Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

CSR Inovasi PRS SMK Arau kepada Murid SMK Syed Saffi November 2019

CSR PRS SMK Arau kepada Murid SMK Syed Saffi November 2019











Simpan sini aktiviti CSR PRS SMK Arau ke SMK Syed Saffi, dari 10.20 pagi hingga 2.00 petang Khamis. 21/11/2019. Alhamdulillah sedikit sedutan program PRS SMK Arau untuk murid SMK Syed Saffi ialah perkongsian inovasi yang telah kami lakukan.

 Saya berhasrat semoga perkongsian kami menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Negeri Perlis ini, turut mengembangkan budaya cintakan inovasi dan rekacipta.

 Semoga murid dari sekolah lain di Negeri Perlis akan turut berminat menyertai inovasi. Contohnya. Pertandingan iIDEA Anjuran UITM Arau , pada Jun 2020 nanti. InshaAllah.

Juga yang penting, agar murid kami menyintai kerjaya bidang STEM. Memandangkan, negara sangat memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi dalam mencapai 5.0 IR.

Kemasukan dan pengambilan pelajar ke Universti Awam adalah lebih terbuka luas kepada murid sekolah yang mengambil aliran Sains. 

Peluang kerjaya juga adala lebih cerah kepada siswa yang mengambil jurusam Sains dan Teknologi.

Nak upload banyak, tak lepas. Apapun. Terima kasih kepada pihak Pengurusan dan Pentadbiran SMK Arau yang mengizinkan saya membawa murid SMK Arau menabur khidmat sosial di SMK Syed Saffi,bersama dengan saya.

Begitu juga. Terima kasih kepada PIBG SMK Arau yang telah menanggung perbelanjaan kos van pergi dan balik anak-anak murid kami dari SMK Arau ke SMK Syed Saffi dan sebaliknya.

Semoga Allah SWT melimpahkan RahmahNya kepada semua pihak yang membantu perjalanan program ini agar berjalan lancar.
Amin.

🌹Khamis. 21/11/2019. Alhamdulillah. Telah berlangsungnya, CSR PRS SMK Arau ke SMK Syed Saffi, Simpang Empat, Perlis.🤲💖

🌹Kami insan yang tidak sempurna. Tetapi kami ingin menyebarkan kebaikan kepada insan lain di sekeliling kami.

Kami ingin agar kawan-kawan anak-anak kami dari sekolah lain, turut mendapat manfaat daripada projek inovasi kami.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Apabila saya menerima jemputan daripada SMK Syed Saffi, dan telah mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah saya, terus saya rencanakan program ini bersama PRS SMK Arau.

Alhamdulillah. Terima kasih, SMK Syed Saffi sudi menjemput Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau dan PRS SMK Arau untuk bersama murid-murid SMK Syed Saffi.

Melalui program sebegini, ia dapat membina soft skills anak-anak PRS SMK Arau kami. Semoga dengan ini, ia sebagai nilai tambah kepada mereka,saat mereka hendak memohon UPU dan juga pekerjaan.

Program Alhamdulillah dapat berlangsung bermula pukul 11.00 pagi. Kami telah bertolak dari SMK Arau pada pukul 10.20 pagi dengan Van PIBG. 

Terima kasih, PIBG SMK Arau kerana telah menyokong program ini dengan meluluskan bajet agar anak-anak PRS ini dapat pergi ke SMK Syed Saffi dengan menggunakan kenderaan PIBG . 

Jika tiada kelulusan bajet PIBG, saya pun tak berani nak bawa anak-anak ini dengan Grab atau Mycar.

Terima kasih juga kepada Puan Ju Juraidah Mat Jelani dan Puan Norashikin kerana sudi mengizinkan team Robotik Arau turut serta dalam program ini.

Anak-anak SMK Syed Saffi juga turut menerima baik kunjungan kami. 

Tanpa dijangka, atas minat dan kesungguhan anak-anak SMK Syed Saffi, program berakhir lewat 30 minit dari yang dijangka.

Kemudian, saat mahu pulang ke SMK Arau, saya terjumpa Abang Lan pula.😊 Makin segak Abang Lan sekarang di SMK Syed Saffi.

Alhamdulillah kami semua selamat sampai di sekolah kami pada pukul 2.30 petang.

Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh solehah kita. Allahumma amin ya Allah.

#prssmkarau
#prs
#pembimbingrakansebaya
#sharingiscaring
#caringisloving
#inovasi
#inovasiuntuksemua

#jomjadibaik

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .