Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kursus keibubapaan?

Kursus Keibubapaan



Beberapa pagi yang lepas, saya ada mendengar program bual bicara di antara Yang Mulia Dr Tengku Asmadi, websitenya klik sini,  di IKIM.fm. Terdapat pendengar yang meminta beliau menganjurkan program khas untuk ibubapa; seumpama Parenting Skills Course. Rupa-rupanya beliau pernah menganjurkan program seumpama itu tetapi kurang mendapat sambutan dari kalangan ibubapa. Dalam bual bicara tersebut, beliau ada mengutarakan pandangan akan menganjurkan program Kursus keibubapaan bersama Yang Berbahagia Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah  Bin Kamsah, websitenya klik sini.


Cuma masa untuk kursus itu bakal diadakan tidak dapat dipastikan lagi.

Bagi saya, saya menyokong Kursus keibubapaan itu diadakan. Saya sendiri merasakan betapa pantasnya masa bergerak dan setiap saat ada sahaja perkembangan terkini termasuklah kemahiran keibubapaan yang perlu saya pelajari. Saya sendiri merasakan perlu untuk mempelajari kemahiran keibubapaan dalam menangani masalah anak yang hiperaktif...

Berdasarkan pengalaman saya suatu ketika dahulu, dalam sesi-sesi bimbingan kaunseling bersama pelajar saya, saya dapati antara pokok permasalahan utama pelajar di usia remaja ini ialah kesilapan komunikasi  remaja atau ibubapa dalam mmahami  komunikasi, ruang peribadi dan peranan,  dilema antara kehendak dan harapan ibubapa yang tidak sejajar dengan kehendak dan minat remaja itu sendiri serta pelbagai lagi persepsi negatif remaja itu terhadap ibubapa mereka sendiri.

Apa yang saya lihat, terdapat perbezaan pandangan di antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki dalam memahami dan melihat kehidupan yang dilalui mereka.

Mempunyai adik-adik remaja lelaki yang sedang mendaki tangga cita-cita, adik-adik perempuan yang telah lepas U dan sedang mendaki zaman remaja dewasa, membuatkan saya merasa dekat dengan pelajar saya dalam sesi-sesi itu. Berdasarkan pengalaman sesi saya itu, amat malang  jika hanya kerana unfinished business di dalam lingakaran keluarga asas yang tak pernah cuba diselesaikan.. hanya akan kian  menjarakkan talian kasih sayang fitrah salimah dalam sesebuah institusi keluarga.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .