Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pelajar OKU cemerlang STPM

Pelajar OKU cemerlang STPM

 CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak menghalang pelajar orang kelainan upaya (OKU) mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.

Itulah yang dibuktikan oleh tiga pelajar OKU, Anis Nabilah Wahab, Eric Su Chii Mou dan Yeow Ting Fong yang masing-masing mengalami masalah kecacatan penglihatan, rabun dan spastik.

Bagi Anis Nabilah, 19, yang memperoleh 2A dan 2B, keyakinan terhadap keupayaan diri untuk menggenggam kejayaan menjadi prinsip hidupnya walaupun dilahirkan buta sejak lahir.

"Saya percaya kejayaan pasti datang jika seseorang itu percaya pada kemampuan diri dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu jika usaha berterusan dilakukan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM 2011 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Ting Fong, 19, pula melahirkan rasa gembira kerana tidak menyangka memperoleh keputusan 4A.

Related Posts:

  • Merangkak ke Kelas; Daripada OKU untuk OKU Daripada OKU untuk OKU;  Merangkak ke kelas Memetik kata-kata ibu kepada pelajar OKU ini, “Saya bukan mahu layanan kelas pertama tetapi mereka sepatutnya prihatin serta berperikemanusiaan dan janganlah meminggirkan ka… Read More
  • Kisah Juruterapi Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluargaKisah Juruterapi  Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga Allah SWT amat memberikan perhatian kepada hati. Al Quran menggunakan istilah qalb (hati) sebanyak 132 kali, makna dasar kata itu ialah… Read More
  • JOM RAWAT ANAK HYPERAKTIFJOM RAWAT ANAK HYPERAKTIF Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hyperaktif atau kata lain Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)  suatu ciri yang perlu difahami oleh ibu bapa. Jika di Malaysia, Jabatan Keb… Read More
  • Kategori Pelajar Mudah Masuk IPTA Universiti AwamKategori Pelajar Mudah Masuk IPTA Universiti Awam   3 golongan dilonggar masuk IPT wajar Kuala Lumpur: Langkah Kementerian Pengajian Tinggi melonggarkan syarat kepada tiga golongan bagi memasuki politeknik d… Read More
  • Terapi OKU tunggang kuda Kuantan  Terapi OKU tunggang kuda Kuantan    ADNAN Yaakob beramah mesra dengan penunggang kuda orang kurang upaya (OKU), Wong Jing Shuen, 17, pada majlis perasmian acara menunggang kuda bagi Persatuan Orang Caca… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .