bekerja, membuatkan gadis ini perlu dibantu.

Sesiapa yang pernah menghadapi situasi seseorang yang trauma kehilangan individu tersayang dalam sebuah tragedi, pasti akan tahu perit getir bagi membantu individu berkenaan tidak "patah Hati".

Walaupun ringkas dari gadis ini, "Terima kasih cikgu atas ........, " ia sukar digambarkan dengan kata-kata...Gembira di hati ini apabila mengetahui gadis ini sudah berjaya menempatkan diri dalam pengajian yang lebih tinggi. Bersyukur kerana dia telah menjadi pemudi tiang negara.

Ringkas SMS gadis ini namun bermakna bagi saya.

PUISI: GURU OH GURU

Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Catatan Perjalanan ke HUSM Alam dan manusia

Catatan Perjalanan ke HUSM Alam dan manusia


Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud pun tak dapat menandingi jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat assabiqunal awwalun,dalam memastikan ummat akhir zaman masih dapat menikmati nikmat Iman dan Islam,nikmat yang terbesar anugerah daripada Allah SWT Yang Maha Esa.

Entry ini adalah lanjutan dari entry sebelum ini, Jalan-jalan Kesihatan, klik sini.

Perjalanan Pergi


Di antara Jerantut ke Lipis...

DSC00357

DSC00359
DSC00264 Sebahagian Pemandangan di Felda Kechau

Photo-0333

DSC00268

2 keping gambar dia tas ni di Kelantan...




ktdintro

Sewaktu mencari jalan ke HUSM, kami asyik tersalah jalan je. Tapi Allah izin, ada hikmahnya. Terjumpa tanda arah ke KTD, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa. Info lanjut tentang kolej ini yang menjalankan program diploma kerjasama dengan UTM dan KUIS, sila klik sini.

DSC00270

Bangunan HUSM

Semasa dalam wad 2TD HUSM

DSC00370

DSC00380
Seorang pekerja sedang membaiki lampu di bilik wad yang saya diami. Candid ya bang,jangan marah tau.


Alhamdulillah, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. Kebersihan dan kekemasannya sangat baik.  Sejadah, arah kiblat dan poster  cara-cara menunaikan solat bagi orang yang sakit turut ada disediakan.

Begitu jua saya bersyukur Allah menganugerahkan staf nurse yang baik hati belaka. Mereka ramah, mesra dan sedia membantu pada bila-bila masa. Terasa bagai berada di lingkungan keluarga sendiri dengan kemesraan mereka. Semoga mereka terus berdedikasi bertugas.InsyaAllah.

Kebetulan, dalam bulan Mei ini, terdapat sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei. Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat. Di dalam sejarah Islam, antara wanita muslimah terawal menjadi perawat ialah RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH.

Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulah merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu . Info lanjut, klik sini.

Perjalanan Balik

Di Jajahan Pasir Puteh

DSC00393

DSC00396

DSC00394

Di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

DSC00415

DSC00410

Di Bandar Kuala Terengganu

DSC00403

DSC00424

Jom Makan di Terengganu...

DSC00420

DSC00427

UiTM Tawar syarat paling minimum














Tawar syarat paling minimum


APABILA Universiti Teknologi Mara ( UiTM) tegas mempertahankan hak institusi itu hanya untuk Bumiputera, ramai pihak kurang senang dan menganggap ia prejudis kepada kaum lain.

Namun, yang nyata, walaupun pelbagai cabaran dihadapi, UiTM tetap teguh dengan nawaitu membantu membela nasib Bumiputera mendapat pendidikan tinggi terbaik di negara ini.


Sejak ditubuhkan pada 1956, dengan nama Dewan Latihan Rida, produk kelahiran UiTM ada di mana-mana sahaja, sama ada sektor kerajaan atau swasta malah ramai yang menerajui dunia korporat hasil produk universiti itu.


Pada usia UiTM menjangkau 54 tahun, angka yang dianggap dalam golongan warga emas, tetapi ia terus melakar pelbagai kejayaan dalam matlamat memartabatkan pendidikan anak bangsa.


Kini, UiTM melangkah setapak lagi dengan program membantu Bumiputera miskin dan gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk meneruskan pengajian.


Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pengenalan program itu antara tanggungjawab terbaru institusi itu membantu Bumiputera mendapat pendidikan tinggi dan peluang kedua kepada golongan sasaran.








Beliau berkata, skim itu membabitkan mereka yang dikategorikan miskin, sama ada di bandar atau luar bandar serta gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tapi berminat menyambung pengajian.


"Atas rasa tanggungjawab itu, kami membuka pintu seluas-luasnya kepada golongan berkenaan dengan syarat dan kelayakan paling minimum.


"Syaratnya mudah, miskin dan mahu belajar. Ia bukan mahu mencari publisiti murah, tetapi memikul amanah membangunkan anak bangsa.

"Tidak salah memberi peluang kedua kepada golongan yang gagal itu kerana universiti bukan medium menyalurkan ilmu akademik semata-mata malah membentuk peribadi," katanya.


Dikenali dengan nama Mengubah Destini Anak Desa, program itu umpama mengembalikan tunjang asas UiTM membantu golongan miskin membina masa depan.


Katanya, dua peluang itu untuk pengajian di peringkat pra atau kursus keusahawanan selama enam bulan bagi yang bekerja.


Menurutnya, jika lulus pengajian pra, mereka berpeluang mengikuti pengajian diploma dan ijazah manakala program keusahawanan mendedahkan mereka ilmu keusahawanan.

"Pilihannya mudah, jika berminat belajar, sambung pengajian dan jika bekerja tapi masih belajar, ambil program kedua. Ia fleksibel dan disesuaikan dengan kehendak masing-masing.


"Untuk melaksanakan usaha ini, kami akan menghantar tenaga kerja UiTM termasuk pensyarah ke luar bandar bagi mengenal pasti golongan sasaran.


"Hasilnya ramai yang mahu (belajar) dan membuktikan mereka ingin membaiki diri," katanya.


Dr Sahol Hamid yakin program itu akan mencapai matlamatnya kerana gagal sekali tidak semestinya gagal untuk selama-lamanya.


"Ada manusia yang bijak gagal masuk universiti, mungkin keluarga miskin atau masalah lain, tetapi mereka tetap tidak berputus asa bekerja dan mengambil kursus luar kampus.


"Ada pula gagal sebab malas belajar tapi kemudiannya timbul kesedaran untuk membaiki diri.


"Justeru, jangan mudah menghukum dan lebih baik memberi mereka peluang kedua," katanya.


Sejak ditubuhkan, UiTM mengeluarkan lebih 400,000 graduan, satu rekod bagi sebuah universiti Bumiputera terbesar di negara ini.


Katanya, walaupun berbangga dengan pelbagai pencapaian di peringkat tempatan dan antarabangsa, UiTM tetap tidak lupa peranannya sebagai institusi pendidikan unggul dengan meneroka bidang baru.


"Semua institusi mempunyai cabarannya sendiri, yang pasti, UiTM berdiri gagah memperkasakan pendidikan kepada anak bangsa.


"Jika bukan UiTM membela nasib mereka, siapa yang boleh membantu?" katanya.

sumber, klik sini,mymetro

TENTANG CINTA PATAH HATI

TENTANG CINTA PATAH HATI

Alhamdulillhirabbila'lamin, hari ini dapatlah saya mencoret sesuatu di teratak maya ini. Saya memohon maaf kepada teman-teman kerana sejak akhir-akhir ini saya  tidak berkesempatan menjejaki teman-teman secepat mungkin. namun jika Allah beri rezeki, saya sempat singgah sebentar membaca coretan teman-teman.

Entry kali ini, saya meminjam tajuk lagu Saujana, Patah Hati. Jom kita baca liriknya.

PATAH HATI


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
sumber: anasaujana klik sini.

Tahniah untuk lagu ini yang menduduki tempat pertama, carta Nasyid di Ikim.fm pada 25 April 2010.

Kepada buat sahabat dan anak-anak yang sedang dilanda musibah. Pelbagai bentuk musibah yang melanda bukanlah bermakna Allah benci kepada kita. Ada di antara kita dilanda musibah kemiskinan, jatuh bankrap, diserang penyakit, hilang keupayaan, anak dan ahli keluarga yang sakit, musibah harta benda, musibah maruah diri, kesempitan perasaan, kesempitan wang, dibuang kerja, kehilangan insan tersayang ...

Hati yang terluka, perlu diubat. Usah dibiar melarat. Usah biarkan ia semakin parah. Hingga patah hati..

Perpisahan Suami Isteri

Buat yang bergelar Miss J, semoga tabah jua.  Terpisah dan terlerainya kasih sayang antara dua jiwa yang diikat dengan ikatan suci, sebuah pernikahan, yang berwali dan bersaksi, penuh adat dan adab. Biarlah robohnya istana cinta itu jua secara beradab.

buat yang kehilangan insan tersayang, tabah dan tabah... Allah tahu yang terbaik buat kita. Lebih-lebih lagi Miss J yang mempunyai anak-anak yang perlu dibesarkan...

Perpisahan itu amat perit dirasa. Mungkin ia perit untuk masa ini, namun punya kebaikan untuk masa depan. Lebih baik sakit sekarang, dari nyawa jadi taruhan. Lihat berita hari ini, seorang lagi isteri meninggal dunia.
“Kanak-kanak terbabit mengadu kepada datuk dan nenek mereka mengenai pertengkaran ibu dan ayah. Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, nenek kanak-kanak terbabit membuat laporan polis pada jam 1 petang semalam,” katanya.

Menurut Zainal, berdasarkan aduan itu, polis menjalankan siasatan dengan berkunjung ke rumah suami isteri terbabit, tetapi mendapati ia berkunci. Selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, polis memecahkan pintu dan menemui mayat seorang wanita di dapur.

“Polis juga menemui sebilah pisau, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Mangsa ditemui dengan kesan tikaman di dada kiri. Suspek berusia 30-an kini diburu bagi membantu siasatan,” katanya.


Berita lanjut, Klik sini.

Cinta Ditolak

Buat yang ditolak cintanya, langit biru sangat indah untuk kita nikmati. Udara segar dan kehijauan alam masih luas untuk kita terokai. Bunga-bunga  di taman masih banyak yang mekar di jambangan berduri. Benar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Benar, cinta hadir tak kenal siapa. Namun terimalah jua hakikat, cinta tak boleh dipaksa. Cinta jua bukan bersifat kasihan.

Sedikit Petikan Berita,
Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.


sumber : klik sini


Kejadian di atas mengingatkan saya pada beberapa pelajar lelaki saya yang patah hati. walaupun tidak terjadi seperti di atas, namun hati yang patah sukar di ubati.

Percayalah,apabila seseorang menolak cintamu, bukanlah bermakna dirimu tidak kacak, bukan bermakna dirimu tidak cantik. Dirimu punya kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Kalau tidak masakan, di antara jutaan telur ketika persenyawaan berlaku, dirimu sahaja yang berjaya terzahir di dunia ini setelah melalui perjalanan yang sukar.

Mungkin ada sebab lain yang sukar untuk dijelaskan, yang kadang kala tidak semua akan faham, mengapa seseorang gadis itu menolak cinta seorang pemuda. Mutiara itu letaknya di laut dalam. Di dalam bekas yang terpelihara....

apabila cintamu ditolak, bukan bermakna hidupmu telah berakhir.Masih ramai yang sayangkan kamu. sayang dengan tulus, tanpa minta apa-apa balasan. Ibumu, bapamu, cikgumu. Andai ibu telah tiada, ayah telah pergi, segan bertemu cikgu, namun jangan sesekali segan bertemu Allah selalu...

Ketika diri terasa tiada siapa yang menyayangi, renunglah dalam diri. Kita masih ada Dia yang Maha Esa. Yang sentiasa dekat di sisi, dekat di hati.

Yang pasti, cinta itu di hati. Cinta itu suci. Manusia sahaja yang mencemarkannya.

Oleh hal yang demikian,  Usah patah hati, hingga binasa diri.




Bekas pelajar yang pernah dirotan...

Bekas pelajar yang pernah dirotan.
..Sentuhan Rasa...

0ponteng

diri
Sumber gambar kartun ini, klik sini.


Saya tertarik dengan diskusi  di antara DJ radio Ikim.fm bersama pendengarnya pada pagi 15 April 2010. Saya tidak mengikuti dari awal diskusi itu. Namun sempat mendengar ulasan dj yang bertugas tentang Pendapat pakar yang ditemuramah oleh Ikim.fm, dalam isu pelajar memecahkan cermin cikgunya. Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom menyatakan kejadian ini mungkin berpunca dari diri cikgu itu sendiri dan juga pelajar itu.

Pelbagai respond yang dikatakan oleh pemanggil. Respond daripada pemanggil yang pernah didenda,ibubapa dan cikgu yang melalui sendiri pengalaman-pengalaman bersama pelajarnya turut ada. Hati saya tersentuh dengan pengalaman mereka semua. Namun ada seorang pemanggil berkongsi pengalamannya sendiri.

Respond En A.

En A menyatakan, Kenalpasti pemakanan. Sumber pemakanan yang halal lagi thoyyiba penting dalam pembinaan hati dan diri yang baik. sumber makanan ini dapat membantu membina anak-anak yang terang hati dan berkelakuan baik.

Secara ringkas luahan hati En J;

“Dulu di sekolah,saya pernah membuat macam-macam perangai langgar disiplin. Pernah juga calarkan kereta cikgu.’’

“Guru disiplin pernah memanggil ibubapa saya ke sekolah. Ibubapa saya beritahu kepada cikgu,”Cikgu rotanlah anak saya”.

"Saya marah pada cikgu saya,"

“ SPM saya teruk sangat,. kemudian saya terfikir kenapa cikgu sibuk nak mendisiplinkan saya..."

"Rupa-rupanya cikgu nak menjadikan saya sebagai insan”

"Alhamdulillah saya dah ubah diri disebabkan rotan cikgu. Sehingga hari ini cikgu saya tidak tahu saya sudah Berjaya ke menara gading.

Hikmah Di sebalik Kepayahan

Hikmah  Di sebalik Kepayahan



Memulakan Langkah Itu payah. Perit kan..Kita tak kalah bila berada di bawah. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun, itu jua bukan kekalahan. Hanya apabila sekali jatuh,tak mau dah nak bngun-bangun, maka itulah kekalahan.

Saya melihat anak kecil yang baru berjalan. Pasti banyak kali anak kecil itu terjatuh sebelum berjaya berjalan seperti biasa. Apabila dah 'dapat kaki ' pasti anak kecil itu tak mahu duduk diam kan. Hilang sudah saat kepayahannya memulakan langkah.



"Kasihan saya lihat cikgu. Mesti payah kan cikgu?" soal Zati. Wajahnya kelihatan amat simpati. Di sisinya, Sheera dan Lani   berusaha menolak kerusi roda saya menaiki jalan yang agak berbukit itu dari dewan sekolah.

Seorang pelajarar saya membantu memegang kerusi roda bagi mengimbangkan kerusi roda di sebelah kanan. Manakala seorang di sebelah kiri. Seorang pula menjinjing beg. Saya sendiri  berusaha mengawal kerusi roda dari terbelok-belok dan terundur ke belakang agar ia seimbang. Maklum kawasan di situ agak tinggi.

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar



Pada pagi Jumaat yang hening ini, terasa sebak di dada...
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar, Felda Sri Pagi, Jengka 17...
Bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Jengka Pusat 2..

Walaupun saya tak kenalinya, hanya mendengar kisahnya, saya tahu allahyarhamah seorang yang kuat dan tabah. Penyakit kanser payudara tidak mengenal siapa.

Bercerita tentang kanser payudara, saya telah melihat individu yang menderita penyakit kanser payudara, yang tabah dan cekal harungi dugaan ini. Alhamdulillhirabbilalamin kerana saya berkesempatan mengenali mereka. Kekuatan mereka sumber motivasi saya, Insya Allah...

Senarai Tugas GBK

SENARAI TUGAS
SENARAI TUGAS KAUNSELOR
1. MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH..
2. MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3. SEKOLAH MELALUI KAJIAN KEPERLUAN, SOALSELIDIK, TEMU BUAL DAN PERBINCANGAN DENGAN PELAJAR, GURU,PENTADBIR,KAKITANGAN SEKOLAH,IBU BAPA DAN BEKAS PELAJAR.
4. MERANCANG, MENGAWALSELIA DAN MENGEMASKINI REKOD DAN INVENTORI PELAJAR.
5. MENGUMPUL, MENYEDIA, MENYEBAR MAKLUMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK DAN TUNJUKAJAR. INSTRUCTIONAL) YANG MERANSANG PERKEMBANGAN PELAJAR SECARA OPTIMUM.
6. MERANCANG,MELAKSANA DAN MENGAWALSELIA PERKHIDMATAN KAUNSELING INDIVIDU SECARA PROFESIONAL DAN BERETIKA.
7. MERANCANG,MELAKSANA, MENGAWALSELIA AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK SEMUA PELAJAR.
8. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA SERTA MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBERIAN MAKLUMAT SESUAI DENGAN PENAWARAN PAKEJ PENSIJILAN TERBUKA DAN KEPERLUAN IPT
9. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEHAGAN DADAH, INHALAN, ROKOK DAN ALKOHOL.
10. MERANCANG MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI UNTUK EMNYEDIA DAN MENDEDAHAKAN PELAJAR KEPADA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM LUAR NEGARA.
11. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN EMNILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN BERHUBUNG BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KERJAYA DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
12. MERANCANG, MELAKSANAKAN, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI KONFERENS DENGAN IBI BAPA, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU DAN AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR.
13. MEMBUAT PENILAIAN AKTIVITI, MODUL, MODEL, INSTRUMEN DAN PENDEKATAN SECARA MENYELURUH BAGI MENINGKATKAN MUTU DAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH.
14. MERANCANG, MENYELARAS DAN MENILAI SUMBER DAN BAHAN RESOS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
15. MENJADI URUSETIA KEPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
16. MENJADI PENGGERAK UTAMA DALAM PROGRAM LATIHAN DALAMAN BAGI MeNYEBARKAN PENINGKATAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.
17. MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR, GURU, KAITANGAN DAN IBU BAPA YANG MEMERLUKANNYA.
18. MENJADI PERSONEL PERHUBUNGAN SERANTA SEKOLAH DENGAN AGENSI-AGENSI LUAR YANG BERKAITAN.
19. MENJADI AHLI JAWATANKUASA EX-OFICIO DALAM JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH.
20. MENJADI AHLI JAWATANKUASA DALAM MAJLIS PERANCANG SEKOLAH, DISIPLIN SEKOLAH DAN JAWATANKUASA LEMBAGA/BADAN PENGAWAS SEKOLAH.
21. MENJADI PENYELAERASW DALAM PROGRAM MENTO-MENTE SEKOLAH
22. MENJADI PENYELARAS DALAM PROGRAM-PROGRAM PENGEMABNAGAN PELAJAR SEPERTI KOLOKIUM, MOTIVASI, KEM JAYA DIRI DAN KURSUS KETATANEGARAAN.

Antara IPTA atau IPTS

Antara IPTA atau IPTS

Alhamdulillahirabbil’alamin. Syukur pada Allah, kerana mengetahui ada di antara bekas pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang baru berlalu. Begitu jua ada yang sederhana sahaja. Apapun, peluang untuk melanjutkan pelajaran samada dalam bidang akademik mahupun kemahiran di Institusi Pengajian Tinggi tertentu dan masih terbuka luas. Samada di IPTA atau IPTS, pilihan di tangan calon…

Permohonan ke IKBN, sila klik sini

Permohonan ke Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, klik sini.

Kepada anak Felda, mereka boleh memohon kursus-kusus di bidang berikut:

Klik sini, 

 

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Ikuti ulasan Dr Sapora Sipon ini , antara IPTA atau IPTS

SAYA berusia 19 tahun dan baru tamat tahun asasi dalam bidang sains di universiti swasta. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda perakaunan, tetapi pada masa sama, saya juga mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam diploma perakaunan. Saya tidak tahu mahu pilih yang mana.

Hati saya lebih ke universiti swasta, tetapi keluarga lebih suka jika saya menyambung pelajaran di IPTA kerana lebih dekat dengan mereka. Saya bingung memikirkannya. Bantulah saya Dr.

Gadis bingung
Melaka

Belajar di IPTA atau universiti swasta mempunyai kekuatan masing-masing. Sering kali wujud konflik antara anak dengan keluarga tentang pilihan di mana untuk melanjutkan pelajaran dan juga jenis kerjaya. Perspektif berbeza adalah punca utama kepada konflik ini. Apa yang boleh dilakukan ialah mencari titik pertemuan dari perbezaan perspektif ini. Dalam konteks dilema adik, perbincangan terbuka antara adik dan keluarga dapat membuka ruang kepada setiap pihak untuk melihat dan memahami perspektif kedua-dua pihak. Seterusnya, mengambil keputusan terbaik demi manfaat semua.

Perbincangan boleh bermula dengan menjelaskan mengapa adik suka belajar di universiti swasta. Perbincangan perlu lebih fokus dengan menerangkan kelebihan pilihan berbanding dengan apa yang adik tidak pilih. Contohnya, mengapa adik lebih suka kepada universiti swasta. Adakah kerana ia menawarkan program sarjana muda berbanding diploma ditawarkan IPTA itu?

Terangkan juga kebaikan lain yang adik peroleh jika ke universiti pilihan. Contohnya, dari segi kewangan, adakah adik akan mendapat pembiayaan? Bagaimana pula dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan? Adakah program yang adik akan ambil ini diiktiraf pihak yang berkaitan? Adalah lebih baik jika adik tunjukkan bukti seperti maklumat bercetak dalam bentuk brosur, untuk menguatkan hujah pilihan. Lihat sebab utama mengapa keluarga lebih suka adik belajar di universiti tempatan.

Jika faktor jarak yang menyebabkan mereka mahu adik belajar di IPTA, adik boleh rasionalkan bahawa tidak semestinya jika adik tidak belajar di IPT yang dekat dengan mereka, adik tidak boleh sentiasa berhubung dengan mereka.


Dalam perbincangan, adik perlu juga mendengar sudut pandangan keluarga mengenai pilihan mereka. Mereka juga ada rasional tersendiri.

Hujah yang baik boleh mempengaruhi pandangan orang lain untuk bersetuju kepada pilihan kita. Mungkin itu yang boleh adik lakukan itu memberi keyakinan kepada keluarga untuk bersetuju dengan pilihan mengambil program sarjana muda perakaunan di universiti swasta. Jika gagal mempengaruhi keluarga untuk bersetuju dengan pilihan, adik masih lagi berpeluang melanjutkan pelajaran mengikut pilihan mereka. Apa pun, Dr sentiasa mendoakan adik akan berjaya cemerlang dalam apa pun kursus yang adik ceburi. Selamat berjaya

sumber Prof Dr Sapora Sipon:klik sini.


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .