Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Berjaya atau Gagal Ke "U"

Berjaya atau Gagal Ke Universiti?


Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada :
Lepasan SPM/Setaraf : Mulai 1 Mei 2009 12.00 tghri
Lepasan STPM/Setaraf : minggu ketiga Jun 2009
sumber:http://upu.mohe.gov.my/
Silakan klik
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010


Kepada adik-adik yang berjaya ke menara gading idaman anda,tahniah diucapkan. Semoga ia menjadi motivasi untuk anda lebih berjaya pada masa hadapan. Selamat datang ke dunia kampus yang serba indah, warna-warni dan cabaran.

Bagi anda yang dapat tawaran kemasukan ke universiti, tetapi memperolehi kursus atau univeristi bukan pilihan, diharap dapat menerimanya dengan kesyukuran. Cuba lihat dan pandang di luar sana. Di antara beribu-ribu calon yang memohon IPTA, anda antara calon yang terpilih. Alangkah bertuahnya anda. Maka hargainya.

Bagi adik-adik yang gagal untuk menjadi sebahagian warga kampus IPTA, Cubalah buat rayuan kepada pihak berkenaan. Sebenarnya kadang-kala kita sendiri tak menyangka mengapa kita gagal ke Universiti sedangkan rasanya result kita dah cukup cantik. Tetapi kita harus sedar. Untuk melayakkan kita ke IPTA, banyak kriteria yang diambil kira. Kadang-kala terdapat kesilapan kita semasa mengisi borang pemohonan ke U.Maka, lain-kali perlu berhati-hati semasa mengisi borang.

Usahlah bermuram durja ya. Lihatlah, pandanglah dan amatilah dunia di luar lingkunganmu. Kegagalan anda untuk menempatkan diri ke IPTA bukanlah bermakna anda gagal dalam kehidupan. Bidang kemahiran juga menjanjikan pendapatan yang lumayan untuk kita. Misalnya, kemahiran menjahit, memasak dan membaiki kenderaan.

Kerajaan sendiri sudah menyediakan institusi berkaitan kemahiran. Yuran yang perlu dibayar tidak mahal dan berpatutan. Contohnya IKM, ILP Dan IKBN. Kursus peringkat sijil juga disediakan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Maka, rebutlah peluang yang ada.

Renungkan kembali diri kita. Cari dan semak kembali punca-punca kegagalan kita dan perbaikilah kesilapan kita. Yang penting kita mahu berubah. Insan yang mahu berubah tidak pernah mencari alasan untuk gagal. Dia akan terus berusaha dan terus berusaha membina kejayaan dalam hidupnya.

Pandanglah kehidupan ini dengan penuh positif. Berbaik sangka kepada Allah dan lalui detik-detik masa remajamu dengan penuh ceria dan pengisian aktiviti berfaedah.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .