Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Laluan Lepasan SPM Untuk Menjadi Guru


-->Menjadi Guru Untuk Lepasan SPM



Para pelajar Ingin menjadi guru? Jika berminat menjadi guru, pelajar bolehlah memohon daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia terbuka kepada semua lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan.
Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia adalah seperti di bawah :
1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan
(Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 tahun semasa iklan dikeluarkan.
2.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

2.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian
dalam tiga mata pelajaran berikut :
2.5.1 Bahasa Melayu
2.5.2 Sejarah
2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
2.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk
e-Panduan Permohonan)

3. MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

3.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
3.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu
tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut
Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.

3.4 Bidang pengkhususan yang ditawarkan:

3.4.1 Sekolah Kebangsaan (SK)

1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


3.4.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


3.4.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

1. Pendidikan Prasekolah Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


4. CARA MEMOHON

4.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari
laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :
http://www.moe.gov.my pada masa ia diiklankan. Pada kebiasannya pada Februari. Untuk melihat penerangan lebih lanjut tentang program ini, sila layari website ini, Permohonan Dalam Talian Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajran Malaysia Ambilan 2010 (telah ditutup untuk tahun ini) http://apps.emoe.gov.my/kplspm/kplspm_jun_2010/index.cfm

4.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan
Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh
negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran
kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan
maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
sebelum membuat permohonan.

4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran
kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat  sebelum tarikh tutup permohonan.

4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Untuk tahun ini telah ditutup. Sila semak pada tahun hadapan.

6. Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010 untuk mendapatkan maklumat terperinci
.Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1245/1243/1235/1229/1228

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

7.1 Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah
Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

7.2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada
kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan
keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan aalah muktamad.

7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang
pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana
Institut Pendidikan Guru (IPG).

7.4 Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa
untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

7.5 Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala
perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon
sendiri.

7.6 Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di
IPG.


8. PENDAFTARAN
Lihat pada iklan apabila ia dibuka.


9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
·        
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

 10. BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP)

Bentuk Pengajian :

·         Pengajian Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 1 Tahun 6 Bulan
·         Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 Tahun

Oleh itu, kepada pelajar yang berminat menjadi guru, belajarlah bersungguh-sungguh agar cita-cita murni anda terlaksana.


Program Ijazah Luar Negara Tajaan JPA

Program Ijazah Luar Negar

Pendahuluan

Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti-universiti Terkemuka di luar negara dalam bidang-bidang yang kritikal serta bidang-bidang lain yang diperlukan oleh negara.

Calon-calon yang berjaya ditawarkan biasiswa tajaan Jabatan ini dikehendaki untuk mengikuti program-program persediaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini bagi tempoh 3 bulan hingga 24 bulan bergantung kepada program pengajian/negara tajaan.

Permohonan untuk mengikuti program ini hanya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi setiap tahun. Permohonan adalah secara online dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Borang Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web JPA secara percuma melalui portal atau http://esila.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM diumumkan secara rasmi .


Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila hubungi :-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYAProgram Ijazah Luar Negara
Tel : 03-88853397
Faks:03-88892170
Email : Penajaan Luar Negara 
                esila@jpa.gov.my

Ceramah Isra' Mikraj dan PROKES

Ceramah Isra' Mikraj dan Program





Gambar di atas; ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan Oleh Ustaz Syed Fazhar 
dengan penuh bersemangat dan sesuai untuk para pelajar memahaminya.

Program Ceramah Isra' Mikraj PADA 23 Julai 2010 di Dewan SMK Jengka Pusat 2 bermula 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Ceramah disampaikan oleh Tuan Syed Fazhar.


Kemudian lebih kurang pukul 9 pagi, diadakan pula Program Ceramah HIV/ AIDS (PROKES) kepada semua  pelajar Tingkatan 5 sekolah ini. Maklumat lanjut program ini, sila klik ke Blog Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Maran, klik sini.

TAHA

KELAB TAHA






KELAB TAHA

Bila disebut Tabung Haji, apakah yang terbayang di minda anda? Adakah Tabung Haji cuma untuk pergi haji je? Tidak. Bermula dari sekarang, dari kecil, eloklah kita menabung di Tabung Haji.

Gambar di atas ialah antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak Tabung Haji Cawangan Jengka di  SMKJP2 beberapa bulan lalu. ramai juga pelajar yang membuka akaun Tabung Haji pada hari itu. Seorang pegawai Tabung Haji telah turun padang ke sekolah ini dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling, Cikgu Zila dan Cikgu Bob. Saya pun ada terselit juga,:). 


 Dengan hanya RM2 anda sudah boleh membuka akaun di Tabung Haji.

  • SYARAT NAK JADI AHLI KELAB TAHA....
  •  
  •  Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Permaustatin tetap
  • Berumur 7 hingga 17 taun
  • Telah mempunyai akaun Tabung Haji. Jika belum,boleh membuka akaun Tabung Haji serendah simpanan minimum RM 2.00 di mana cawangan Tabung Haji di seluruh Malaysia
  • Mendaftar sebagai ahli kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi melalui cara-cara berikut :
  • * Akhbar sisipan pendidikan Didik dan Minda Pelajar 2 kali seminggu (minggu kedua dan keempat) dalam akhbar Berita Harian
  • * Akhbar New Straits Times
  • * Semua pejabat Tabung Haji

Kelab TAHA (Kelab Tabung Haji) banyak keistimewaanya. Banyak kelebihan kalau para pelajar  sertai kelab TaHa. Antara kelebihan-kelebihannya :
  • setiap ahli akan memperolehi sekeping kad keahlian secara percuma
  • boleh membeli satu set buku rujukan keluaran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dengan potongan harga sebanyak 15%
  • boleh melanggan laman web Bahasa Inggeris NSTP NIEXUS dengan potongan harga sebanyak RM20 (harga sebenar RM100)
  • berpeluang memenangi hadiah dengan menyertai peraduan yang akan disiarkan di dalam akhbar Didik dan Minda Pelaja.
  • Berpeluanga menyertai Aktiviti Kelab TaHa Klinik Bimbingan Peperiksan UPSR, PMR dan SPM Untuk Ahli Kelab TaHa Tahun 2010
  • Jadual Klinik peperiksaan kelab TaHa, klik sini. 
  • Nak tau lebih lanjut keistimewaan menjadi ahli Kelab  TaHA? Sila Klik sini.  
  •  Borang keahlian TaHa, klik sini.


Luka Di Kulit...

Luka Di Kulit, Boleh Nampak....


Luka di kaki ini,boleh kita nampak. 
Luka di hati insan, hanya Allah yang tahu.  
Duhai adik-adik remaja, usahlah digundah pada kasihnya manusia. Usah menangis lagi. 

Demi ketegasanmu, dirimu kehilangan dia yang disayangi. Usah menangis lagi duhai remaja.
Simpanlah permatamu. Malumu penghias diri. Biarlah kehilangan kasih manusia. Asalkan Allah tahu pengorbananmu.

Bukan aku tidak tahu
alam remajamu
senang menunggu
dengan cabaran yang berliku
sekarang engkau pergilah
dari suara batinku
yang dipaksakan
tanpa pesanan
yang memuaskan
alammu kelabu
minta perlepasan
yang belum aku sanggupi
kerna persediaanmu
yang perlu aku
bekal dengan seribu pesan
tapi kau tetap pergi jua
dalam suatu desakan
dan suatu batasan
sekarang engkau pergilah
dari suara batinku
yang dipaksakan
tanpa pesanan
yang memuaskan

Dipetik dari lirik nasyid; 
sebuah kumpulan dari sebuah sekolah menengah agama di Kedah



Seorang pelajar lelaki, ketua tingkatan yang sedang membantu rakan sekelasnya membalut luka.



Luka di tangan. (terkena di rumah lagi)



Luka  di kaki kesan terkena tumpahan minyak panas di rumah pelajar ini.
Pelajar ini datang ke Bilik Rawatan, tempat di bilik saya berada
untuk mendapatkan minyak gamat dan membalut kesan lecetan.

JOM MASUK U

JOM MASUK U

Alhamdulillah, entry ini saya tulis pada hari ini berikutan pada Jumaat semalam terdapat pelajar SMK Jengka Pusat 2  yang bertanya dengan saya website IPTA di Malaysia.

 Jika para pelajar perhatikan di sidebar atas post blog ini, akan kelihatan gambar seperti ini:



Rajah di bawah  ialah gambaran awal laluan pelajar untuk ke IPT.



Sebaik anda klik gambar seperti gambar pertama, anda akan terus dibawa ke Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA. Pada Menu e-Panduan, sila klik Mengenai IPTA.



Syarat Am
Syarat Khas
Mengenai IPTA
Senarai Program
Kategori Permohonan
Tarikh-Tarikh Penting


Kemudian akan muncul


e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA
Pilih maklumat dalam e-Panduan
:
Sila Pilih Program Pengajian
:
(i)
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

Pemohon mempunyai kelayakan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf

(ii)
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

Pemohon mempunyai kelayakan SPM/ Setaraf
(iii)
Program Pengajian Diploma Pendidikan

Pemohon mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda memohon untuk Diploma Pendidikan

Sila klik pada pilihan yang berkaitan dengan anda. Setelah klik masuk, anda kan dibawa mengenali semua IPTA di Malaysia satu persatu. Telusurilah ianya. Pasti motivasi anda semakin meningkat untuk  meraih lebih pencapaian yang cemerlang dalam akademik. Insya Allah.

Senarai IPTA di MALAYSIA dan link;



  • Universiti Pendidikan Sultan Idris

  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

  • Universiti Putra Malaysia

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Universiti Malaya


  • Universiti Malaysia Kelantan

  • Universiti Malaysia Pahang

  • Universiti Malaysia Perlis

  • Universiti Malaysia Sabah

  • Universiti Malaysia Sarawak

  • Universiti Malaysia Terengganu



  • Universiti Sains MalaysiaUniversiti Darul Iman Malaysia





  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka


  • Universiti Sains Malaysia


  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka


  • Universiti Teknologi Malaysia


  • Universiti Teknologi MARA


  • Universiti Tun Hussein Onn


  • Universiti Utara Malaysia



  • Universiti Teknologi Malaysia


  • Universiti Teknologi MARA


  • Universiti Tun Hussein Onn


  • Universiti Utara Malaysia



  • Tautan Blog Untuk Pelajar

    Tautan Blog Untuk Pelajar



    Di sebelah kiri blog ini terdapat link, Tautan Blog Untuk Pelajar. Link ini mengangungi blog yang dihasilkan  oleh para pendidik di serata Malaysia. Sesuai dengan perkembangan dunia ICT, para pendidik ini turut memanfaatkan pembangunan website secara 'educational blog'. Bagi saya, blog mereka  ini sangat menarik dan bermanfaat untuk proses pembelajaran pelajar khususnya untuk para pelajar.

    Contohnya, blog e-pendidikanislam ini, klik sini,   Blog yang dihasilkan oleh Encik Muhammad Bin Abdullah, SM Teknik Seberang Prai bagi saya sangat menarik. Sesuai tagline e-pendidikanislamblog ini, "Mencari Syurga Jiwa', blog yang mengandungi pelbagai muhasabah dan juga contoh soalan ramalan Pendidikan Islam.

    Manakala blog Mozac Math Department, klik sini.. Blog ini dihasilkan oleh seorang Cikgu Matematik yang berdedikasi dari Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka. Silalah ya ke blog beliau. Pasti Matematik itu menarik dan mudah!

     Beliau juga menghasilkan sebuah blog Matematik secara video. Terdapat Modul Praktis SPM Mathematics Paper 2 pada entry terbaru beliau, kliki sini, ketika entry ini ditulis.

    Thursday, July 22, 2010

    Modul PRAKTIS SPM MATHEMATICS PAPER 2
    1. Praktis 1 dengan Skema 1
    2. Praktis 2 dengan Skema 2
    3. Praktis 3 dengan Skema 3
    5. Praktis 5 dengan Skema 5
    6. Praktis 6 dengan Skema 6
    8. Praktis 8 dengan Skema 8
    9. Praktis 9 dengan Skema 9
    10. Praktis 10 dengan Skema 10



    Manakala tentang ibadah solat yang merupakan tiang agama kita, para pelajar boleh klik sini. 
    Untuk mengetahui tentang tempat-tempat menarik, sejarahnya dan yang menarik tentang Malaysia, silakan ke blog ini, klik sini.

    Untuk Bank soalan Peperiksaan, sila klik sini.



    InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan add url educational blog ini. semoga ilmu yang dikembangkan ini dipandang sebagai suatu amalan mulia di sisi Allah.AMIN

    Kerjaya; Juru Ukur Bahan

    Kerjaya: Juruukur bahan


    Oleh Khairina Yasin
    kayrina@bharian.com.my
    2010/06/03

    MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan.
    MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan
    bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan.

    Menuntut semangat kerja berkumpulan, ketelitian

    PERKEMBANGAN pesat sektor pembinaan negara menyaksikan lebih banyak peluang kerjaya sebagai arkitek, jurutera atau juru ukur bahan diperlukan industri berkenaan.

    Dikategorikan sebagai kerjaya profesional, populariti arkitek atau jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan juru ukur bahan yang kurang menonjol biarpun peranannya begitu penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Senario itu diakui juru ukur bahan bertauliah, Sr Mohd Ashri Yusuf yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerjaya berkenaan.

    Kini berjaya menubuhkan syarikat perunding ukur bahan sendiri, May Consult di Gombak, Selangor, Ashri mengakui ramai yang masih kabur dengan peranan dan skop tugas sebagai juru ukur bahan.

    Katanya, juru ukur bahan banyak terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad.

    “Selain bertindak sebagai penasihat dalam projek pembinaan khususnya di peringkat perancangan mengenai peruntukan kos, saya juga bertanggungjawab menyediakan kajian bagi menyelidik sama ada sesebuah projek yang dirancangkan itu mampu memberi keuntungan atau sebaliknya.
    “Kerjaya ini menuntut semangat kerja berkumpulan apabila perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk perunding reka bentuk bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan,” katanya.

    Mohd Ashri menjelaskan, kerjasama dengan perunding reka bentuk penting bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan berpadanan dengan peruntukan kewangan yang disediakan.

    Katanya, skop tugas juru ukur bahan juga dilakukan secara berperingkat, bermula dengan menyediakan kajian kemungkinan, menyiap dan menganalisis dokumen tender.

    “Seterusnya memeriksa dokumen kontrak dan insuran, melakukan penilaian dan perubahan kerja, Mempertimbangkan tuntutan kontraktor selain menilai keperluan lanjutan masa sehingga menyelesaikan akaun penamat.

    Katanya, kerjaya ini memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam pengiraan kos kerana ia membabitkan aspek kewangan.

    Justeru katanya, pengetahuan dan kemahiran dalam sains, matematik dan statistik amat diperlukan untuk menjadi juru ukur bahan.

    “Sejak kebelakangan ini, wujud permintaan tinggi terhadap juru ukur bahan dan ia dikatakan masih belum mencukupi biarpun beratus graduan dilahirkan universiti tempatan setiap tahun.

    “Gambaran ini secara tidak langsung menunjukkan prospek cerah kerjaya sebagai juru ukur bahan,” katanya.

    Sama seperti arkitek dan jurutera, pengalaman dan khidmat terbaik juru ukur bahan turut membolehkan mereka memohon status profesional sekali gus membuka peluang menubuhkan firma perundingan sendiri.

    INFO: IPTA yang menawarkan program Juru Ukur Bahan




  • Universiti Teknologi Malaysia





  • Universiti Teknologi Mara





  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia





  • Universiti Malaya



  • Pasangan Cermin Diri kita

    Pasangan Cermin Diri Kita

    Artikel ini dipetik dari Harian Metro 25 Mac 2010 untuk rujukan bersama.

    Oleh Siti Zarinah Sahib
    sitizarinah@hmetro.com.my
    2010/03/25

    BAGAIMANA cara kita menghargai pasangan? Adakah pemberian hadiah atau ungkapan kata-kata sudah mencukupi?
    Ada juga pasangan tidak mahu menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan sebaliknya mereka mengakui sangat menyayangi pasangan masing-masing. Jadi bagaimana cara sesuai untuk menunjukkan yang anda benar-benar menghargainya? Anggap pasangan seperti diri sendiri


    Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang perlu dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi suami dan isteri.
    Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat ketika bercinta? Inilah yang sering diabaikan banyak pasangan. Seorang lelaki tidak harus mempunyai tubuh gagah seperti atlet atau berwajah Brad Pitt, begitu juga dengan wanita tidak perlu cantik seperti bintang filem. Cukup sekiranya pasangan menjadi diri sendiri dan menganggap pasangan anda juga seperti diri anda.

    Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Ke mana pun anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan kekal bahagia.


  • Isteri bukan pembantu rumah




  • Banyak suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus walhal dalam Islam tidak ada hukum yang mengatakan isteri wajib melakukan kerja rumah.




  • Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin perlu taat kepada suami, melakukan suruhan Tuhan serta menjaga harta dan maruah suami sebaik mungkin.Atas jaminan ini, ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. Tetapi suami jangan mengambil kesempatan sebaliknya mereka mestilah bersama-sama melakukan kerja rumah bersama isteri.




  • Isteri dan suami juga manusia




  • Isteri adalah wanita yang penuh beremosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.Namun jika mereka tertekan, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang dihadapi.




  • Begitu juga dengan suami, sering kali isteri kurang faham dengan tugas di pejabat.Sebaliknya apabila melihat suami penat, ringankan fikirannya dengan bahasa yang lembut. Sekiranya suami berjaya mendapat apa-apa kontrak di pejabat atau dinaikkan pangkat, pujilah dia.









  • Ingat tarikh penting




  • Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi.Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika bajet tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai kerana ini akan mengeratkan lagi perhubungan.









  • Bantu ringankan tugas isteri




  • Suami perlu turun padang membantu isteri. Jika setiap hari isteri bertungkus-lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah, maka suami pun perlu membantu.Jika anda tidak mahir memasak makanan seperti lauk-pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.




  • Cuba perhatikan isteri yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.




  • Bawa isteri berehat




  • Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apa yang dilakukan di belakangnya.Kini, cuba terbalikkan situasi ini.




  • Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan dalam negara atau jika mempunyai bajet lebih, bawalah ke pusat percutian luar negara.




  • Ciuman khas untuk isterimu




  • Cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja?Tahukah anda ciuman di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu.




  • Begitu juga dengan sentuhan di bawah meja, pelukan yang tidak diduga dan ciuman tiba-tiba yang juga ciri sikap romantis.Genggamlah tangannya ketika menyeberang jalan atau berikan pelukan ketika keluar bekerja.




  • Beri pujian kepada isteriJangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur akibat terlalu penat bekerja di pejabat.




  • Dengar pendapat isteriSuami isteri perlu bertukar pendapat, tidak kira sama ada taraf pendidikan tinggi atau sebaliknya. Isu semasa boleh menjadikan hubungan bertambah erat.Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri jika mempunyai masalah mengenai kerja.




  • Penuhi hajat isteriBukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.




  • Tunjukkan rasa hormat Wanita yang anda cintai biasanya inginkan suami yang boleh menjadi pelindung, tidak kira sama ada dalam kerjaya atau kehidupan.Jadi tunjukkan yang anda sentiasa di sisi dalam apa juga keadaan. Jangan bersikap kasar kerana ia akan membuatkan isteri menjauhkan diri.Fahami diri pasangan dan sentiasa bersikap toleransi. Perhatikan perkara yang memalukannya atau membuatnya marah dan jangan sesekali anda melakukannya.




  • Sentiasa mengingatinyaSetiap pasangan akan rasa dihargai sekiranya pasangan sentiasa mengingatinya walau berada jauh. Anda boleh menghubunginya menerusi telefon atau e-mel jika anda berada di luar daerah.Kirimkan pesanan romantis dan telefon pasangan anda setiap hari untuk memberitahunya yang anda akan pulang ke rumah.




  • Luangkan masa dengan pasangan Ketika bercinta, anda mempunyai banyak waktu bersama teman wanita. Anda sentiasa mendengar luahan masalah, perasaan dan harapannya. Anda juga sentiasa menunaikan permintaannya.

  • Tetapi setelah berkahwin semuanya berubah. Ini kerana anda merasakan pasangan itu sudah menjadi hak milik mutlak anda jadi tidak perlu untuk berlebih-lebihan dengan pasangan.Sebenarnya jika perkara ini berterusan, ia akan menyebabkan hubungan semakin mendatar, lama-kelamaan akan menyebabkan semakin renggang. Sebaliknya jadilah diri anda seperti sebelum berkahwin dan jadilah pasangan seromantis mungkin.









  • sumber:klik sini



  • Program Segenggam Harapan dan Derma Darah

    Program Segenggam Harapan dan Derma Darah


    Alhamdulillah, pada Hari Jumaat, 9 Julai 2010 telah diadakan Program Segenggam Harapan. Program yang dianjurkan oleh Pentadbiran SMK Jengka Pusat 2 bersama Unit Bina Insan, telah dijayakan Ketua-ketua Bidang, Guru Bimbingan Kaunseling Puan Nazila dan Encik Burhanudin, Guru-guru Tingkatan, dan semua guru-guru mata pelajaran  ini telah selamat diadakan.

    Pada pagi Jumaat itu cuaca agak mendung. Kemudian hujan renyai mulai turun. Syukurlah, ibu bapa dan penjaga para pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kemajuan pelajaran anak-anak mereka dan disiplin mereka. Para ibubapa dan penjaga ada yang datang dari Jengka 14 dan juga beberapa felda lain serta dari kawasan Bandar Pusat sendiri.

    Ada penjaga yang turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengan guru Tingkatan anak. Tahniah kepada para ibu bapa dan penjaga yang telah menunjukkan komitmen tinggi ini.

    Selain Program Segenggam Harapan, Program Menderma Darah anjuran Unit Kesihatan SMKJP2 turut diadakan. Walaupun Ustazah Su sedang sarat hamil kembar, beliau turut membantu pasukan perubatan yang datang dari Hospital Temerloh.

    Beberapa hari sebelum program derma darah ini, para pelajar dikehendaki mengambil borang keizinan ibubapa. Mereka mendapatkannya dengan Cikgu Zila, Ustazah Su dan dengan saya sendiri di Bilik Rawatan dan Kesihatan. Cikgu Zila, Cikgu Za, Cikgu Ismail, Cikgu Irwan dan Cikgu Zairi dan beberapa orang cikgu lain yang terlibat dengan meja pendaftaran turut berada di situ.

    Terdapat ramai pelajar Tingkatan 5 SMKJP2 yang bermurah hati menderma darah mereka. Staf sokongan sekolah ini turut bermurah hati menderma darah.



     Guru dan dibantu pengawas sedang mengemaskini notice board senarai nama pelajar dan tingkatan.




















    Belajar Untuk Peperiksaan

    Belajar Untuk Peperiksaan (i)



    (Dedikasi untuk mereka yang mengenali diri ini
    dan khasnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM)

    Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperoleh keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. berikut sedikit tips yang akan membincangkan apa yang perlu kamu lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan.

    1) Bersedia Untuk Belajar

    Peperiksaan semakin hampir. Kamu perlub melakukan persediaan bagi memastikan kamu mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti. Sekiranya kamu memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu kamu risaukan. Tetapi bagaimana pula jika kamu baru bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji? Lebih-lebih lagi jika kamu bakal menduduki SPM?

    2) Jadual belajar Untuk Peperiksaan

    Jangan Panik! Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun kamu rasakan masih banyak yang perlu kamu telaah, masih banyak yang tidak difahami dan diingati, jangan sekali-kali kamu berasa panik dan gelabah. Jika kamu panik, kamu akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.

    Mulakan langkah anda sekarang dengan tenang. Bersolat dan doa selalu agar jiwamu tenteram. kemudian mula lakukan semakkan semua buku-buku yang ada termasuk nota, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

    Langkah pertama, kenal pasti bab-bab yang susah dan belum kamu kuasai.

    Langkah kedua, buatkan analisa soalan sejak 5 tahun lepas. Lihat bab yang sring keluar darinya.

    Langkah ketiga, buatkan jadual perancangan jadual belajar kamu. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang. Namun, jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk kamu lakukan semakan terakhir nanti.

    3) Mengingati Tajuk
    4) Buatkan Nota
    5)Latih diri untuk peperiksaan

    Syarat-syarat Latihan peperiksaan:
    • Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.
    Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu, kamu perlu sentiasa melatih diri kamu untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari.

    Perbanyakkan latihan seperti:
    1. Menjawab soalan.
    2. Menceritakan semula apa yang telah dipelajari.
    3. Melakarkan kembalai dalam peta konsep atau peta minda.
    4. Mengadakan perbincangan dengan rakan secara bermatlamat yang jelas.
    5. Menyediakan kad imbasan kecil.
    6. Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
    7. Sekiranya kamu pelajar SPM atau STPM atau STAM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda. ini memudahkan kamu mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.
    • Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
    • Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
    • Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.
    bersambung..

    Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

    Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)




                            Pameran Pendidikan Berkaitan penyakit H1N1
    di Ruang Legar Bangunan Klinik Pakar 
    Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang

    Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.

    Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

    Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi.

    Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


    Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
    Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
    Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
    Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
    Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
    1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
    2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
    3. Kanak-kanak dan remaja (<>
    4. Wanita mengandung
    5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
    6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
    7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
    Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
    Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

    • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
    • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
    • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
      1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
      2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
      3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
        • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
        • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
        • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
        • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
      4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
      5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
      6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
      7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
      8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
    sumber:http://h1n1.moh.gov.my/



    Disclaimer


    Disclaimer

    Blog peribadi seorang Cikgu Kaunseling OKU. Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan terutama dalam e-kaunseling. Untuk sesi kaunseling individu pelajar SMKJP2 boleh hubungi saya pada boring yang disediakan di muka utama blog ini. Malah digalakkan bertemu bersemuka dengan saya di sekolah.
    Setiap tulisan yang tersiar di blog ini dihasilkan oleh pemilik blog untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Tulisan itu berdasarkan rujukan sumber nota kuliah, buku-buku dan majalah.  Ia juga berdasarkan pemerhatian dan pengamatan pemilik blog.
    Pembaca diizinkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
    Manakala untuk penerbitan yang berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada penulisan ini tidak boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
    Untuk klip video, pemilik blog memuat turun ke blog ini dari youtube dan mixpod. Semua rakaman itu bukanlah dihasilkan oleh pemilik blog.  Ia dimuatkan di sini semata-mata bertujuan pendidikan.
    Blog ini juga memuatkan beberapa sesi kaunseling bertulis bersama pakar kaunseling tanahair. Sesi bersama Dr Sapora Sipon dan Dang Setia di Harian Metro.  Juga  sesi bersama Dr Rubiah K. Hamzah di Berita Minggu. Semua salinan balik ke blog ini adalah untuk tujuan pendidikan.
    Pandangan di sini tidak semestinya pandangan pemilik blog. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kehilangan fail semasa melayari blog ini.

    Jom Ke Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang

    Perkongsian Sesawang Akademik
    =Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 



     
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pelajar? Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan  Sijil Pelajaran Malaysia, diharap sudah bersedia. Walaupun peperiksaan PMR pada Oktober nanti dan SPM pada November, sebenarnya masanya sudah semakin hampir. Selain persediaan fizikal, mental dan emosi yang mantap,  pastikan juga  keselamatan dan kesihatan diri diutamakan. Samada di rumah, sekolah, lebih-lebih lagi di atas jalan raya.

    Di sini saya ingin kongsikan pautan website, iaitu Portal Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang.  Klik sini. Pada pendapat saya ia boleh dilihat oleh pelajar samada yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi mahu pun yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini, khususnya pelajar di Negeri Pahang mahupun dari negeri lain.

    Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT, khususnya pelajar Tingkatan 4,  anda boleh layari portal ini,  klik sini, http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bahan-rujukan/tingkatan-4   dan  http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bank-soalan 

    Bagi mata pelajaran di Bidang sains dan matematik, sila layari sini, Portal Sains dan Matematik Pahang, klik sini, Portal Sains Kemasyarakatan Pahang, klik sini, Portal Teknik dan Vokasional Pahang, klik sini, Pautan utama, sila layari; www.akademikpahang

    Selamat melayari portal berkenaan.Wassalam

    Rangkuman Kisah Ayah dan Ibu

    Rangkuman Kisah Ayah Ibu

    (Entry ini memuatkan klip video di youtube.  
    Jika mahu menonton klip ini, sila pause klip video di atas)

    Ayah, Istimewa



    Iklan Petronas Raya; mesej yang menyentuh hati

    Bonda, Syurga di bawah telapak kakimu


    Jasa Bonda - Warisan. Video klip oleh pelajar UPSI

     (Gambar Kanan) Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60 (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di Pejabat JKM Perlis baru-baru ini.

     

    Buku Kisah Kembara Atiq Wazif; Satu Anugerah Oleh Hassan Suyut.
     Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd Terbitan : 2008. Kasih dan pengorbanan ibubapa yang tak penah membuang anaknya walaupun anaknya anak istimewa.


    Oh Anak...Kalaulah Kau tahu...bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..


    Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan  anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan.Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

    Allah telah berfirman:

    "Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu".


                                                                                  (Surah Luqman:14)


     Anak Terbuang, Ibu Terbela.


    Saya ingin kongsikan pengalaman benar yang saya saksikan sendiri.

    Apakah perasaan anda jika ibu yang melahirkan anda membuang anda dan adik beradik lain jauh dari dalam diari hidupnya? Ibu kandung yang hanya melahirkan kemudian langsung tidak memberi walau setitis air susunya dan terus membiarkan si anak terkotang kating sedangkan masih lagi bayi?


    Bayi yang baru lahir itu diberikan kepada suaminya dan anak yang lebih besar untuk diuruskan. Lalu apabila si bapa meninggal dunia, si anak dan adik beradiknya yang lain menjadi anak yatim. Ibu kandung masih ada tetapi tidak diketahui khabar beritanya. lalu anak yatim yang kala itu berusia 6 tahun diasuh dan dipelihara oleh ibu tiri dan suami baru ibu tirinya sehinggalah ibu tirinya meninggal dunia ketika anak ini berusia lebih kurang 10 tahun.


    Bermulalah kembara anak ini dari satu tempat ke satu tempat demi meneruskan kelangsungan hidupnya. Walaupun pelajar cemerlang di sekolah terutama dalam matematik, sehingga guru datang ke rumah orang yang manjaganya supaya membenarkan anak ini ke sekolah..Namun, anak ini terpaksa berhenti sekolah demi sesuap rezekinya.


    Dewasalah anak ini. Ketika dia sudah memiliki kehidupan bekerluarga dan pekerjaan tetap, dia mendapat khabar berita, ibu kandungnya dibuang oleh anak kandung kesayangannya sendiri. Anak kandung yang dijaga sejak kecil telah membuangnya.


    Lalu, anak ini, tekad mencari ibunya dan mengambil ibunya. Walaupun dirinya sendiri bukanlah orang kaya dan tidak berharta, hidup kais pagi, makan pagi...anak lelaki ini tetap menjaga dan memelihara ibu kandungnya di rumahnya. Menjaga orang tua, yang mempunyai pelbagai karenah dan kembali bersikap seperti anak kecil, memang benar-benar mencabar keimanan.


    Lelaki ini tabah dan sabar meladeni ibunya ini. Ibu yang dahulunya membuangnya. Kini, dialah yang menjaga orang yang membuangnya.Tidak sekelumit dendam bersarang di dada anaknya. katanya, biarlah,mungkin ibubapanya ada masalah suami isteri,mungkin ibunya tertekan jadi ibunya tak dapat menjaganya.


    Subhanallah,baiknya lelaki ini. Kala si ibu kandung sudah tua pikun,karenah mengalahkan anak kecil, tidak kenal lagi najis atau tidak,dan tak kenal lagi  waktu siang atau  malam,lelaki ini dan isterinya sabar menjaga ibu tua ini. Malah anak lelaki kepada lelaki ini sering menasihatkan ibunya agar bersabar menjaga dan meladeni ibu mertuanya itu walau sehebat mana hatinya disakiti.


    Istimewanya lelaki ini, baginya, tiada dendam antaranya dengan ibu kandung. Asuhan ibu tiri yang menitik beratkan nilai-nilai Islam, nilai kemanusiaan dan kasih sayang, menjadikan lelaki ini cekal, bertanggungjawab, pemaaf dan mengasihi ibu kandungnya. Syukurlah lelaki ini dikurniakan ibu tiri yang berhati mulia yang sehingga kini nama allahyarhamah ibu tirinya sentiasa diceritakan kepada anak menantu dan cucunya...


     



    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .