Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Banjir di Pahang Disember 2013 Beberapa jalan di Kuantan ditutup

Banjir di Pahang Disember 2013 Beberapa jalan di Kuantan ditutup 



Keadaan air di  Jalan Muadzam ke Kuantan berdekatan simpang Chini


 Dari malam tadi Allah turunkan hujan. Pagi tadi ku gagahkan diri. Menepati temu janji. Bersama klien yang telah berjanji. Lalu ku meredah cuaca yang sungguh dingin. Air di sungai telah melimpah ke jalan raya. Hujan terus membasahi bumi. Berhenti seketika kemudian menderu lagi. Ketika kaki ini melangkah, ke sekolah, bersama hujan yang terus mencurah. Kulihat calon SPM Hari Isnin, 2 Disember 2013 tekun menjawab peperiksaan. Subhanallah hujan terus menerus rupanya air di sungai telah naik....dan akhirnya berlaku banjir.Ketika admin blog memuat naik artikel ini hujan masih turun dengan lebat.Subhanallah.* Marilah berdoa bersama2 moga Tuhan lindungi kita semua dari malapetaka bahaya dikala hujan teruk sebegini dan berhati-hatilah pada musim-musim begini.

Update Selasa 3.12.2013

Jalan Tanah Putih Baru menghala ke Jambatan Kuantan / Bandar Kuantan ditutup kepada kenderaan ringan. Kenderaan ringan boleh lalu jalan atas, jalan atas dibuka menjadi dua laluan.[Credit : Wan Mohd Shahir]


Gambar Banjir di Kuantan
Update Selasa 3.12.2013 4.12 pm

Keadaan banjir di  Kuantan Pematang Badak
[Credit : Wan Mohd Shahir]
 
 
Keadaan banjir di   Sungai Isap Jaya
[Credit : Sirdie Dee)
 
 
Keadaan banjir di  Kolej Shah Putra 
 
 
Kolej Shahputra jam 1315 hrs
[Credit : Sirdie Dee
)
 
PUSAT BANJIR KUANTAN 095143799 --
 siape yang nak tahu jalan man tidak boleh lalu.
 

KDYTM Tengku Mahkota Pahang mencemar duli menziarah mangsa-mangsa banjir di SMART pada 3 Disember 2013.

 
Sumber; FB Orang Kuantan
 

Beberapa jalan di Kuantan ditutup akibat banjir




 Gambar Sungai Lembing pagi tadi dari JPS



TERPUTUS HUBUNGAN... Penduduk-penduduk di sekitar Sungai Lembing melihat jambatan Sungai Charu ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter pada Isnin. 

Jalan utama menghubungkan Kuantan-Sungai Lembing terpaksa ditutup untuk semua kenderaan selepas paras air Sungai Charu melimpahi jambatan akibat hujan yang berterusan salama tiga hari bermula Sabtu lalu. Mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan banjir, dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengawasi anggota keluarga masing-masing di samping mendengar arahan pihak berkuasa berpindah apabila diarahkan. sumber






Dinasihatkan jgn lalu sbb makin dlm..tapi ramai tetap lalu dah ada beberapa buah kete tersadai..jalan nak ke Pekan melalui Tg Lumpur SUMBER

Beberapa jalan di Kuantan ditutup akibat banjir

 Beberapa laluan sekitar daerah ini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan banjir yang berlaku akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Menurut laman sosial Facebook Polis Pahang, antara jalan terlibat ialah
Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang dan
persimpangan hadapan Wisma Belia dibawah jejambat Pintasan Kuantan,
Selain itu, laluan di Jalan Bukit Ubi hadapan Balai Bomba Kuantan, Jalan Tok
Sira hadapan bangunan Jabatan Kimia dan Pintasan Bukit Setongkol menghala ke
pasar raya Giant turut ditenggelami air.

Kenyataan daripada  polis;

Untuk makluman tuan2. Jalan2 yg tidak boleh dilalui akibat limpahan air.
1. Km 28 jln sg. Lembing
2. Bt.3 jln. Kuantan Gambang
3. Persimpangan hadapan wisma belia di bawah jejambat kuantan bypass.
4. Jalan bukit ubi hadapan bomba.
5. Jalan Tok Sira hadapan Kimia.
6. Pintasan bukit setongkol menghala ke Giant.


"Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan
bersedia sebarang kemungkinan serta mengikut arahan pihak berkuasa untuk
berpindah sekiranya diminta berbuat demikian," katanya

 

Dari JPS: Bacaan terkini paras air di setesen-stesen utama Daerah Kuantan sehingga jam 10.30 pagi 2/12/2013 (Isnin)

Sg Kuantan@Bukit Kenau –Paras Terkini (18.66m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (17.00m);

Sg Belat @ Sri Damai–Paras Terkini (1.87m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (1.50m);

Sg Kuantan @ Pasir Kemudi–Paras Terkini (4.28m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (2.00m);

Sg Kuantan @ Kuantan By-pass–Paras Terkini (2.96m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (0.60m);




Banjir: Kira-kira 100 dipindahkan di Pahang

KUANTAN - Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, di Rompin mula dipindahkan berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, semua mangsa terbabit itu dipindahkan sejak 10 pagi tadi berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga 1 meter.

Maklumat lengkap mengenai proses pemindahan dan pusat penempatan pemindahan itu masih belum diperolehi, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pihaknya masih belum memperolehi maklumat lengkap berhubung proses pemindahan mangsa banjir terbabit.

Menurut jurucakap itu, laluan di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Charu kini ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air melebihi 1 meter.
- Bernama


Sembilan pusat pemindahan dibuka di Rompin

ROMPIN - Setakat jam 10 malam tadi, sembilan pusat pemindahan banjir telah dibuka dan lebih 600 mangsa banjir telah didaftarkan dan jumlah mereka dijangka bertambah.


Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin yang dihubungi Sinar Harian memaklumkan setakat ini semua petugas masih dalam proses memindah dan mendaftarkan mangsa banjir.

“Sembilan pusat pemindahan yang telah dibuka itu ialah di SK Sungai Puteri, SK Pontian, SK Janglau, SK Sarang Tiong, SK Pianggu, Balai Raya kampung Sepakat, Surau Bukit Lepas, Dewan Teluk Gading dan Dewan Leban Chondong.

“Saya tidak dapat memberikan angka rasmi jumlah mangsa banjir setakat ini kerana proses pendaftaran mangsa masih dijalankan tetapi secara kasarnya tidak kurang dari 600 orang kesemuanya,” katanya.



Dalam pada itu, Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahamd Fuad Syed Taha yang dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya masih belum mempunyai laporan rasmi tentang jumlah mangsa banjir.


 



“Setakat jam 7 malam tadi, petugas banjir masih dalam proses pendaftaran dan tiada angka rasmi jumlah mangsa yang boleh dikeluarkan.


 


“Proses memindahkan mangsa banjir seberapa ramai yang boleh sedang giat dilakukan dan kalau boleh diselesaikan sebelum malam,” katanya.



Menurutnya, makanan dan keperluan asas lain telah dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke setiap pusat pemindahan.



Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Setajam, Muhamad Aw. Kechik yang ditemui melahirkan rasa bimbangnya kerana kemungkinan banjir kali ini lebih teruk.

“Sebelum ini kawasan Setajam memang selalu banjir hampir setiap tahun, tetapi kali ini saya bimbang ia seperti lebih buruk berbanding banjir yang pernah berlaku sebelum ini.

“Ini kerana saya melihat keadaan air yang semakin naik dan hujan kadang kala lebat yang berterusan sejak petang Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, hari ini tidak nampak gaya hujan akan berhenti kerana ia makin lebat berbanding hari Ahad dan petang Sabtu lalu.


Sumber; Sinar Harian


DARI FB MET:

KEMASKINI SEKSYEN C: AMRN R/PETIR UTK N.S.,M'KA,PHG&SRWK; 8:40mlm 2-12-13.

Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 08:40pm pada 02 Disember 2013

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 03:13 pm pada 2 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera) dan Johor (Daerah Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikemaskini pada : 03:13 pm pada 2 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Johor (Daerah Ledang, Kota Tinggi dan Muar) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikemaskini pada : 08:40 pm pada 2 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri N. Sembilan, Melaka, Pahang (Daerah Bentong, Temerloh dan Maran) dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Limbang), Miri, Bintulu (Daerah Tatau) dan Mukah dijangka berterusan sehingga awal pagi, Selasa 3 Disember 2013.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.









1 Comments:

Anonymous said...

saya nak sangat tahu music ni :( dah lama saya mencari music ni . apa eh tajuk nya ?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .