Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

AMARAN LEPASAN SPM 2013 JIKA TERIMA SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN

AMARAN LEPASAN SPM 2013 JIKA TERIMA SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN

AMARAN: SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten, UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA



MAKLUMAN PENTING
SURAT  PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten, UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA


 
. Management . Business . Accounting and Finance . Information & Communication Technology . Engineering . Hospitality . Sains Kesihatan . Kemahiran
 
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah menerima aduan dan pertanyaan berkenaan surat ‘PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten, UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA :-


. Management . Business . Accounting and Finance . Information & Communication Technology . Engineering . Hospitality . Sains Kesihatan . Kemahiran yang dikeluarkan oleh PUSAT URUSETIA PENGAMBILAN PELAJAR seperti mana yang dipaparkan di dalam imej berikut;



Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk surat panggilan Temuduga untuk program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah dan Sijil Kemahiran Malaysia dengan Skim Biasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi Terpilih dan/atau pinjaman Pendidikan MARA/ PTPTN/ PTPK kepada pelajar lepasan SPM / STPM yang ditawarkan seperti iklan berkenaan.


KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan supaya Ibu bapa dan pelajar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut.


Sebarang pertanyaan berhubung surat berkenaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.moe.gov.my
 
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
2 April 2014
















1 Comments:

Unknown said...

Saya ada sapat surat tu tp nasib baik saya ada tnye kwn dulu pasal surat tu. So, kitorang buat tak tau je

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .