Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa




Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa

 Daya khayalan luar biasa



SAYA antara pembaca setia ruangan ini dan bersetuju dengan pendapat Dang Setia bahawa masalah yang dihadapi oleh ‘Gadis Imaginasi’ (GI) yang disiarkan 22 Mac lalu antara yang pelik. Peli tapi menarik, itu yang dapat saya katakan.

Pelik’ kerana jarang orang yang berupaya untuk berimaginasi ‘menarik’ kerana GI dapat memanfaatkannya dengan baik. Pandangan Dang Setia ada logiknya, kerana dibimbangi akan membawanya ke arah negatif memandangkan daya imaginasi yang sungguh luar biasa.

Saya juga dapat merasakan kebenaran dan keikhlasan dalam GI melontarkan permasalahannya melalui penulisan dan kematangan gaya bahasa biarpun berumur 18 tahun. Bagi saya, itu satu kelebihan dan anugerah Allah kepada saudari, juga sebagai satu ujian.

‘Kelebihan’ kerana ia dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan ‘ujian’ kerana bagaimana daya itu digunakan.

Pada saya, daya imaginasi luar biasa pada GI bukan masalah, cuma yang menjadi masalah ialah ‘kawalan’ kepada imaginasi itu. Kawalan daripada segi bila, apa, perkara dan batas tertentu yang perlu saudari patuhi ketika berimaginasi.

GI perlu melatih diri supaya dapat mengawal imaginasi dengan sepatutnya. GI juga perlu ada kehendak dan semangat untuk mengawal imaginasi. Imaginasi datang daripada otak dan hati perlu mengawal otak. Untuk mengawal hati, GI perlu bentuk jiwa.

Jiwa adalah ‘isi hati’. Jadi GI perlu isikan hati dengan sesuatu yang murni supaya jiwa menjadi murni. Dengan itu tiada paksaan dan tekanan dalam membentuk kawalan kepada daya imaginasi yang luar biasa itu. Cuba elak berimaginasi yang keterlaluan apabila dengan kawan serta kurangkan duduk bersendirian.

Gunakan daya imaginasi pada tempat atau perkara betul saja. Diharap GI tidak menghadapi masalah ini bersendirian kerana perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif seperti yang disaran Dang Setia.

Setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan tertentu, tapi hanya orang yang mahir menggunakan kelebihan mereka akan berjaya. Untuk menjadi mahir perlu keinginan, kesabaran latihan serta usaha. Saya berharap pada masa depan GI berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.



JURUTEKNIK IMAGINASI

sumber:Ruangan Dang Setia.Metro.


*Kes Gadis Imaginasi mengingatkan saya kepada kes yang pernah saya kendalikan satu ketika dahulu.

Related Posts:

  • Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa  Daya khayalan luar biasa SAYA antara pembaca setia ruangan ini dan bersetuju dengan pendapat Dang Setia bahawa masalah yang dihadapi oleh ‘Gadis Imaginasi’ (GI) y… Read More
  • Soalan KH Modul Cakna Akademik PMR 2013 Soalan KH Modul Cakna Akademik PMR 2013  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada ent… Read More
  • Menangani tekanan rakan sebaya di sekolah Menangani tekanan rakan sebaya di sekolah Oleh Dr. Teoh Hsien-Jin Siri kelapanSURESH, umumnya seorang budak yang sungguh baik tingkah laku sehinggalah dia memasuki Tahun 2. Dia mula mempamerkan tingkah laku buruk daripa… Read More
  • Zina sejenis Dilema ketagih seks sejenis Zina sejenis Dilema ketagih seks sejenis Entry ini saya petik daripada Sesi Kaunseling Remaja bersama Dr Sapora Sipon. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama.  Ruangan … Read More
  • Pendidikan vokasional strategi elak keciciran Pendidikan vokasional strategi elak keciciran Oleh Zakaria Mohd. Yusof KENYATAAN oleh Menteri Pelajaran untuk merombak semula sistem pendidikan vokasional seperti yang dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia (21 Mei 2… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .