Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Parenting Discuzz Bicara Persekolahan Anak

Parenting Discuzz Bicara Persekolahan Anak

PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. Setiap orang mahukan anak mereka berjaya dalam pendidikan dan mendapat keputusan yang baik.

Malah, anak-anak kecil yang masih belajar di sekolah rendah pun sudah diasak dengan pencapaian akademik yang cemerlang. Pada malam hari, mereka dihantar ke kelas tuisyen setelah kepenatan mengikuti persekolahan pada siang hari.

Persoalannya, apakah itu makna kejayaan? Mengapa kita terlalu teruja dengan kejayaan dan menganggap mereka yang tidak berjaya dalam dunia akademik sebagai gagal.

Pengalaman kita sebagai ibu bapa, adakah kita berjaya dalam semua keadaan? Mereka yang bekerja di kampung misalnya, tidak selalu mendapat pulangan yang baik ketika berkebun atau bertani.

Mereka yang bekerja di pejabat pula, tidak setiap tahun mendapat markah penilaian prestasi yang baik. Jadi, mengapa tatkala kita juga tidak selalu berjaya, kita meletakkan beban kejayaan yang terlalu tinggi kepada anak-anak?

Sebenarnya, kejayaan tidak sepatutnya diukur dengan prestasi akademik semata-mata. Kejayaan sepatutnya diukur dengan kemampuan menjadi seorang manusia.

Dalam sistem persekolahan di Barat misalnya, pelajar sekolah rendah tidak diberatkan dengan hal yang terlalu bersifat akademik.

Di Australia misalnya, pelajar disediakan dengan tempat bermain yang lengkap. Mereka juga diajar memasak, berenang serta berdebat. Malah, ia kelihatan seperti tidak ada kerja sekolah yang diberikan kepada mereka.

Mereka akan memulakan sesi persekolahan dengan bermain. Malah, ada kakitangan yang ditugaskan untuk memantau anak-anak bermain. Di sekolah inilah mereka tahu nilai persahabatan, kecewa dan gembira. Sebab itu, anak-anak begitu teruja untuk ke sekolah.

Persahabatan

Mereka menganggap sekolah tempat untuk bertemu dengan rakan-rakan sepermainan. Sebaliknya, dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita seolah-olah terlalu memberatkan dunia akademik.

Kita mahu memastikan setiap individu yang terhasil daripada sekolah ialah seorang ‘pengurus’. Sedangkan hakikatnya yang diperlukan ialah melahirkan seorang manusia.

Adakah ini bermakna sistem yang ‘ringkas’ di Barat itu sebagai gagal, sedangkan dalam dunia realiti, merekalah yang menguasai dunia. Mereka juga tidak banyak dikisahkan dengan manusia yang melakukan jenayah, penipuan, dan sikap tamak.

Sedangkan dalam tradisi yang begitu akademik, setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang mengejutkan. Kita dikejutkan dengan kisah pembuangan anak, gejala sosial, jenayah, dan dadah.

Mungkin sudah sampai waktunya, kita kembali kepada realiti yang sebenar. Manusia dilahirkan dengan bakat dan keupayaan yang tersendiri.

Tidak semua orang berjaya dalam akademik, seperti mana tidak semua orang berjaya dalam bidang selain akademik. Paling utama ialah sejauh mana mereka mampu menjadi manusia.

Sebab itulah, ibu bapa perlu menilai semula ‘tekanan’ keterlaluan yang diberikan kepada anak-anak. Lihatlah potensi mereka. Sekiranya mereka tidak berbakat dalam dunia akademik, lihatlah sama ada mereka berbakat dalam bidang yang lain, misalnya sukan atau kepimpinan.

Jadi latih mereka agar mampu menjadi diri sendiri. Kejayaan Khairul Idham Pawi mencipta sejarah menjadi pelumba Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina baru-baru ini adalah buktinya. Bukankah dia juga dianggap seorang manusia yang hebat?

Jangan kerana mereka tidak mampu dalam dunia akademik, kita menutup kejayaan anak-anak kita dalam bidang yang lain. Ini tidak bermakna kita mengabaikan dunia akademik mereka.

Namun, jangan mencerca mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya atau melakukan ‘pengabaian’ hingga menyebabkan seumur hidup mereka berasakan seperti manusia yang gagal.

Seperti mana kita tidak selalu berjaya dan tidak juga selalu menjadi pelajar cemerlang, maka tidak perlulah kita terlalu membebankan anak-anak dengan keghairahan yang keterlaluan bahawa akademik itu adalah segala-galanya.

Aset masa depan

Sebagai ibu bapa, kita tentu telah melalui banyak pengalaman dalam hidup. Pada akhirnya, manusia yang be

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .