Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
catatan pemilik blog
,
Cerita Kehidupan
,
kemahiran belajar
,
memoir seorang guru
,
peperiksaan
» Menjelang Peperiksaan
Menjelang Peperiksaan
Menjelang Peperiksaan....
Entry ini pada 7/09/09.
Semalam, saya menelefon bonda saya bertanya khabar. telupa pula, Johor tidak cuti pada Nuzul Quran tetapi telah bercuti pada 1 Ramadhan. Terlupa juga, bonda saya seorang yang gigih bekerja dan telah hampir menjadi warga emas. Terlupa juga, sewaktu saya call bonda adalah masa bertugasnya. maaf mencuri sedikit masa kerja bonda. Mujur saja waktu itu bonda free.
Kami hanya dapat berbicara sebentar. Sebenarnya hampir setiap hari atau seminggu 4 kali saya menelefon bonda. Bil Telefon? Saya tak kisah kerana dalam menghubungkan silatarrahim suami berpesan usah berkira. Nampaknya, bonda sibuk dalam membuat persiapan akhir. Persiapan apa bonda? Tanya saya.
"Esok UPSR, Kakak. Kami di sini sibuk mempersiapkan dewan dan pelajar dalam menghadapi UPSR esok ni. Berdebar-debar jugak hati mak ni, kak,"
"Ya Allah, sampai lupa kakak esok ada peperiksaan besar untuk murid-murid sekolah rendah," tutur saya.
"Kasihan kakak. Banyak yang kakak tak tahu tentang perkembangan pendidikan ya. Sabarlah ya kak,"kata bondaku.
Oklah. Itu sedikit perbualan saya dengan bonda tentang debaran, harapan dan impian seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan.
UPSR, PMR dan SPM….Istilah-istilahn ini begitu sinonim dengan anak-anak kita di bangku sekolah menengah. Apa tidaknya, setiap kali menjelang musim peperiksaan, anak-anak kita bertungkus-lumus membuat latihan, ulang kaji dan menghadiri kelas tuisyen intensif serta kelas tambahan, walaupun ada juga yang ebrsikap sambil lewa dan langsung tidak peduli. Ada ibubapa yang turut bimbang dan gemuruh menjelang musim peperiksaan anak masing-masing.
Biar apa pun, kita bertanggungjawab mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
Di sini, saya tulis kembali catatan penulis Bangku Sekolah Anis, En. Mohd Hafiz Abdul Hamid memberikan beberapa tip untuk ibu bapa menjelang peperiksaan anak-anak anda.
1. KURANGKAN AKTIVITI LUAR
2. FAHAMI TEKANAN ANAK-ANAK
3. GANJARAN
4. JANGAN PAKSA ANAK
5. BERDOA UNTUK ANAK
Related Posts:
PMR, Tinggal ESOK jer.. PMR, Tinggal ESOK jer..Selamat menduduki peperiksaan PMR 2011 Wajah-wajah Putera Puteri Harapan SMK Jengka Pusat 2, 2011. Calon-calon PMR 2011, sedang mendengar taklimat dan tips menjawab peperiksaan … Read More
Menjelang Peperiksaan Langkah Bijak Anda Menjelang Peperiksaan Langkah Bijak Anda SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan seja… Read More
Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Tarikh kemasukan Markah Lisan dan Kerja Kursus bermula dari 1 Ogos 2012 (Rabu) hingga 30 Ogos 2012 (Khamis) … Read More
Menjelang PeperiksaanMenjelang Peperiksaan.... Entry ini pada 7/09/09. Semalam, saya menelefon bonda saya bertanya khabar. telupa pula, Johor tidak cuti pada Nuzul Quran tetapi telah bercuti pada 1 Ramadhan. Terlupa juga, bonda saya seor… Read More
Buta mata, bukan buta hati 'Buta mata, bukan buta hati' JOHOR BAHRU 21 Feb. - Cacat penglihatan tidak menghalang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar di sini, Muhamad Nadhir Abdul Nasir mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekola… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment