Terbaca artikel tentang gadis sindrom down,yg di***** oleh pemuda terencat akal yg jga OKU di Metro 5 Ogos...perasaan bengang tu tak tahu nak cakap camne. Mujurlah gurunya peka dgn perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh gadis berkenaan.
Suatu ketika dahulu, semasa saya pernah bersama-sama insan-insan istimewa ini, sebenarnya anak-anak OKU mempunyai potensi untuk menguruskan diri mereka dan menjadi insan cemerlang jika kena caranya. Ada di antara mereka yang ditempatkan di kelas sesi pembelajaran biasa bersama anak-anak normal yang lain dan mampu mengambil peperiksaan PMR dan SPM dengan baik.
Sekolah untuk pelajar bekeperluan khas ini sudah semakin banyak diwujudkan. Contohnya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura, Kulai, Johor merupakan sekolah vokasional pertama di Malaysia yang menempatkan murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Manakala sekarang ini Sekolah Menengah Harian Program Integrasi sudah banyak diwujudkan termasuk di kawasan tanah rancangan.
Kadang-kala saya tidak mengerti mengapa anak-anak ini ada di antaranya yang tidak dilayan dengan baik oleh keluarganya sebagaimana anak-anak yang lain dalam keluarga tersebut. Sedangkan, anak-anak ini biasanya lebih prihatin dan cakna kepada sesuatu perkara yang dilihat dihadapannya. Contohnya, jika melihat guru mereka mengurut kepala yang pening, cepat-cepat meeka ambilkan minyak angin. Telatah mereka menghiburkan hati. Anak-anak ini membawa rahmat daripada Ilahi.
Tak kurang juga ada yang mengalami keadaan seperti kisah , "Bawang Putih, Bawang Merah" dan sebagainya. Cuma, mereka nak meluahkan perasaan dan isihati mereka agak sukar. Mereka selalunya sukar untuk berkongsi cerita dengan seseorang melainkan dengan individu yang benar-benar mereka percayai.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Nasib Gadis OKU
Related Posts:
Pelajar OKU cemerlang STPMPelajar OKU cemerlang STPM CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak menghalang pe… Read More
Sijil Tahfiz Al-Quran Untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan Sijil Tahfiz Al-Quran (6 Juzu’) untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Gambar Masjid Darul Quran Kredit kepada klik http://raredour.blogspot.com/ Program Persijilan Tahfiz al-Qu… Read More
Calon istimewa tetap cemerlang STPM Calon istimewa tetap cemerlang STPM Muhammad Firdaus Adam, pelajar calon istimewa menunjukkan sijil Pelajar Cemerlang Negeri Johor bagi STPM 2011 di Johor Bahru. Kredit: Utusan Malaysia. JOHOR BAHRU 7 Mac - Seorang pelaja… Read More
Yeow Ting Fong Pelajar cemerlang OKU daftar di USM Yeow Ting Fong Pelajar cemerlang OKU daftar di USM Yeow Ting Fong, 20, ditemani oleh ahli keluarganya semasa membuat pendaftaran pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sidang akademik 2012/2013 hari ini… Read More
Konvensyen OKU, Kanak-kanak dan WanitaMalaysia Tandatangani Konvensyen Hak OKU !-- By: Ramjit-- KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia pada Selasa menandatangani instrumen ratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU) dan penarikan balik re… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment