Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Derita budak tong sampah

Derita budak tong sampah, 
Dipaksa Bapa Hidap HIV Kutip Sisa Makanan

JOHOR BAHRU: “Adik cari makanan di tepi jalan dan tong sampah sebab lapar, bapa pula asyik tidur selepas makan,” kata seorang budak lelaki berusia lima tahun ketika menceritakan pengalamannya mencari sisa makanan untuk dikongsi bersama bapanya, seorang penagih tegar.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Fahmi itu berkata, selepas ibunya menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu, bapanya yang juga penghidap HIV positif kembali aktif menagih dadah hingga tidak mampu bekerja.

Menurutnya, berikutan itu, setiap pagi dia berjalan kaki sehingga dua kilometer bagi mencari makanan untuk mengisi perut selain mengemis sebelum hasilnya diserahkan kepada bapanya.

“Ada juga orang marah apabila adik meminta makanan setiap hari, tetapi adik takut bapa marah dan pukul jika gagal membawa pulang makanan atau wang.

“Sudah banyak tempat bapa bawa adik termasuk di bawah jambatan menyebabkan adik selalu digigit nyamuk selain disengat serangga,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Selain menyelongkar tong sampah mencari sisa makanan, Fahmi juga sering pergi ke belakang restoran mencari sisa makanan walaupun sudah berkulat dan busuk semata-mata mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada bapanya.

Sementara itu, Pengurus Rumah Sinar Sofia Taman Perling, di sini, Ari Rahayu Rahmat yang keluar membuat tinjauan sebelum menemui Fahmi berkata, kanak-kanak itu hidup ala nomad selain pernah tinggal di bawah jambatan di Perling bersama bapanya.

“Saya difahamkan, sebelum ini, kedua beranak itu menerima bekalan makanan dihantar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di pusat bandar raya.
“Bagaimanapun, operasi NGO berkenaan dihentikan menyebabkan Fahmi hilang sumber makanan ditambah dengan bapanya yang menganggur serta menagih dadah.

“Akibatnya, Fahmi terpaksa menagih simpati pengusaha restoran atau menyelongkar tong sampah untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Menurutnya, ada pengusaha restoran yang sanggup memberi makanan kepada Fahmi, tetapi ada juga yang menghalau dan menghina kanak-kanak itu.

“Memandangkan bapa Fahmi dikenali sebagai Abdullah berusia 40-an sering ketagihan dadah, maka dia tidak mampu bekerja atau menanggung kehidupan anak tunggalnya itu.

“Sebaliknya, Fahmi yang masih kecil terpaksa memikul tanggungjawab mencari wang dengan mengemis dan jika gagal berbuat demikian, bapanya akan memukulnya,” katanya.

Katanya, beliau sendiri pernah membantu menghulurkan bekalan makanan dan pakaian kepada Fahmi, namun usahanya memujuk Abdullah supaya membenarkan kanak-kanak berkenaan tinggal di Rumah Sinar Sofia masih tidak berjaya.

Related Posts:

  • Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita   Sekarang cuti sekolah telah pun  bermula. Di dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini, anak-anak kita tidak lagi perlu ke sekolah. Namun… Read More
  • Semakan Keputusan SBP 2013 dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1 Semakan Keputusan SBP 2013  dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1 Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh  2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak kep… Read More
  • Anugerah dan Amanah Anugerah dan Amanah (Al Fatihah untuk Adik Aaliyah Aiman Hussin Abdullah, 3,)  Anugerah dan Amanah Kasihan, anak kecil belum pun sampai  usia persekolahan rendah. Anak kecil itu..dibaling,didera fizi… Read More
  • Keputusan PMR 2012 19 Disember di Sekolah @ SMS Keputusan PMR 2012 19 Disember  di Sekolah @ SMS Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada RABU, 19 DISEMBER 2012. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-… Read More
  • Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)  TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) Pengenalan & Latarbelakang Penubuhan  Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mer… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .