Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014 telah dibuka. Tarikh permohonan akan ditutup secara rasmi pada 31 Disember 2013.Sila klik pada pautan berikut untuk muat turun borang.
Artikel sebelum ini,
1- Permohonan ke IKBN Januari 2014; peluang ke2 lepasan SPM. Klik di sini.
2- Senarai IKBN Di Malaysia, sila klik di sini
KURSUS DITAWARKAN
1. Juruteknik Industri Tahap 3 (MMM)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)
3. Diploma Teknologi Elektronik Industri (Diploma Kemahiran Malaysia)
-Pembantu Jurutera Elektronik Industri Tahap 4 -(DED 04)
4. Diploma Teknologi Elektronik Industri (Kerjasama UTM)-DTEI
5. Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia) Perekabentuk Multimedia –
Pengarangan Tahap 3 - (SKP03)
Jabatan
Pemesinan menawarkan kursus-kursus peringkat Sijil SKM Tahap 1, Tahap
2, Tahap 3 dan Tahap 4 di dalam bidang-bidang berikut :-
1. Pemesinan Am Tahap 1 – MC-050-1
2. Pemesin Tahap 2 – MC-050-2
3. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2 – MC-032-2
4. Pemesin Kanan Tahap 3 – MC-050-3
5. Juruteknik Pemesinan Computer Numerical Control Tahap 3 – MC-032-3
3. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2 – MC-032-2
4. Pemesin Kanan Tahap 3 – MC-050-3
5. Juruteknik Pemesinan Computer Numerical Control Tahap 3 – MC-032-3
6. Eksekutif Pembuatan CAD/CAM Tahap 4 – MC-050-4
1. Juruteknik Industri Tahap 3 (MMM)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)
1. Kursus Juruteknik Industri Tahap 3
Pelatih
yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran
Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut
Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
Kelayakan
Lulus
SPM dan mempunyai sijil Kemahiran Malaysia (Mekanik Industri tahap 1
dan 2) yang sah dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK), Kementerian Sumber Manusia.
Tempoh Kursus : 18 Bulan (sepenuh masa di Institut)
2. Kursus Penjaga Jentera Elektrik A0.
Pelatih
yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di
tetapkan akan mendapat Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0
(voltan rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (JBE dan Gas)
dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut
Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
Kelayakan
Lulus
SPM dan mempunyai Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Satu dengan
Pengujian (PW2) atau Pendawai Fasa Tiga dengan Pengujian (PW4) yang sah,
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan pengalaman sekurang-kurangnya
selama 1 tahun dalam bidang kerja-kerja elektrik voltan rendah keadaan
radas hidup.
*menjalani latihan praktikal di tempat yang berkaitan boleh dianggap sebagai pengalaman kerja.
Tempoh kursus : 12 Bulan (6 bulan di Institut, 3 bulan latihan praktikal di industri dan 3 bulan di Institut)
Diploma Teknologi Elektronik Industri (Diploma Kemahiran Malaysia) -Pembantu
Jurutera Elektronik Industri Tahap 4 -(DED 04)
Pengenalan Kursus:
Pelatih bagi kursus ini akan memperolehi latihan kemahiran untuk menjalankan troubleshooting pada sistem elektronik, menyelenggara stepper motor, memuat turun PC dan sistem PLC, menguji TTL dan CMOS, menulis laporan dan juga penyeliaan pengeluaran.
Secara
umumnya, setelah tamat, pelatih mahir untuk menjalankan proses
penyelenggaraan pada peralatan elektronik, menguji kefungsian pada
produk elektronik dan boleh menyelia di bahagian pengeluaran.
Kelayakan Masuk:
Lulus SPM/SPMV dengan lulus Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran Sains ATAU Matematik.
Tempoh Kursus:
3 tahun (Pengajian) dan 3 bulan (Latihan Industri)
Penganugerahan:
Pelatih
yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran
Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan
mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran
Tinggi Belia Negara Sepang.
Diploma Teknologi Elektronik Industri (Kerjasama UTM)-DTEI
Pengenalan Kursus:
Kursus
yang ditawarkan ini merupakan kursus dengan kerjasama Universiti
Teknologi Malaysia. Pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali
dalam pelbagai subjek termasuk subjek umum dan subjek yang khusus kepada
bidang teknologi elektronik industri.
Pada akhir semester nanti, pelajar terlibat secara langsung membangunkan suatu produk/projek berasaskan elektronik.
Proses
merekabentuk dan menghasilkan produk elektronik ini dibangunkan oleh
pelatih semasa mereka menghasilkan Projek Akhir 1 dan 2 mereka.
Kombinasi kemahiran yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus ini
dan juga kretiviti yang dimiliki oleh pelatih diterjemahkan melalui
projek akhir ini.
Kelayakan Masuk:
i. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik ATAU;
ii. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik serta DUA (2) matapelajaran lain ATAU;
iii. Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Matematik dan lulus Bahasa Melayu serta DUA (2) matapelajaran lain.
Tempoh kursus :
3 tahun
Penganugerahan:
Pelatih
yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di
tetapkan akan mendapat Diploma Teknologi Elektronik Industri yang
dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Sijil Tamat
Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
Sepang.
Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia) Perekabentuk Multimedia – Pengarangan Tahap 3 - (SKP03)
Pengenalan Kursus:
Pelatih
yang mengikuti kursus ini akan mengikuti latihan untuk menguasai
kemahiran menggunakan pelbagai perisian komputer. Pelatih akan diberi
pendedahan yang lebih di dalam mengendalikan elemen-elemen multimedia
seperti gambar, animasi, gambar bergerak, teks, audio dan grafik.
Elemen-elemen
tersebut akan diolah untuk menghasilkan produksi multimedia yang
menarik. Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan kebolehan berurusan
dengan pembekal, pakar-pakar bidang dan golongan-golongan sasaran.
Pada
tahap ini juga, pelatih dibekalkan dengan kemahiran bagi menyelia
projek dan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sepanjang mengikuti
kursus ini, pelatih juga akan diberi tanggungjawab unuk mengendalikan
tugasan secara individu dan berkumpulan. Ini secara tidak langsung
sebagai simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya yang
sebenar.
Kelayakan Masuk:
Tamat Tingkatan 5
Tempoh Kursus:
21 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri)
Penganugerahan:
Pelatih
yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran
Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan
akan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan IKTBN Sepang
Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan IKTBN Sepang menyediakan pendidikan teknikal di dalam Industri Pembuatan (Teknologi Pemesinan Logam). Merangkumi bidang-bidang khusus, pelajar-pelajar yang tamat dengan jayanya akan berkerjaya samada sebagai seorang Juruteknik Pemesin Kanan atau Juruteknik CNC. Tahap yang lebih tinggi menawarkan kerjaya selaku Eksekutif Pembuatan CAD/CAM malah berpeluang menjadi seorang Jurutera Pembuatan - CAD/CAM.
KURSUS-KURSUS DITAWARKAN
Jabatan
Pemesinan menawarkan kursus-kursus peringkat Sijil SKM Tahap 1, Tahap
2, Tahap 3 dan Tahap 4 di dalam bidang-bidang berikut :-
1. Pemesinan Am Tahap 1 – MC-050-1
2. Pemesin Tahap 2 – MC-050-2
3. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2 – MC-032-2
4. Pemesin Kanan Tahap 3 – MC-050-3
5. Juruteknik Pemesinan Computer Numerical Control Tahap 3 – MC-032-3
3. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2 – MC-032-2
4. Pemesin Kanan Tahap 3 – MC-050-3
5. Juruteknik Pemesinan Computer Numerical Control Tahap 3 – MC-032-3
6. Eksekutif Pembuatan CAD/CAM Tahap 4 – MC-050-4
Pembelajaran
menuruti Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK ) ;'National
Occupational Skill Standard or NOSS. Setelah tamat dengan jayanya
kursus-kursus di peringkat penyelia / juruteknik, pelajar-pelajar akan
menerima Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK ), Kementerian Sumber Manusia.
Jurusan Pemesin Tahap 2 dan Pemesin Kanan Tahap 3
Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti dan Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar Jurusan Pemesin Tahap 2 dan Pemesin Kanan Tahap 3 ialah seperti berikut :-
- Kerja-kerja amali mesin-mesin konvensional Larik, Kisar, Canai dan Gerudi.
- Melaksanakan operasi Larik CNC, Kisar CNC, Canai CNC dan CNC EDM (die-sinking & wire-cut).
- Mempelajari peraturan-peraturan keselamatan woksyop.
- Mempelajari peraturan-peraturan keselamatan woksyop.
- Mempelajari lukisan berbantu komputer menghasilkan lukisan kejuruteraan dan pemasangan.
- Melaksanakan kerja-kerja senggaraan ke atas mesin dan peralatan.
- Melaksanakan kawalan kualiti.
- Melaksanakan fungsi-fungsi penyeliaan.
Jurusan Pemesin CNC Tahap 2 dan Juruteknik Pemesinan CNC Tahap 3
Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti & Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar jurusan Jurusan Pemesin CNC Tahap 2 dan Juruteknik Pemesinan CNC Tahap 3 ialah seperti berikut :
- Melaksanakan operasi mesin larik CNC
- Melaksanakan operasi mesin Kisar CNC
- Menyediakan program kerja kisar menggunakan Mastercam V8.
- Melaksanakan operasi kisar CNC 2D dan 3D
- Melaksanakan operasi canai CNC
- Menyediakan program CNC EDM Wirecut menggunakan perisian Mastercam V8
- Menyediakan program CNC EDM Wirecut menggunakan perisian Mastercam V8
- Melaksanakan operasi CNC EDM Die Sinking
- Mempelajari perancangan proses meliputi perancangan kerja,pengganggaran kos dan mengawal-selia proses pemesinan.
Eksekutif CAD/CAM Tahap 4
Syarat kemasukan bagi kursus ini adalah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Pemesin Kanan (MC-050-3) dan Juruteknik Pemesinan CNC (MC-032-3).
Bagi yang mempunyai kelayakan seperti yang disebutkan jangka masa bagi kursus ini adalah selama setahun (12 bulan)
Dalam kursus ini pelatih-pelatih akan mempelajari tentang manufacturing designing menggunakan komputer dimana mereka akan didedahkan tentang CMM (Coordinate Measuring Machine), CAE (Computer Aided Design) yang mana melibatkan failure analysis dan juga finit element analysis. Selain dari itu mereka juga didedahkan dengan pengurusan dan pentadbiran serta perkara-perkara berkaitan pembangunan kerjaya.
Apabila
tamat dan berketrampilan dalam kursus ini mereka akan dianugerahkan
Diploma Kemahiran Malaysia Eksekutif Pembuatan (CAD/CAM).
KURSUS DITAWARKAN DI JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PERKAKASAN
1. Diploma Teknologi Mekanikal Alatan dan Acuan (DMA) dengan kerjasama UTM
Objektif
utama program ini adalah untuk melahirkan golongan pekerja yang
mempunyai pengetahuan akademik yang kukuh serta keterampilan kemahiran
praktikal yang tinggi dalam bidang Pembuat Acuan Suntikan Plastik dan
Pembuat Alat Tekan bagi memenuhi permintaan industri dalam bidang
berkaitan. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun .
Calon di
kehendaki lulus dalam peperiksaan SPM/SPMV atau yang setaraf dengannya
dengan mendapat mata kepujian Bahasa Melayu, matematik dan sains serta
kepujian dalam 2 subjek lain.
Program
ini dilaksanakan secara bersepadu berpandukan kurikulum bercorak
kejuruteraan gunaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
disamping memberi latihan kemahiran mengikut Standard Kemahiran
Kebangsaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Calon yang tamat dengan
jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Alatan & Acuan
Makanikal disamping Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3).
2. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 23)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap
2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak
institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould)
dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya
menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin
konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji,
mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan
produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
3. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP23)
(Senior Toolmaker - Press Tool)
(Senior Toolmaker - Press Tool)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan - Alat Tekan (H-096-2) Tahap 2
disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak
institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal
dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies)
dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan &
tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies)
dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan
tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya
mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
4. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 03)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5.
Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan
tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya
menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin
konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji,
mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan
produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
5. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP03)
(Senior Toolmaker - Press Tool)
(Senior Toolmaker - Press Tool)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5.
Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat
tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan
dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat
tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan
menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ;
memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya
sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.
6.Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik – Tahap 4 (DMA34)
Peserta
dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan
menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus
ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Pembuat Perkakasan Kanan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-3) Tahap 3
disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak
institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan.peserta dilatih
mengkaji rekabentu acuan
7. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Alat Tekan- Tahap 4 (DMP 34)
Peserta
dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan
menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus
ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Pembuat Perkakasan Kanan-Alat Tekan (H-096-3) Tahap 3 disamping syarat
akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut.Jangkamasa
kursus ini adalah selama 15 bulan.
8. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka alat tekan- Tahap 4 (DMP 04)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan
lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran
matematik dan sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia,
merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di
industri. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun.
9. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik- Tahap 4 (DMA 04)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan
lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran
matematik dan sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia,
merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di
industri.Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun.
6. Diploma Lanjutan Mekanikal Pekakasan (DLKM ) Tahap 5 (H-095-4)
Prasyarat
untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM) Pereka dai - Alat Tekan (H-094-4) Tahap 4, Pereka Acuan
Plastik- (H-093-4) tahap 4 dan Pembantu Jurutera Peralatan (H-095-4).
Jangkamasa kursus ini adalah selama 24 bulan. Objektif utama program ini
adalah untuk :
- Memberikan peluang kepada belia yang mempunyai DKM dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
- Melahirkan belia yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi seiring dengan keperluan perkembangan teknologi Negara.
- Melahirkan usahawan-usahawan berilmu dan berketerampilan khusus bagi menjana kemajuan dan ekonomi Negara.
KURSUS YANG DI TAWARKAN
Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia)-Mesin Acuan Suntikan-Plastik Tahap 3 - (SPL 03)
Pengenalan Kursus:
Pelatih dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Kelayakan Masuk:
Tamat tingkatan 5/SPM/SPMV
Tempoh Kursus:
27 bulan (termasuk Latihan Industri selama 3 bulan)
For More Information, please contact us:
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(Ministry of Youth and Sports)
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8706 1720/21/22/23/24
Fax: 03-8706 1725
email: helpdesk.iktbnspg @ kbs.gov.my
http: www.iktbnsp.gov.my
0 Comments:
Post a Comment