Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BIASISWA PENUH KERAJAAN TURKI (DEGREE, MASTER,PHD)

BIASISWA PENUH KERAJAAN TURKI (DEGREE, MASTER,PHD)




Buat pemudi-pemudi.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Turki menawarkan biasiswa penuh untuk semua peringkat pengajian tinggi (Degree, Master, & PhD) di universiti-universiti terkemuka Turki bagi sesi kemasukan 2019/2020. 

Rakyat Malaysia yang berminat diseru untuk memohon mulai 15 Januari hingga 20 Februari 2019. Permohonan adalah percuma dan biasiswa ini menampung sepenuhnya pengajian anda di Turki.

Sistem permohonan masih belum dibuka, dan anda yang berminat amatlah digalakkan supaya melakukan persiapan dari sekarang untuk melancarkan proses permohonan mulai 15 Januari 2019

Perhatian! permohonan HANYA boleh dihantar melalui sistem atas talian https://tbbs.turkiyeburslari.gov.tr/.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang rasmi (https://www.turkiyeburslari.gov.tr/en/english-home/) atau emelkan persoalan ke info@turkiyeburslari.gov.tr

Anda juga boleh berusaha menghubungi para pelajar Malaysia yang pernah dan sedang menuntut di Turki dengan biasiswa kerajaan Turki ini untuk mengukuhkan persediaan permohonan anda.  

Antara inisiatif yang boleh diambil adalah seperti menghubungi Persatuan Pelajar Malaysia di Turki di mana laman FB rasmi mereka ialah Malaysian Student Association in Turkey (MASAT). 

 Ramai pelajar Malaysia yang berbakat besar bernaung di bawah persatuan MASAT ini, pastinya ada antara mereka yang bersedia untuk berkongsi pengalaman dan panduan dengan anda.

Saya doakan semoga tahun ini ramai pelajar Malaysia menerima biasiswa kerajaan Turki dan berpeluang untuk menimba ilmu di bumi pertengahan antara Kuasa Timur dan Kuasa Barat ini.

Semoga berjaya,

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
🌹Info Kaunseling Kerjaya SMK Arau,Perlis🌹

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .