Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AWAM 2019



BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AWAM 2019

 BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019





BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).
Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini adalah khusus kepada pelajar universiti awam SAHAJA.

Objektif Program

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi memenuhi keperluan di sekolah menengah seluruh negara; dan
  • Memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk mengekalkan kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang inovatif dan berkepakaran.


Bidang Pengajian Tawaran Biasiswa Perguruan 2019



  1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
  3. Sejarah
  4. Geografi
  5. Sains Rumah Tangga / Ekonomi Rumah Tangga
  6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  7. Seni Visual
  8. Pendidikan Khas
  9. Kimpalan & Fabrikasi Logam

Tempat Pengajian

Semua Universiti Awam di seluruh negara

Syarat Permohonan

Syarat Umum

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun permohonan);
  3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan oleh KPM;
  4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
  5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
  6. Calon sihat tubuh badan;
  7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
  8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Syarat Asas Akademik

  1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam;
  2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda; dan
  5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Catatan: Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan pertama perlu LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga sebelum ditawarkan biasiswa ini.


KAEDAH PERMOHONAN:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di alamat https://epenawaran.moe.gov.my 
Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2019 dan ditutup pada 31 Mac 2019.

 PANDUAN PERMOHONAN, Sila Klik di pautan ini.

Peringatan: Calon tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar seperti surat sokongan, panggilan telefon atau lain-lain medium perhubungan daripada pihak istana, ahli politik dan lain-lain pihak yang berpengaruh untuk memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap urusan permohonan biasiswa ISMP dan pegawai awam yang terlibat dalam urusan permohonan termasuk menguruskan, mempertimbangkan dan memperakukan permohonan, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pihak lain.

Kaedah Pemilihan


  • Syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM;
  • Ujian Kelayakan Calon Guru; dan
  • Penilaian oleh panel temu duga.
Sumber;



Related Posts:

  • Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri PahangSenarai Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang  " Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik … Read More
  • UPSI Places Emphasis On Soft Skills For Teachers UPSI Places Emphasis On Soft Skills For Teachers  TANJONG MALIM (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), a premier educational institution for the last 91 years, has made a tremendous mark on Malays… Read More
  • Panduan Lulus MEdSI Satu Perkongsian Panduan Lulus MEdSI Satu Perkongsian    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya perguruan dikategorikan sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.… Read More
  • Tips Temuduga MEdSI Guru Tips Temuduga MEdSI Guru  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahun 2013 ni, semakan Ujian MEdSI Boleh disemak mulai 17 Mei 2013. Aura sambutan Hari Guru 2013 masih terasa bahangnya bagi yang berada di arena pend… Read More
  • Realiti kehidupan seorang guru buat pelajar yang mahu menjadi guru Realiti kehidupan seorang guru buat pelajar yang mahu menjadi guru  Jika dulu guru terkenal dengan rehat yang panjang Tapi realitinya pekerjaan guru meliputi kerja pengkeranian Jika dahulu guru kaya dengan&n… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .