Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U

Tingkatan Enam
Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U



Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi.

Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Negeri.


 Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6:

  • Kemanusiaan
  • Sains
Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

SEMAKAN KELAYAKAN\

Calon SPM2011 boleh menyemak kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah mulai 25 April 2012 melalui :

1. Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my

Link untuk buat semakan:



2. SMS (MOE [space] 6 [space] NO.KP@ANGKAGILIRAN) hantar ke 15888

Tarikh pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6 Bawah tahun ini adalah pada 8hb Mei 2012.

Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan  ”klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar. 

 Dokumen yang perlu dibawa :

i). Surat Tawaran        ii). Keputusan SPM 2011
iii). Kad Pengenalan       iv). Sijil Kelahiran         v). Sijil Berhenti Sekolah


Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di
sekolah yang ditetapkan. 

PROGRAM PLKN FASA 2 & 3

Calon-calon   yang  sedang mengikuti  Program   Latihan  Khidmat   Negara   (PLKN) Fasa 2 dan Fasa 3 hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan tidak lewat dari 7 hari bekerja. 

Bagi pelajar telah mendaftar ke tingkatan 6 tidak dibenarkan mengikuti Program   Latihan  Khidmat   Negara   (PLKN) sehingga tamat STPM 2013. Pelajar dinasihatkan membuat permohonan penangguhan kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Soalan Lazim: 
Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan.


Syarat Kelayakan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah info mengenai syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Kerajaan bagi tahun 2012.

(Berdasarkan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah tahun-tahun lepas)

SYARAT AM

a)    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
b)    Berumur di antara 17 hingga 20 Tahun. ( 21 Tahun bagi calon mengulang ) pada
1 Januari tahun 2012
 
Syarat-Syarat Kemasukan (Mengikut Jenis Sekolah)
  1. Sekolah Menengah Harian (SMK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Syarat-Syarat Mengikut Jenis Calon
  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012

Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
 
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kerajaan
 
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VIPendidikan Islam / Pendidikan Moral

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / 
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XTasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / 
Bahasa Cina / Bahasa Tamil

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah matagred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IMatematik / Matematik Tambahan

IIFizik

IIIKimia

IVBiologi

VLukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
 
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab(Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XPendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gredtidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
 
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XPendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Soalan: Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat?  
 
Rujuk jadual di bawah
Gred SPM sebelum 2009 Gred SPM 2009 keatas  Nilai Mata Gred (Kognat)
1A         A+ dan A 1
2A         A- 2
3B         B+ 3
4B         B 4
5C         C+ 5
6C         C 6
7D         D 7
8E         E 8
9G         G 9

 
Soalan: Adakah sebarang panduan untuk saya memilih kombinasi mata pelajaran di tingkatan enam supaya ia sejajar dengan cita-cita saya (boleh digunakan apabila memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi)?
 
Berikut adalah cadangan kombinasi mata pelajaran untuk calon agar bersesuaian apabila ingin melanjutkan pelajaran kelak. Ia SEBAGAI PANDUAN UMUM sahaja, maklumat yang lebih jelas boleh diperolehi dari Guru Bimbingan Kaunseling & Kerjaya di sekolah masing-masing
 

BIL
JENIS KURSUS KOD MATA PELAJARAN SUBJEK PILIHAN
1 Bahasa/Sastera 900 Pengajian Am
910 Bahasa Melayu
911 Bahasa Cina
912 Bahasa Tamil
920 Literature in English
922 Kesusasteraan Melayu
2 Agama/Arab 900 Pengajian Am
913 Bahasa Arab
930 Syariah
931 Usuluddin
3 Sains sosial 900 Pengajian Am
940 Sejarah
942 Geografi
944 Ekonomi
4 Undang-undang 900 Pengajian Am
920 Literature in English
940 Sejarah
- M/pelajaran lain
5 Pengurusan Perniagaan/Perakaunan 900 Pengajian Am
944 Ekonomi
946 Pengajian Perniagaan
948 Perakaunan
950 Mathematics S
6 Sains aktuari 900 Pengajian Am
950/ 954 Mathematics S/ Mathematics T
- M/pelajaran lain
7 Sains Matematik 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
- M/pelajaran lain
8 Sains Komputer 900 Pengajian Am
950/954 Mathematics S/ Mathematics T
958 Perkomputeran
- M/pelajaran lain
9 Sains Fizik/ Kejuruteraan 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
960 Physics
962 Chemistry
10 Sains Hayat/ Perubatan/Farmasi 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
962 Chemistry
964 Biology
11 Sains sukan 900 Pengajian Am
966 Sains Sukan
- M/pelajaran lain
12 Kesenian 900 Pengajian Am
970 Seni Visual
- M/pelajaran lain
 

Syarat Mengikut Jenis Permohonan
(Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan)
 
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK. 
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada (Tarikh Ditetapkan Kemudian) tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
 
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2011 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2012 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2012
 
  1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2011 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
    2. Memperoleh keputusan STPM 2011 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
    3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon sekolah;
    4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
    5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
  2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012
 
  1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2011 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2012 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012.
    2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
    3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
    4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2011 di sekolah persendirian / swasta.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah (Rujuk PPD) selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2011.
Permohonan Pertukaran Sekolah

  1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya.
  3.  Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
    1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
    2. Keputusan SPM 2011;
    3. Kad pengenalan;
    4. Sijil Kelahiran; dan
    5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
  4. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
  5. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
 
Dibuka untuk permohonan pada 21-25 Mei dan 18-23 Jun 2012 dengan menggunakan borang RTJT6.
 
Soalan: Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya? 
 
  1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
    1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
    2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    3. Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan "Tidak Berminat" dan seumpamanya tidak diterima.
    4. Calon mesti berjumpa dengan Guru Kaunseling untuk dibuat penilaian berkaitan kerjaya.
    5. Calon dikehendaki mengisi inventori minat kerjaya.
    6. Dapatkan pengesahan Guru Kaunseling.bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon. 
    7. Hantar kedua-dua borang yang telah lengkap (RTJT6 dan VPI) ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen.
  3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
  4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat mengikut waktu yang telah ditetapkan (Diberitahu Kelak).

Maklumat

 

  1. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pemberitahuan/2010/1269241875.pdf dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pemberitahuan/2010/1269241960.pdf

 

Sebarang Pertanyaan dan persoalan sila kemukan kepada:

 

  1. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  2. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.
  3.  
  4.  

SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran

Keratan Akhbar: SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran



MARAN 30 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Maran selepas menewaskan SMK Jengka 6 dengan jaringan 5-2 dalam perlawanan akhir baru-baru ini.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Abdul Rahman Ahmad berkata, kemenangan itu merupakan satu sejarah tersendiri buat SMK Jengka 2 kerana muncul juara buat tahun ketiga berturut-turut.

''Keseluruhannya tahun ini 16 pasukan dari sekolah menengah daerah Maran berentap bagi memilih juara, sekali gus mewakili daerah Maran ke peringkat negeri.

Format Terbaru STPM

Format Terbaru STPM



PENTAKSIRAN TERBARU STPM
  • STPM baharu adalah peperiksaan yang akan menggantikan peperiksaan STPM terminal sedia ada.
  • STPM baharu bakal dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) yang telah diadakan pada 4 Januari 2012.
BAGAIMANA STPM BAHARU DILAKSANAKAN
  • Tempah pengajian Pra-U adalah selama 3 penggal dengan kalendar persekolahan adalah mengikut kalendar persekolahan biasa
  • Pelajar-pelajar STPM baharu menggunakan sistem modular akan mengambil peperiksaan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan diperolehi pada setiap penggal
  • Kohort pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan Pra-U Bawah akan mengambil peperiksaan STPM baharu pada November 2012.
  • Pelajar akan ditaksir berdasarkan kepada dua kaedah penilaian iaitu : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran (20%-40%) dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran (60%-80%)
KELEBIHAN PEMBELAJARAN DI PRA-U -SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM (MODULAR)
  • Pembelajaran dijalankan dalam 3 penggal:
-Penggal 1 – 6 Rendah
-Penggal 2 – 6 Atas
-Penggal 3- 6 Atas
  • Sukatan Pelajaran
- Bagi setiap penggal adalah berbeza dan berakhir dengan peperiksaan (seperti di universiti)
  • Pelaksanaan Pentaksiran Baharu STPM
- Setiap penggal akan dijalankan peperiksaan akhir seperti di universiti. Keputusan peperiksaan bagi setiap penggal akan dikeluarkan apabila pengumuman keputusan dilakukan dalam bentuk Keputusan STPM
-Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya LULUS bahagian dalam satu mata pelajaran.
  • Pentaksiran Berasakan Sekolah
- PBS merupakan komponen yang wajib bagi setiap calon. Calon akan GAGAL dalam mata pelajaran tersebut sekiranya tidak menjalankan PBS. PBS terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus iaitu
  • Kerja Projek
  • Kajian Luar
  • Kerja Amali
- Peratusan wajaran yang ditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran iaitu antara 20% hingga 40%
  • Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan
- Calon dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis Penggal 1 dan Penggal 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan pada hujung Penggal 3 sahaja.
- Tiada ulangan untuk PBS
- Tiada pra-syarat kelulusan minima dlm sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal berikutnya.

Lepasan SPM Berpeluang sertai Program internship Bahasa Inggeris

Program internship untuk lepasan SPM

PUSAT pendidikan bahasa, The Language House mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program internship yang bukan sahaja berupaya meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris malah turut memberi pengalaman bekerja kepada mereka.

Pengarah Urusannya, Keng Davis berkata, pihaknya akan melonjakkan kemahiran bahasa Inggeris (BI) lepasan SPM ini ke tahap profesional di samping menerapkan pengalaman bekerja dalam program pendidikan yang disediakan.

"Melalui program ini, kami dapat membantu mengatasi dua masalah utama pelajar lepasan SPM untuk mendapatkan pekerjaan iaitu bahasa Inggeris yang baik dan pengalaman kerja," jelasnya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma sepanjang Mac ini, sila hubungi talian 03-77225270 atau layari www.languagehouse.edu.my.

Derita budak tong sampah

Derita budak tong sampah, 
Dipaksa Bapa Hidap HIV Kutip Sisa Makanan

JOHOR BAHRU: “Adik cari makanan di tepi jalan dan tong sampah sebab lapar, bapa pula asyik tidur selepas makan,” kata seorang budak lelaki berusia lima tahun ketika menceritakan pengalamannya mencari sisa makanan untuk dikongsi bersama bapanya, seorang penagih tegar.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Fahmi itu berkata, selepas ibunya menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu, bapanya yang juga penghidap HIV positif kembali aktif menagih dadah hingga tidak mampu bekerja.

Menurutnya, berikutan itu, setiap pagi dia berjalan kaki sehingga dua kilometer bagi mencari makanan untuk mengisi perut selain mengemis sebelum hasilnya diserahkan kepada bapanya.

“Ada juga orang marah apabila adik meminta makanan setiap hari, tetapi adik takut bapa marah dan pukul jika gagal membawa pulang makanan atau wang.

“Sudah banyak tempat bapa bawa adik termasuk di bawah jambatan menyebabkan adik selalu digigit nyamuk selain disengat serangga,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sistem pendidikan perlu dirombak

Sistem pendidikan perlu dirombak


NAJIB diiringi Muhyiddin melawat pameran teknik program I-Think pada majlis pelancaran program berkenaan di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.
 
PM mahu perubahan aspek mengajar dan cara belajar sejajar tranformasi negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pendidikan negara perlu dirombak kerana sudah sampai ke satu tahap yang memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar.

Perdana Menteri berkata, langkah ini sejajar proses transformasi negara bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran masa akan datang.

Gajet Telefon pintar Android Honur, HUAWEI,

Telefon Pintar Android Honur, HUAWEI, murah, perkasa



>Spesifikasi

PRODUK: Huawei Honur
HARGA: RM1,099
RANGKAIAN: 3G/2G
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
PEMPROSES: 1.4 GHz
SKRIN: FWVGA 4 inci peka sentuhan
MEMORI: 512M RAM, 4GB ROM, slot kad memori
PENYAMBUNGAN: Bluetooth 2.1, A2DP, WiFi, Micro USB, AGPS, DLNA
KAMERA: HDR 8MP, 0.3MP (depan)
TEBAL: 10.9mm
BERAT: 140gm

HUAWEI menampilkan Honur, telefon pintar terkini keluaran gergasi telekomunikasi Cina yang diperkasa sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan skrin berpaparan definisi tinggi, 16 juta warna, format 16:9 serta ciri peka sentuhan FWVGA empat inci.

Dikuasai bateri 1,930 mAh, Honur membebaskan pengguna daripada pemasalahan mencari punca kuasa untuk mengecas semula bateri telefon kerana ia tahan lebih lama sehingga dua hari dengan sekali cas.

Paling lama di kalangan telefon pintar dengan skrin 4 inci.

Ketua Pegawai Pemasaran bahagian Peranti Huawei, Victor Xu berkata, Honur yang sudah berada di pasaran tempatan bercirikan mudah guna serta dimajukan menggunakan teknologi terkini untuk membolehkan pengguna berkongsi dan terhubung dengan mudah.

Kuala Medang, Lipis, Banjir landa tiga kampung

Kuala Medang, Banjir landa tiga kampung
12 Mac 2012 


Sepuluh Keluarga Dipindahkan Akibat Banjir Di Lipis

KUALA LIPIS, 11 Mac (Bernama) -- Seramai 10 keluarga yang tinggal di kawasan pesisiran Sungai Jelai di sini ditempatkan di pusat pemindahan banjir selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi dua meter.

Mangsa yang terdiri daripada tiga keluarga dari Kampung Kuala Medang dan tujuh dari Kuala Serau, kini ditempatkan di balai raya kampung masing-masing selepas air Sungai Jelai melimpahi tebing mulai 7 pagi tadi.

Keadaan banjir juga menyebabkan 120 penduduk daripada 21 keluarga di Kuala Medang, Kuala Serau dan Bertang terputus hubungan luar berikutan jalan utama ke kampung berkenaan ditenggelami air.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas menyebabkan air itu naik mendadak dan melimpahi tebing lalu membanjiri perkampungan di pesisiran Sungai Jelai.

-- BERNAMA

KUALA MEDANG - Hujan lebat selama tiga hari di Hulu Sungai Jelai dan Sungai Telom menyebabkan air Sungai Jelai naik mendadak seterusnya melimpahi tebing lalu menenggelami beberapa perkampungan berhampiran, dekat sini, pagi semalam.

Banjir itu juga menyebabkan seramai 120 penduduk daripada 21 keluarga di sini, Kuala Serau dan Bertang terputus hubungan berikutan jalan raya ke kampung berkenaan turut ditenggelami air.

Manakala, sebanyak 10 keluarga iaitu tiga di Kampung Kuala Medang dan tujuh di Kuala Serau kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir setelah rumah mereka ditenggelami air sedalam dua meter bermula jam 7 pagi semalam.

Memantapkan sahsiah pelajar

Memantapkan sahsiah pelajar

 SAUDARA Malek Murad dalam rencananya ‘Krisis disiplin di kalangan penuntut sekolah’ Dewan Masyarakat April 1975, antara lain menyentuh tentang pentingnya sekolah mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah jika sekolah mahu mengekalkan peranan tradisionalnya sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.


Rencana itu sudah lama ditulis, tetapi gaya dan permasalahan yang dibangkitkan masih sama dengan apa yang masih diperkatakan sampai sekarang.


Ini bermakna masalah disiplin dan moral anak-anak muda bukan baru, cuma pendekatannya berbeza. Memang anak-anak muda zaman dulu tidak merempit, tidak melawan guru atau tidak memecahkan harta benda awam, tetapi kes lain seperti pergaduhan, mencuri, mencederakan rakan telah berlaku dan masih dalam ruang lingkup sama iaitu salah laku membabitkan pihak tersebut.

Krisis nilai di kalangan anak-anak muda kini membimbangkan pelbagai pihak. Bukan saja ibu bapa yang pening memikirkan anak- anak mereka terutamanya ketika di luar rumah, masyarakat sekeliling turut bimbang dengan pelbagai keadaan yang berlaku membabitkan remaja.


Transformasi Pendidikan Vokasional KPM

Transformasi Pendidikan Vokasional KPM











Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).

2. Apakah pula makna aliran vokasional?

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

3. Maksud aliran kemahiran? 



Nurulnadia Rohani, Anak peneroka dari Kulaijaya, Cemerlang STPM

Nurulnadia Rohani, Anak peneroka dari Kulaijaya, Cemerlang STPM



7 Mac 2012: ANAK peneroka, Nurulnadia Rohani (dua dari kanan) dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya menerima ciuman tahniah dari ibunya Satirah Dasin apabila mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2011 sambil diperhatikan oleh bapanya Rohani Basri dan kakaknya Rozana Rohani.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .