Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Seorang Daripada Pelajar terbaik STPM Terengganu amal 4 petua

Seorang Daripada Pelajar terbaik STPM Terengganu amal 4 petua

 Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif

07/03/2012 6:46pm

BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.
Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.


Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.— BERNAMA

Related Posts:

  • STPM 2012 Kebanyakan Negeri Catat Keputusan Baik   STPM 2012 Kebanyakan Negeri Catat Keputusan Baik     Pelajar-Pelajar SMK (P) Sultan Ibrahim gembira sambil meraikan kejayaan mereka selepas mendapat keputusan STPM 2012 di sekolah mereka di Johor Ba… Read More
  • Keputusan STPM 2012 diumum Isnin18 Mac 2013 Keputusan STPM 2012  Diumumkan Isnin18 Mac 2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar calon STM 2012 Khususnya calon STPM SMK Jengka 2, semoga anda memperolehi kejayaan cemerlang. Anda boleh me… Read More
  • TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013 TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013         UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH - (UPSR)Ujian Bertulis  10 September 2013  - 12 September 2013 (Selasa - Khamis) PENILA… Read More
  • PENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAIPENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAI Merit disediakan berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Bagi pemilihan ke program pengajian lepasan STPM/setaraf (Ijazah Pertama) ke IPTA, peny… Read More
  • Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U Tingkatan Enam Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi. Pengajian Tingkatan 6 mengamb… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .