AMARAN LEPASAN SPM 2013 JIKA TERIMA SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN
AMARAN: SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten, UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
MAKLUMAN PENTING
SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK
TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten,
UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
. Management . Business . Accounting
and Finance . Information & Communication Technology . Engineering .
Hospitality . Sains Kesihatan . Kemahiran
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah menerima aduan dan pertanyaan berkenaan surat ‘PANGGILAN
TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM,
UPM, USM, Uniten, UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA :-
. Management . Business . Accounting and
Finance . Information & Communication Technology . Engineering .
Hospitality . Sains Kesihatan . Kemahiran yang dikeluarkan oleh PUSAT URUSETIA PENGAMBILAN PELAJAR seperti mana yang dipaparkan di dalam imej berikut;
Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan
atau mengedarkan sebarang bentuk surat panggilan Temuduga untuk program
Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah dan Sijil Kemahiran Malaysia dengan
Skim Biasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi Terpilih dan/atau pinjaman
Pendidikan MARA/ PTPTN/ PTPK kepada pelajar lepasan SPM / STPM yang ditawarkan seperti iklan berkenaan.
Sebarang pertanyaan berhubung surat berkenaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.moe.gov.my
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
2 April 2014
1 Comments:
Saya ada sapat surat tu tp nasib baik saya ada tnye kwn dulu pasal surat tu. So, kitorang buat tak tau je
Post a Comment