Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang
(alfatihah untuk SN Dato Usman Awang)

Dedikasi Selamat hari Guru buat semua para cikgu di seluruh ceruk rantau negara. Walau di tengah kota raya atau di tengah hutan banat, jasa baktimu guru semoga sentiasa dikenang dan dihargai. Entry pada 13.5/09

Related Posts:

  • Selamat Tinggal, SMKJP2 Selamat Tinggal, SMKJP2    Terima Kasih, Tuhan    Atas izinMu    Di SMKJP2    Saya beroleh kebaikan, kesihatan    ...dan pemulihan Dari on wheel chair … Read More
  • Bandar Jengka Bandar Jengka atau Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang Gunung Senyum dilihat dari laluan Rumpun Makmur  Jambatan Sultan Ahmad Shah, Kuala Krau yang merentasi Sungai Pahang. Jalan baru d… Read More
  • Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Pensyarah Maut Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Seorang Pensyarah Maut Kemalangan Maut : Pelajar Tingkatan 3 Langgar Pensyarah dan Anak @ Kangar Perlis   Al Fatihah Untuk Allahyarham  Mohd. Azmir Aziz, (gambar kecil di ba… Read More
  • Selamat Kembali ke SekolahSelamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah, kita bertemu kembali di sesi persekolahan ini. Pagi yang cerah, cuaca yang nyaman. Semoga para pelajar k… Read More
  • Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia Tema Hari Guru Tahun 2012, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Guru. Semoga kerjaya Kita diberkati ~ … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .