Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pertandingan Inovasi iIDEA 2020 UITM Arau dan SMK Arau

Pertandingan Inovasi iIDEA 2020 UiTM Arau hadir ke SMK Arau






Rabu. 20/11/2019. Alhamdulillah. Terima kasih,ya Allah yang telah memberikan saya tenaga dan dapat bergerak di atas muka bumi Arau pada hari ini.🤲

Alhamdulillah.Hari ini. Pihak sekolah telah menerima tetamu istimewa bersama perkhabaran gembira. Benarlah. Dalam Islam, kehadiran tetamu,bersama hadirnya Rahmat Ilahi.🥰

Berita gembira buat kami apabila pihak Unit Inovasi UiTM Arau telah sudi memilih SMK Arau untuk berkolaborasi dalam bidang inovasi.

Bagi kami, dari sekolah harian biasa, kategori luar bandar, datang dari pendapatan majoriti B40,berita ini adalah suntikan motivasi buat kami mendidik anak-anak murid kami agar lebih proaktif dalam inovasi.

Menurut pensyarah UITM yang hadir tadi, inovasi ini,sebenarnya,bukan hanya kepada bidang Sains. Bahkan terbuka kepada semua bidang dan aliran. Termasuk, kaunseling juga.🥰

Alhamdulillah, pagi tadi bermula pukul 9.00 pagi, wakil Unit Inovasi UiTM Arau telah hadir ke SMK Arau. Seterusnya mengadakan mesyuarat bersama barisan pentadbir SMK Arau.

Selepas mesyuarat tamat,dalam pukul 10.45 pagi, pihak UiTM berbesar hati melawat ke Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau, Unit Robotik SMK Arau dan Unit Pendidikan Khas SMK Arau.

Manakala pukul 11 pagi tepat, telah hadir pegawai MARA Kangar, di hadapan Dewan Seminar PIBG. Subhanallah. Tepat sungguh masa yang dijanjikan.

 Namun kebetulan pegawai UiTM  Arau masih lagi dalam sesi lawatan, saya memohon bantuan Cikgu Shila dan Cikgu Rohana yang kebetulan ada di dalam dewan seminar PIBG bagi mengawal murid tingkatan 1 hingga 4 yang ada dalam dewan tersebut.

Taklimat oleh Pegawai MARA Kangar di dewan Seminar PIBG telah didengari oleh murid-murid Tingkatan 1 hingga 4 yang hadir ke sekolah hari ini.

Kepada rakan facebook yang berminat menyertai pertandingan inovasi iIDEA 2020, sangat dialu-alukan.

Sekalung penghargaan juga buat semua guru yang bertugas menjaga kawalan murid dari Ting 1 hingga 4. 

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada UITM Arau di atas kesudian berkolaborasi dengan SMK Arau dalam bidang inovasi.

 InshaAllah. Pada tahun hadapan, pihak UITM Arau sudi membimbing guru dan murid SMK Arau yang berminat menceburi bidang inovasi.

Semoga Allah menunaikan hajat-hajat kita yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Allahumma amin ya Allah.

#uitmarau
#uitm
#giatmara
#giat
#mara
#iidea

cc: 
Kepada rakan yang berminat menyertai pertandingan Inovasi iIDEA 2020, samada dari dalam Malaysia dan luar Malaysia sangat dialukan.

Saya mohon izin untuk men tag rakan-rakan .🥰. 

Pn  Hjh Paridah Mohd Ali, UMP Pahang.
EN Afizan,PSDC Pahang
Pn Lenny, Terengganu
Pn Inah, Johor.
Dr Tan, JPN Pahang.
Tuan Adnan, JPN Pahang
Dr to be Pn Noor Mala, Bahagian Vokasional.
Pn Watie , SK Pendidikan Khas Perlis.
Cik Suhana Samardan, Johor.
Puan Nurhaiza Che Mat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .