Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

STPM DIROMBAK, Taksiran Berasaskan Sekolah, Peperiksaan Berpusat.

STPM dirombak
Oleh Noor Azlina Zainudin dan Nas Norziela Nasbah
upen@bharian.com.my
2012/03/08

DATUK Dr Mohd Noh Dalimin (empat dari kanan) beramah mesra dengan pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selepas pengumuman keputusan semalam.
DATUK Dr Mohd Noh Dalimin (empat dari kanan) beramah mesra dengan pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selepas pengumuman keputusan semalam.
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan peperiksaan akhir berpusat tentukan tahap kelulusan setiap calon

SELAYANG: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh oleh calon akan ditentukan menerusi taksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan berpusat.

Pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon.

Penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan Tingkatan Enam.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata menerusi sistem taksiran baru itu, tempoh pengajian Tingkatan Enam, penawaran dan sistem penggredan mata pelajaran masih sama seperti sebelum ini tetapi kandungan pengajian dipecahkan kepada tiga bahagian kurikulum untuk mengisi tiga penggal.

“PBS diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran. Ia akan diadakan setiap penggal atau penggal tertentu saja,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM, di sini semalam.

Beliau berkata, peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar akan diadakan setiap hujung penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal dua dan tiga masing-masing pada Jun serta November tahun kedua pengajian.
“Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM dibuat berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal,” katanya.

Mohd Noh berkata, sistem itu bakal memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, mereka akan mempelajari kandungan kurikulum berbeza pada skala kecil dalam setiap penggal.

Justeru, pelajar boleh lebih fokus menghadapi pembelajaran dan mempunyai peluang lebih besar untuk melakar kecemerlangan.

“Antara kelebihan sistem pentaksiran baru ini adalah pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir setiap penggal dengan menduduki semula peperiksaan yang akan diadakan selepas keputusan peperiksaan penggal tiga dikeluarkan.

“Ini adalah kali pertama MPM memperkenalkan PBS bagi hampir semua mata pelajaran. Ini adalah sejarah bagi MPM selepas terbabit dalam bidang pentaksiran selama 30 tahun dan diharap mampu memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik serta menguntungkan pelajar,” katanya.

Related Posts:

  • PENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAIPENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAI Merit disediakan berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Bagi pemilihan ke program pengajian lepasan STPM/setaraf (Ijazah Pertama) ke IPTA, peny… Read More
  • Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U Tingkatan Enam Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi. Pengajian Tingkatan 6 mengamb… Read More
  • Buta mata, bukan buta hati 'Buta mata, bukan buta hati' JOHOR BAHRU 21 Feb. - Cacat penglihatan tidak menghalang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar di sini, Muhamad Nadhir Abdul Nasir mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekola… Read More
  • TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013 TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013         UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH - (UPSR)Ujian Bertulis  10 September 2013  - 12 September 2013 (Selasa - Khamis) PENILA… Read More
  • Pelajar OKU Cemerlang STPM 2011 Pelajar OKU Cemerlang STPM 2011  CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .