Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

CSR Inovasi PRS SMK Arau kepada Murid SMK Syed Saffi November 2019

CSR PRS SMK Arau kepada Murid SMK Syed Saffi November 2019











Simpan sini aktiviti CSR PRS SMK Arau ke SMK Syed Saffi, dari 10.20 pagi hingga 2.00 petang Khamis. 21/11/2019. Alhamdulillah sedikit sedutan program PRS SMK Arau untuk murid SMK Syed Saffi ialah perkongsian inovasi yang telah kami lakukan.

 Saya berhasrat semoga perkongsian kami menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Negeri Perlis ini, turut mengembangkan budaya cintakan inovasi dan rekacipta.

 Semoga murid dari sekolah lain di Negeri Perlis akan turut berminat menyertai inovasi. Contohnya. Pertandingan iIDEA Anjuran UITM Arau , pada Jun 2020 nanti. InshaAllah.

Juga yang penting, agar murid kami menyintai kerjaya bidang STEM. Memandangkan, negara sangat memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi dalam mencapai 5.0 IR.

Kemasukan dan pengambilan pelajar ke Universti Awam adalah lebih terbuka luas kepada murid sekolah yang mengambil aliran Sains. 

Peluang kerjaya juga adala lebih cerah kepada siswa yang mengambil jurusam Sains dan Teknologi.

Nak upload banyak, tak lepas. Apapun. Terima kasih kepada pihak Pengurusan dan Pentadbiran SMK Arau yang mengizinkan saya membawa murid SMK Arau menabur khidmat sosial di SMK Syed Saffi,bersama dengan saya.

Begitu juga. Terima kasih kepada PIBG SMK Arau yang telah menanggung perbelanjaan kos van pergi dan balik anak-anak murid kami dari SMK Arau ke SMK Syed Saffi dan sebaliknya.

Semoga Allah SWT melimpahkan RahmahNya kepada semua pihak yang membantu perjalanan program ini agar berjalan lancar.
Amin.

🌹Khamis. 21/11/2019. Alhamdulillah. Telah berlangsungnya, CSR PRS SMK Arau ke SMK Syed Saffi, Simpang Empat, Perlis.🤲💖

🌹Kami insan yang tidak sempurna. Tetapi kami ingin menyebarkan kebaikan kepada insan lain di sekeliling kami.

Kami ingin agar kawan-kawan anak-anak kami dari sekolah lain, turut mendapat manfaat daripada projek inovasi kami.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Apabila saya menerima jemputan daripada SMK Syed Saffi, dan telah mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah saya, terus saya rencanakan program ini bersama PRS SMK Arau.

Alhamdulillah. Terima kasih, SMK Syed Saffi sudi menjemput Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau dan PRS SMK Arau untuk bersama murid-murid SMK Syed Saffi.

Melalui program sebegini, ia dapat membina soft skills anak-anak PRS SMK Arau kami. Semoga dengan ini, ia sebagai nilai tambah kepada mereka,saat mereka hendak memohon UPU dan juga pekerjaan.

Program Alhamdulillah dapat berlangsung bermula pukul 11.00 pagi. Kami telah bertolak dari SMK Arau pada pukul 10.20 pagi dengan Van PIBG. 

Terima kasih, PIBG SMK Arau kerana telah menyokong program ini dengan meluluskan bajet agar anak-anak PRS ini dapat pergi ke SMK Syed Saffi dengan menggunakan kenderaan PIBG . 

Jika tiada kelulusan bajet PIBG, saya pun tak berani nak bawa anak-anak ini dengan Grab atau Mycar.

Terima kasih juga kepada Puan Ju Juraidah Mat Jelani dan Puan Norashikin kerana sudi mengizinkan team Robotik Arau turut serta dalam program ini.

Anak-anak SMK Syed Saffi juga turut menerima baik kunjungan kami. 

Tanpa dijangka, atas minat dan kesungguhan anak-anak SMK Syed Saffi, program berakhir lewat 30 minit dari yang dijangka.

Kemudian, saat mahu pulang ke SMK Arau, saya terjumpa Abang Lan pula.😊 Makin segak Abang Lan sekarang di SMK Syed Saffi.

Alhamdulillah kami semua selamat sampai di sekolah kami pada pukul 2.30 petang.

Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh solehah kita. Allahumma amin ya Allah.

#prssmkarau
#prs
#pembimbingrakansebaya
#sharingiscaring
#caringisloving
#inovasi
#inovasiuntuksemua

#jomjadibaik

ANXIETY SURVIVOR

ANXIETY SURVIVOR



BILA KITA BOLEH MEMAHAMI BAGAIMANA SURVIVOR KEBIMBANGAN CUBA UNTUK BERTAHAN DENGAN KEHIDUPAN INI...



Mari kita fahami, mari kita sedarkan dengan advokasi...

#pesankauselor
#kitapembelajardunia
#kaunselorberdaftar
@akademipeka.bn
@akademipeka

Kredit gambar: RealDepressionProject

UPU 2020

UPU 2020


Bermula tahun hadapan, semua permohonan sama ada ke universiti awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru dan ILKA akan disatukan dalam satu portal. Iaitu UPU.

Permohonan ini akan diselaraskan di bawah 'single window single offer'.

Apa itu 'single window single offer'?

Baik. Pelajar-pelajar dan ibu bapa, cuba hadam yang ingin kongsikan.

Kalau tahun sebelum ini, permohonan ke Asasi UA, Diploma UA, ILKA, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi adalah melalui portal yang berbeza. Tetapi, bila telah diselaraskan, maka semua permohonan itu menjadi satu.

Maksudnya, jika berjaya, pelajar hanya akan ditawarkan satu tawaran sahaja mengikut keutamaan. Kalau sebelum ini Pelajar boleh menerima tawaran daripada Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru mahu pun Universiti Awam serentak, tetapi bermula tahun hadapan tidak lagi.

Jadi para pelajar perlu memilih berdasarkan apa yang kalian minat. Tambahan pula, bermula tahun hadapan juga, pelajar akan ditawarkan kursus yang mereka layak sahaja. Ini bermakna, bidang pengajian yang layak dipohon di UPU nanti adalah berdasarkan keputusan yang kalian terima.

Namun, layak memohon belum tentu dapat. Kerana permohonan masih berteraskan sistem meritokrasi.

Nak tak nak, dia akan kembali semula kepada pelajar cemerlang akan diberi peluang terlebih dahulu.

Dari satu segi, nampak bagus juga. Sebab dapat membantu pelajar daripada pening kepala nak pilih yang mana.

Tapi dari satu segi lain, pelajar akan pening kepala lebih awal sebab nak pastikan permohonan yang dibuat adalah pilihan terbaik.

Nak tahu lebih lanjut, jumpa guru bimbingan dan kaunseling sekolah

# Untuk makluman pelajar semua, berdasarkan kenyataan media di atas, pelajar boleh menyemak data di sistem UPUOnline bermula 21 Okt 2019 tanpa membeli no pin. 

Pelajar boleh membeli no pin di BSN pada minggu ke 4 Feb 2020 iaitu sebelum keputusan SPM dikeluarkan. 

Pelajar hanya boleh memilih program hanya selepas 5 hari keputusan peperiksan diumumkan. 

Pelajar hanya akan dapat memilih program yang layak berdasarkan keputusan SPM mereka. Permohonan akan ditutup pada minggu terakhir bulan Mac. 

Keputusan akan diumumkan pada minggu ke 3 bulan Mei 2020. 

Bedasarkan dasar single window single offer ini pelajar hanya akan menerima SATU tawaran sahaja sama ada daripada Matrikulasi/ IPG/ Asasi UA/ Diploma UA/ ILKA bagi Lepasan SPM. 

Mohon dipanjangkan kepada guru bimbingan dan kaunseling dan pelajar berkenaan.

Maklumat daripada pegawai Bahagian Kemasukan Pelajar, JPT.

🌷Info Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau, 2019.🌷
Jemput layari http://cgkaunseling.blogspot.com/?m=0

#upu2020
#upu

Permohonan ke ILP Kangar 2020

✨ PENGAMBILAN PELAJAR SESI JANUARI 2020 
 INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR ✨



JANGAN LEPASKAN PELUANG‼

Pengambilan pelajar baharu sesi JANUARI 2020 ke INS

TITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR, telah dibuka mulai sekarang.

Semua pelajar lepasan SPM @ TINGKATAN 5 yang ingin melanjutkan pengajian 🎓 ke Program TVET peringkat Sijil dan Diploma di Ilp Kangar boleh membuat permohonan mulai sekarang.

 Bidang kursus yang ditawarkan : 
♦ PROGRAM INTERGRASI DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) 
♦ PROGRAM INTERGRASI DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK
♦ SIJIL (SKM TAHAP 3) TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL
♦ SIJIL (SKM TAHAP 3) TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

‼ KEMUDAHAN 
🔹Yuran Pengajian PERCUMA
🔹Makan & Asrama disediakan PERCUMA
🔹Elaun bulanan disediakan

❗Permohonan dibuka mulai 27 SEPTEMBER 2019 hingga 25 OKTOBER 2019 ‼‼

 Cara memohon :-
1. SISTEM PERMOHONAN ONLINE JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) - diberi keutamaan:
www.jtm.gov.my
@
2. KEMASUKAN TERUS ILP KANGAR
http://www.ilpkangar.gov.my/

UJIAN KECENDERUNGAN KEMAHIRAN (UKK)
••••••••••••••••••••••
❗Khas bagi calon yg tidak melepasi syarat minima yg telah ditetapkan, masih berpeluang untuk memohon melalui Pengambilan Khas Ujian Kecenderungan Kemahiran (UKK) 
========================
Sebarkan kepada yg memerlukan. Semoga ada yang mendapat manfaatnya ‼‼

Terima Kasih.

#TVET
#ILJTM #JTM #KSM
#JMTI #ADTEC #ILP
#IntakeILJTMJanuari2020

Jom Kongsikannya

Permohonan ke GIATMARA Padang Besar Perlis 2020

TAWARAN PENGAMBILAN KEMASUKAN GIATMARA PADANG BESAR BAGI SESI 2020 KINI DIBUKA.

Kursus yang ditawarkan n n  di GIATMARA PADANG BESAR  :

1. Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam ( SKM Tahap 3) - Tempoh pembelajaran 12 Bulan

2. Fashion And Dressmaking (Jahitan Pakaian Wanita)(SKM Tahap 2) - Tempoh pembelajaran 6 bulan

3. Teknologi penyejukbekuan & Penyaman udara (SKM Tahap 2) -  Tempoh pembelajaran 6 bulan

Apa yang akan diperolehi:
1. Latihan percuma
2. Elaun bulanan RM 200.00
3. Sijil Profesional GIATMARA 
4. Sijil Kemahiran Malaysia, Tahap 2 dan 3
5. Bengkel Keusahawanan

Waktu pembelajaran:
Isnin hingga Jumaat
8.00am - 5.15pm

Syarat-syarat kemasukan:
1. Bumiputera.
2. Sihat tubuh badan.
3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
4. Berumur dari 16 tahun ke atas
5. Berminat dengan bidang yang dipohon.

Cara untuk memohon:
1. Boleh datang terus ke GIATMARA PADANG BESAR  atau
2. Melalui online, dengan melayari www.giatmara.edu.my

Pembelajaran  akan bermula pada   Januari 2020.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat GIATMARA PADANG BESAR  04-9383622

Permohonan ke Kolej Profesional MARA 2020

MAKLUMAN PENTING> PERMOHONAN KEMASUKAN KE ‼PROGRAM IEP‼ KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI FEBRUARI 2020 KINI DIBUKA



Sila layari 🌐 http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Permohonan *DIBUKA bermula 14 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2019*

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA

Telefon : 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081

Emel : upim.bpt@mara.gov.my

FACEBOOK: Hi-Edu MARA - Kolej Profesional MARA
TWITTER: Hi-Edu MARA 
INSTAGRAM: Hi-Edu MARA 
TELEGRAM: Hi-Edu MARA

Whatsapp : +6011-58521184

Aplikasi telefon pintar (melalui aplikasi “Google Play Store”): Kolej Profesional MARA

"Kolej Profesional MARA (KPM) Merealisasi Impian Kerjaya Anda"

#monstarawards2019 Goh Jin Yu

#monstarawards2019 Goh Jin yu



🌷Assalamualaikum dan selamat pagi.🥰Saya mohon bantuan ahli kelab Guru semua, agar mengundi bekas pelajar saya. 🥰

Setakat pukul 8.20 pagi tadi, Selasa, 29/10/2019, baru 69 undian likes. Mohon banyuan kawan-kawan semua ya,agar impian bekas pelajar saya ini tercapai.

Beliau adalah pelajar yang rajin, berdedikasi dan sedia membantu orang lain. Maka sebab itu, semasa beliau melanjutkan pengajian di sebuah Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, beliau berminat memohon menjadi Pembimbing Rakan Dinamik (PRD).👍🏾🥰

Meet Jin Yu, TOP 50 Student Key Opinion Leaders of #MonStarAwards2019 !

Influential, inspiring & innovative young talent!

Check out his video HERE:
https://youtu.be/7dYoWBziJOM"

Vote for him by clicking 👍🏻 on THIS post! He stands the chance to win the Popularity Award in MonStar Awards 2019 if he wins the highest vote!

Voting ends on 31st October 2019; 11:59pm. 👍🏻👍🏻 This video!

🌷Madam Asma' , kempen ini untuk bekas pelajarnya yang rajin dan berani🌷😘

#gohjinyu
#voteforgohjinyu

Sambung Belajar di Kolej KEDA 2020



Sambung Belajar di Kolej KEDA 2020





Mai Belajaq Kat Kolej KEDA*

*Permohonan Kemasukan Pelajar Baru*
*Sesi Januari 2020 Kini Dibuka.*


*Kursus Yang Ditawarkan untuk sesi kali ini :*
1. Teknologi Fabrik Wanita - Tahap 1
2. Teknologi Fabrik Wanita - Tahap 2
3. Teknologi Fabrik Wanita - Tahap 3
4. Teknologi Fabrik Lelaki - Tahap 1
5. Teknologi Fabrik Lelaki - Tahap 2
6. Teknologi Makanan - Tahap 2
7. Teknologi Makanan - Tahap 3
8. Teknologi Motosikal - Tahap 3
9. Teknologi Automotif - Tahap 2
10. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara - DKM (Singe Tier Tahap 3 & 4)
*Kenapa Kolej KEDA Perlu Menjadi Pilihan Anda..??*
✅ Penarafan Pusat Bertauliah 5 Bintang 🌟🌟🌟🌟🌟
✅ Penginapan Percuma
✅ Yuran Pengajian Percuma
✅ Makan Minum Percuma
Ayuh! Tunggu Apa Lagi ❓,
*Jom Masuk KOLEJ KEDA.*
💻📱Klik di sini >> kolejkeda.edu.my untuk memohon.
📞Hubungi *04-4695 993* untuk pertanyaan berkaitan kursus atau pengambilan.
*Tarikh Tutup* 🚨 *30 NOVEMBER 2019* 🚨
"KEMAHIRAN MEMBINA KECEMERLANGAN"
*KOLEJ KEDA PILIHAN KEJAYAAN*
🌷 *Info* *Kerjaya* *Unit* *Bimbingan* *Kaunseling* , *SMK* *Arau* 🌷

Ucapan PT3 2019

Ucapan PT3



🌷Selamat maju jaya. Anak-anak Calon PT3 Tahun 2019.🌷

🌷Berdoa dari kejauhan buat semua anak-anak yang tersayang 💖

#pt3

SMK Arau ke Pertandingan Inovasi di Brunei 2019

SMK Arau ke Pertandingan Inovasi di Brunei 2019




SMK Arau ke Pertandingan Inovasi di Brunei 2019

SMK Arau menyertai Pertandingan Inovasi di Brunei Darus Salam. Team SMK Arau bersama Yang Mulia Dato Paduka Dr Hj Md Isham bin  Jaafar, Menteri Kesihatan Brunei Darus Salam, Yang Mulia Tuan Haji Diny Karim, dan Yang Berbahagia Dr Siti Taniza Toha Bersama Team Arau dan SRAATI Perlis. Sabtu. 7 Sept 2019.

#brunei

#innovation
#smkarau
#arau
#perlis

Video Isu OKU Di Malaysia Part 1

Video Isu OKU di Malaysia part 1


Selasa. 24/9/2019. Di KUIS, Selangor


Pertandingan Inovasi iIREA 2019 UUM SMK Arau

Pertandingan Inovasi iIREA 2019 UUM SMK Arau





Alhamdulillah. SMK Arau mendapat Pingat Emas dalam salah satu projek inovasinya.

Mempelam Harum Manis Identiti Negeri Perlis

Mempelam Harum Manis Identiti Negeri Perlis


Petikan Akhbar Berita Harian,7 Mei 2019



Alhamdulillah. Saya tinggal di Perlis sekarang dan berkesempatan menikmati mempelam mangga harum manis. Sedap dan lazat. Alhamdulillah.



Rayuan ke Politeknik,Kolej Komuniti dan ILKA

Rayuan daripada calon UPU Kolej Komuniti



Kepada calon² pelajar #kolejkomuniti yang ingin membuat permohonan pertukaran program atau ke kolej komuniti lain, harap boleh bersabar ye.

Programmer kami sedang bertungkus lumus membuat finishing, insha Allah sistem boleh digunakan sepenuhnya pada jam 6 ptg ini.

Semua permohonan pertukaran perlu dibuat sendiri oleh calon di sistem. 

#kolejkomunitikelanajaya
#polycc
#tvet
#kolejkomunitihq
#pegawaipengambilan

BIASISWA AXIATA YOUNG TALENT 2019

BIASISWA AXIATA YOUNG TALENT 2019











Sila klik :

https://axiatayoungtalentprogramme.com/university-leadership-development-programme


PERMOHONAN RAYUAN KE POLITELNIK PREMIER,KONVESIONAL,ILKA

PERMOHONAN RAYUAN UPU 2019/2020


Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui agensi masing-masing jam 12
tengah hari selepas hebahan keputusan diumumkan.

 Berikut adalah maklumat
permohonan rayuan di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej
Komuniti

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu

Cerita iIREA 2019 UUM:Alumni p Program Matrikulasi KPM

Cerita iIREA 2019 UUM:Alumni p
Program Matrikulasi KPM



Saya terjumpa salah seorang peserta iIRIA 2019. Beliau merupakan,bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di  Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,kursus PDT(Program Dua Tahun).

 Pesanan beliau,"Masuklah ke Kolej Matrikulasi. Dapat program Dua Tahun macam saya pun tak apa.Dulu SPM saya dapat 4A sahaja.Adik-adik inshaAllah boleh score 4.00,jika pandai menguruskan masa. Saya Alhamdulillah dapat 4.00 dan dapat tawaran Biasiswa dari Bahagian Matrikulasi,Kementerian Pendidikan Malaysia ke United Kingdom.Sekarang saya bertugas di Kolej Matrikulasi Wilayah Persekutuan Labuan".
Jadi, anak-anak. Ambillah peluang. Jangan takut belajar di Matrikulasi ya 😊

#programmatrikulasikpm
#programmatrikulasi
#matrikulasi
#iiria2019
#iiria
#innovation

Seminar GTO (Great Teacher Organization) Negeri Perlis 2019

Seminar GTO (Great Teacher Organization) Negeri Perlis 2019




Khamis.2 Mei 2019. 

Program Berkaitan Anti Dadah. Kalau anak-anak murid yang berminat jadi Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah,antara klien di sekolah(jika ada ,tak semua sekolah) ialah masalah berkaitan ketagihan dadah.Kes dadah adalah kes global. 

Seminar Great Teacher Organization (GTO) Bersama Guru Kaunselor Sekolah Menengah Negeri Perlis Anjuran Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis.

Slot 1: 8 pagi-11.00 pagi:
Tn Mahadzir bin Elias
Pengarah 
Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kedah.


 Tempat:Dewan MAIPS


Kenyataan Media Hebahan Keputusan UPU 2019/2020

Kenyataan Media Hebahan Keputusan UPU 2019/2020








Kenyataan media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan hebahan Keputusan Permohonan UPU online bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020.

Rayuan UPU Online Lepasan SPM

Rayuan UPU Online Lepasan SPM 


Calon Lepasan SPM yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di upu.moe.gov.my mulai hari hebahan keputusan. Rayuan boleh di buat dalam tempoh lima (5) hari bekerja.


Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.

Keputusan @UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2019/2020

Keputusan UPUOnline Lepasan SPM 2019/2020




Perhatian !

Hebahan keputusan @UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2019/2020 ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

 Semakan boleh dibuat pada 5 MEI 2019 bermula jam 12:00 Tengah Hari hingga 11:59 Malam, 12 Mei 2019.
Perhatian !

Hebahan keputusan UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2019/2020 ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

Semakan boleh dibuat pada 5 MEI 2019 bermula jam 12:00 Tengah Hari hingga 11:59 Malam, 12 Mei 2019.

Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 4 kaedah berikut:

1) Internet :
• https://jpt.utm.my 
• http://jpt.uum.edu.my 
• https://jpt.unimas.my 
• http://jpt.ums.edu.my 
• http://jpt.umt.edu.my 

2) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200

3) UPUPocket 2.0

4) Semakan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) 15888

--------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .