Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Hidung kembang bahan ejekan

Hidung kembang bahan ejekan

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.





SOALAN

SAYA gadis berusia 19 tahun mempunyai masalah berkaitan paras rupa. Walaupun dilahirkan sempurna dan memiliki kulit putih, hidung saya besar dan kembang. Saya berasa sangat tertekan, lebih-lebih lagi saya sering dipandang hina masyarakat dan keluarga.

Keluarga selalu mengejek dan mengatakan hidung saya ibarat buah jambu air yang masak apabila menangis.

Patutkah saya membuat pembedahan hidung supaya nampak lebih cantik?

Berapa pula kos untuk pembedahan itu? Saya berharap Dr dapat membantu saya.

Gadis Bingung,
Kedah


JAWAPAN


PUJANGGA Khalil Gibran ada berkata, kecantikan tidak boleh dilihat melainkan dengan hati dan minda yang tenang, manakala Roseanne pula mengatakan kecantikan bukan terletak pada paras rupa tetapi di hati. Kata-kata dua pujangga ini mungkin dapat membantu adik melihat kecantikan daripada pelbagai sudut dan membantu mengurangkan tekanan.

Kata-kata itu boleh menerangkan bahawa walaupun paras rupa penting, kecantikan sebenar adalah dari hati dan manusia melihat kecantikan dari pelbagai bentuk dan rupa.

Memang peranan paras rupa penting dalam mendapat pengiktirafan orang ramai terhadap diri kita. Apatah lagi, dalam dunia di mana kecantikan sering menjadi perhatian termasuk melariskan perniagaan.

Bagaimanapun, banyak perkara lain memberi makna dalam kehidupan seseorang. Antaranya sikap dan personaliti yang baik. Individu yang baik peribadinya sering disukai ramai.

Pengiktirafan dan nilai yang diberikan keluarga kepada individu memang sangat besar kesannya. Contohnya, pengiktirafan negatif keluarga terhadap bentuk hidung adik yang besar dan kembang.

Dengan tidak menghargai dan menerima apa yang adik miliki bukanlah satu perkara baik dilakukan keluarga. Ia akan mengukuhkan pemikiran negatif yang seterusnya mencorak pandangan hidup seseorang.

Dr tidak tahu sama ada keluarga mengetahui kesan ejekan mereka kepada harga diri adik dan seterusnya membuat adik sangat tertekan. Jika adik tidak suka sikap mengejek mereka, beritahu mereka perasaan sebenar.

Jika mereka benar-benar sayangkan adik, mereka akan berhenti mengejek dan menghormati paras rupa adik.

Memang ada klinik yang menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk hidung adik itu. Mengenai kos pembedahannya, Dr tidak tahu. Persoalannya, adakah ia akan menyelesaikan masalah adik? Apa pula nilai dan anggapan keluarga terhadap hidung adik yang bukan lagi asli bentuk paras rupanya nanti? Adakah mereka akan berhenti mengejek?

Islam melarang keras pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk cantik. Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ia harus.

Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa’.

Dr berharap adik menghargai paras rupa yang dianugerahkan Ilahi. Ini kerana kecantikan datang dari pelbagai bentuk dan bagi setiap kecantikan, ada mata melihat, bagi setiap kebenaran ada telinga mendengar dan bagi setiap cinta ada hati yang sudi menerima.


Related Posts:

  • SYARAT KE IKM SIJIL TEKNOLOGI BADAN BAIKPULIH KENDERAAN SYARAT KE IKM SIJIL TEKNOLOGI BADAN BAIKPULIH KENDERAAN   Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda u… Read More
  • Halatuju selepas UPSRHalatuju selepas UPSR Hai...berdebar juga hati ini bila UPSR diumukan walaupun tiada anak yang mengambil peperiksaan ini tahun ini. E entah macam mana kan perasaan ibubapa calon dan juga calon sendiri. Tak lupa debaran para … Read More
  • Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif (Artikel ini disiarkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi entry ke3 utama sehingga 19/4/2013) Fakta Aids  * Aids bukan hanya penyakit lelaki homoseksua… Read More
  • Jiwa Anak Kecil Jiwa Anak Kecil   Anak itu  selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan yang  cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima … Read More
  • Berubah kepada Positif Bermulanya Harapan satu anugerah Berubah kepada Positif Bermulanya Harapan satu anugerah   Assalamualaikum artikel ini adalah petikan tulisan Yang Mulia Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pengaasas  MAP Training, yang juga motivator terkenal t… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .