Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kelangsungan Puisi Melayu

Kelangsungan Puisi Melayu: Jati diri dalam karangan seni


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini. Antara entry myraudhatulukhuwah yang diselitkan dengan pantun tradisional ialah di artikel

La Tahzan, Usah Sedih, klik sini.

Artikel ini dipetik daripada akhbar Kosmo, 28/3/2011, Isnin. Dilaporkan oleh wartawan Kosmo, BASIR ABU BAKAR. Mari kita ikuti laporan ini.

Jati diri dalam karangan seni




SEBAHAGIAN besar generasi muda di negara ini masih tidak mengetahui tentang puisi apatah lagi mengenal lebih mendalam mengenai konsep dan pengisian maksudnya.

Seperkara yang terdetik dalam fikiran mereka tentang puisi adalah karangan seumpama lirik lagu dan patah-patah perkataan yang dibaca oleh pendeklamasi sempena sambutan acara tertentu. Lebih malang, mereka menganggap acara deklamasi puisi sesuatu yang membosankan.

Mungkin itu stigma yang bersarang dalam diri sebahagian besar anak muda negara ini yang rata-ratanya lebih meminati budaya popular dari Barat berbanding resam bangsa sendiri.

Secara umumnya, makna puisi menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bermaksud karangan yang berbentuk sajak termasuk syair, pantun dan lain-lain.

Pemuisi pula bermaksud orang mencipta iaitu mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi ataupun penyajak.

Bagaimanapun, generasi muda tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Arus modenisasi hari ini kadang-kala membuatkan generasi baru anak muda alpa dan terkeliru antara puisi dan seni.

Keadaan yang berlaku itu turut menyebabkan mereka tidak mempedulikan budaya kesusasteraan tanah air kita yang sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat indah untuk dihayati dan hebat kelihatan di peringkat antarabangsa.

Mungkinkah juga mereka menganggap puisi tidak setaraf dengan pemikiran mereka yang moden dan hanya layak untuk dinikmati oleh mereka yang berumur?

Kalau ada yang beranggapan begitu, ia ternyata silap dan pandangan skeptikal itu seharusnya diubah kerana puisi merupakan medium seni yang begitu indah dan puitis seandainya dihalusi serta diselami.



readmore...



Puisi hakikatnya merupakan warisan bangsa turun-temurun daripada nenek moyang kita yang sewajarnya diangkat dan terus dipelihara agar ia tidak akan lenyap di muka bumi ini.

Untuk terus memelihara pusaka bangsa ini, ia memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak untuk mengkomersialkan puisi agar ia mampu menarik perhatian golongan muda untuk menghayatinya.

Selamatkan karya puisi

Pemuisi terkenal negara, Ramli Selamat, 54, menjelaskan bahawa usaha mempromosi seni sastera bangsa perlu dilakukan secara berterusan bagi menyelamatkan idea dan karya puisi negara agar ia tidak terus terkubur.

Menurutnya, penerbitan dalam bentuk buku dan media-media lain perlu dipertingkatkan. Segala penerbitan itu perlu disebarluas ke tengah masyarakat.

“Usaha memasyarakat dan merakyatkan puisi dan penyair perlu diberi sokongan dari segi kewangan dan kemudahan untuk berkarya.

“Selain itu, pendedahan terhadap puisi yang sejati perlu diberikan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah atau sewajarnya bermula dari tadika,” kata Ramli yang bekerja sebagai seorang kerani dan berasal dari Kuantan, Pahang.

Sememangnya puisi masih mempunyai peminat dan penulis dalam kalangan generasi muda namun jumlah mereka boleh dibilang dengan jari jika dibandingkan dengan jumlah golongan muda yang berminat dengan program realiti berbentuk hiburan kontemporari.

Sesungguhnya keadaan tersebut tidak dapat diabaikan kerana ia menjadi fenomena di mana-mana negara di dunia ini dan ia dianggap sebagai sesuatu yang normal.

Timbalan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Amiruddin Md. Ali Hanafiah menjelaskan bahawa keadaan suram sambutan yang kurang diterima golongan muda kini mungkin disebabkan kesilapan pemuisi itu sendiri.

Menurutnya, cara seseorang pemuisi itu menyampaikan persembahan mereka perlu mempunyai elemen tambahan dan tidak hanya bergantung kepada lontaran suara semata-mata.

“Pemuisi mungkin boleh memasukkan elemen muzikal, lakonan dan persembahan pancaran layar Powerpoint dalam setiap persembahan mereka.

“Dengan kepelbagaian elemen itu saya percaya ia dapat menarik lebih ramai peminat puisi di kalangan generasi muda,” kata penulis buku kumpulan puisi remaja Anak Warisan itu.

Pada masa yang sama katanya, setiap peminat puisi pasti akan ternanti gimik persembahan seseorang pemuisi setiap kali mereka melakukan persembahan di atas pentas puisi.

Walaupun bilangan peminat puisi dalam kalangan generasi muda kurang tapi jumlah mereka masih tetap ada di mana-mana kerana manusia secara lumrahnya memerlukan satu seni yang tulen dan bererti untuk dihayati.

Masih mentah

Seorang pemuisi kritis terkenal negara, Daeng Ramli Mat Akil memberitahu, dunia puisi masa kini dari segi pengisiannya masih mentah dan hampir kebanyakan penyair pada 1990-an hingga kini tiada jati diri.

“Isi kandungan puisi yang disiar dalam akhbar, majalah dan dideklamasi oleh pemuisi di program puisi amat mentah ideanya dan tiada jati diri.

“Selain itu isi kandungan pembelajaran Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) yang diajar di sekolah kini dipilih oleh panel pemilih yang tiada ilmu pendidikan bahasa,” katanya.

Daeng Ramli berkata, puisi Melayu yang bagus terbentuk pada dekad 1960-an, antara tokohnya ialah AS Amin, Noor SI, Noor SM, Latiff Mohiddin, Kassim Ahmad dan lain-lain yang seangkatan dengannya ketika itu.

Generasi kini masih gagal mendisiplinkan diri untuk menghayati puisi kerana beberapa sebab iaitu kebanyakan guru malas dan kekurangan ilmu bahasa, sastera, pendidikan dan agama.

Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang prihatin, menteri yang sambil lewa mengangkat darjat bahasa Melayu dan sastera Melayu selain peranan media, akhbar dan Internet yang bersikap seperti melepaskan batuk di tangga.

Daeng Ramli menambah, dakwaan puisi akan terkubur pada masa akan datang mustahil berlaku selagi akhbar dan majalah masih diterbitkan.

Puisi Melayu masih diberi ruang kerana rata-rata pembaca wanita lebih cenderung meminati puisi berbanding pembaca lelaki, jelas Ramli yang turut mencadangkan agar Kosmo! mengadakan ruangan untuk puisi.

“Generasi kini kenali puisi menerusi ujian Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia selain di kolej dan universiti,” katanya.

Kemajuan sastera China

Daeng Ramli menjelaskan bahawa puisi Melayu jauh berbeza dengan puisi bahasa lain. Puisi Cina lebih maju, lebih banyak antologi sejak dahulu. Silibus sastera China di Malaysia amat kaya kerana orang di belakangnya amat prihatin.

Puisi India pula mengalami nasib yang sama seperti puisi Melayu, lemah dan hampir tiada fokus ilmu. Kita wajar tiru cara China dan Jepun majukan puisi mereka.

Bangsa China dan Jepun memajukan puisi mereka dengan menulis karya puisi indah mereka pada barangan cenderamata, kalendar, baju, tekstil dan lain-lain.

“Jangan jadi seperti orang Amerika Syarikat dan Arab yang kurang aktif memajukan puisi mereka. Banyak akhbar dan majalah mereka tidak siarkan puisi seperti Times, Newsweek, Economist, Los Angeles Times dan lain-lain,” ujar Daeng Ramli.

Justeru, beberapa langkah perlu diambil bagi memelihara khazanah bangsa dan negara ini iaitu dengan mengubah silibus pendidikan negara yang ada sekarang dengan mengajar pelajar mencipta puisi atau cerpen.

Selain itu satu kajian mengenai kelemahan perkembangan puisi sejak tahun 2000 perlu dilakukan dan menyediakan tenaga pengajar yang terdiri dari penyair jemputan.

Penerbitan puisi dalam akhbar, majalah, media elektronik dan buku perlu lebih banyak dilakukan. Ini termasuk melakukan kunjungan ke negara-negara asing melibatkan menteri, belia dan pelabur bagi menyaksikan persembahan puisi dengan gaya muzik tersendiri.

Penggredan dan CGPA dalam STPM

 Penggredan dan CGPA dalam STPM 

Setiap pelajar Tingkatan 6 dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 4 subjek. Mata pelajaran yang wajib diambil ialah Pengajian Am (PA). Bagi 3 subjek lagi, pelajar diberi pilihan untuk memilih subjek apa yang wajar diambil berdasarkan pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing.

Pelajar yang telah menduduki STPM akan mendapat pointer atau CGPA semasa mengambil keputusan. Berikut merupakan gred dan CGPA bagi STPM. CGPA diperoleh dengan menjumlahkan semua pointer subjek dan kemudian dibahagikan dengan jumlah subjek iaitu 4.


Senarai gred dan pointer adalah seperti berikut :
  • A = 4.0
  • A- = 3.67
  • B+ = 3.33
  • B = 3.0
  • B- = 2.67
  • C+ = 2.33
  • C = 2.0
  • C- = 1.67
  • D+ = 1.33
  • D = 1.0
  • D- = 0.67
  • E = 0.33
  • G = 0
*Gred C ke bawah dikira "lulus sebahagian" dan Gred G menyatakan bahawa ia gagal dalam kertas berkenaan.
 readmore...

Contoh pengiraan CGPA :
"J" mendapat keputusan seperti berikut :
Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : B- (2.67)
Ekonomi : C (2.0)
Sejarah : B (3.0)

CGPA = 2.92 .....{4.0+2.67+2.0+3.0} dibahagikan dengan 4.

Walau bagaimanapun, pelajar Tingkatan 6 tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 5 subjek. Ingat, maksimum ialah 5 subjek sahaja. Pelajar yang mengambil 5 subjek dikatakan "mendapatkan perlindungan insurans" kerana gred atau CGPA yang diambil kira hanyalah 4 subjek yang terbaik.

Sebagai contoh, 'Z' mendapat keputusan seperti berikut :
Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : A (4.0)
Ekonomi : A (4.0)
Sejarah : A (4.0)
Perakaunan : B (3.0)

GRED : 4 A (hanya 4 gred terbaik diambil.)
CGPA : 4.0 (hanya 4 pointer terbaik dikira.)


Kredit kepada http://peperiksaantips.blogspot.com/2009/12/pengredan-dan-cgpa-dalam-stpm.html 

PENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAI

PENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAI


  • Merit disediakan berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Bagi pemilihan ke program pengajian lepasan STPM/setaraf (Ijazah Pertama) ke IPTA, penyediaan senarai merit berdasarkan:

Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA) digunakan untuk menyeragamkan kelayakan STPM dengan kelayakan Matrikulasi.

PENYATA GRED DAN MATA NILAI GRED STPM/ MATRIKULASI

GRED NILAI MATA GRED
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

  • Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan:

– Mengambil kira purata nilai gred EMPAT (4) MATA PELAJARAN TERBAIK
– termasuk Pengajian Am.

CONTOH PENGIRAAN PNGK, MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT

A. PENGIRAAN MERIT

BIL MATA PELAJARAN GRED MARKAH
1 Pengajian Am B+ 3.33
2 Fizik B 3.00
3 Kimia A- 3.67
4 Biologi A 4.00
JUMLAH 14.00
Jumlah Nilai Mata = 3.33 + 3.00 + 3.67 + 4.00
PNGK = 14.00
4
PNGK = 3.50


B. PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK (90%)


= 3.50 x 90
4
= 78.75

C. PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM

  • Mulai Sesi Akademi 2007/2008 dan seterusnya pengiraan markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Markah Penuh Kokurikulum ialah 10 markah berdasarkan komponen berikut :
  1. Sukan / permainan
  2. Pasukan Badan Beruniform
  3. Kelab / persatuan
  4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
readmore...

Kursus Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia

Kursus Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia 



Warganegara Malaysia Lepasan SPM dipelawa mengikuti Program Latihan Bertaraf Diploma. Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap tahun. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga dan ujian khas.


Kejururawatan, penerangan deskripsi tugas dan syarat asas memohon kursus Diploma Kejururawatan.
Pembantu Perubatan
Teknologi Makmal Perubatan
Radiografi / Radioterapi
Juruteknologi Pergigian
Pembantu Farmasi
Kesihatan Persekitaran
Fisioterapi
Jurupulih Perubatan (Carakerja)





Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

 Maklumat lanjut sila klik http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan

Program Peringkat Sijil

Jururawat Masyarakat
Pembantu Kesihatan Awam
Pembantu Pembedahan Pergigian

 Syarat-syarat asas permohonan, sila klik sini.

Maklumat lanjut sila klik iklan Separa Perubatan sesi kemasukan Julai 2011 , di sini.

 

Kerjaya Pegawai Perubatan

Kerjaya Pegawai Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Pegawai Perubatan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini. Pegawai Perubatan memainkan peranan penting dalam merancang, melaksana dan menilai semula aktiviti dan program berkaitan dengan kesihatan dan perubatan agar rakyat mempunyai kemudahan kesihatan yang berkesan, baik dan berkualiti.

Peranan Pegawai Perubatan semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini apabila rakyat mula menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan dan isu berkenaan kesihatan sentiasa menjadi fokus utama kerajaan untuk memakmurkan negara.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai Pegawai Perubatan yang kompeten, dinamik, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara untuk menyertai sektor perkhidmatan awam.

Pegawai Perubatan yang berdedikasi, komited dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mudah capai, saksama dan bertaraf dunia.

Maklumat lanjut, sila klik http://moh.gov.my/images/gallery/career/Kerjaya_Pegawai_Perubatan2.pdf

PERMOHONAN KE PROGRAM TEVT & ILKA AMBILAN JULAI 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TEVT & ILKA AMBILAN JULAI 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan sekolah terutama lepasan SPM 2010, usahlah berduka cita jika keputusan peperiksaan anda tidak secemerlang rakan-rakan yang lain.


Masa lalu bukanlah untuk ditangisi. Hari ini, mulakanlah langkah anda yang baru, menuju ke puncak kejayaan, meskipun laluannya berliku. Yang penting, apa yang ada hari ini, rancanglah dengan sebaiknya, terutama berkenaan halatuju selepas SPM.

Antara IPT yang menyediakan peluang untuk anda melanjutkan pengajian ialah di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Selain yuran yang tidak terlalu membebankan pelajar, Politeknik turut menyediakan suasana belajar yang kondusif .
Program Diploma baharu yang ditawarkan mulai Sesi Julai 2011
  1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif
  2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
  4. Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).
Jika nak lihat aplikasi I-MAS-C-U bagi menyenak kelayakan ke IPTA, lagi bagus klik sini.

Oklah. Jom, jangan bazir masa lagi. Terus pergi BSN beli No Pin ID. KALAU DAH ADA, SENANG JERR..terus apply ya.

Penting; Calon SPM, STPM,STAM 2010; Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2011/2012, klik sini.

MAKLUMAT KEPADA CALON(LEPASAN SPM/SETARAF)
TARIKH PERMOHONAN : 10 JANUARI 2011 - 04 APRIL 2011

Bagi calon yang berminat mengikuti kursus di Institut Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), kenalpasti kursus yang bakal anda pilih. (KLIK DI SINI)

KENALI TEVT & ILKA

1) Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Jabatan Sumber Manusia
2) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia & Sukan
3) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
4) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran
5) Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
6) Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik
7) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

SYARAT AM & SYARAT KHAS

Bagi Lepasan SPM:



SIJIL ILP (LEPASAN SPM), KLIK SINI

DIPLOMA JMTI (LEPASAN SPM, klik sini.

KBS
MARA
Pengambilan Program Sepenuh Masa GIATMARA JAN 2011, klik sini.

NATC

SIJIL NATC (LEPASAN SPM)
KOLEJ KOMUNITI
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (LEPASAN SPM)
POLITEKNIK
DIPLOMA POLITEKNIK (LEPASAN SPM
Pastikan sebelum membuat permohonan anda, Sila klik disini untuk panduan mengisi borang.

Untuk membuat permohonan ke TEVT & ILKA Ambilan Julai 2011, sila klik PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILKA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
AMBILAN JULAI 2011 FASA 2, di sini.

PERHATIAN :
  • Mulai tahun 2011 selain kemasukan ke IPTA, pelajar lepasan SPM yang berminat dengan program pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional serta Kemahiran di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) hendaklah mengisi borang permohonan yang disediakan;
  • Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;
  • Pemohon Lepasan SPM/Setaraf yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengesahkan permohonan dengan menggunakan No. Unik ID pada Fasa 2 mulai 10 JANUARI 2011 hingga 4 APRIL 2011;
  • Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan Fasa 2, TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA;
  • Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan;
  • No. Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan bertujuan jika terdapat kesilapan No. Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan SPM;
  • Kata Laluan & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumat;
  • Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati;

Ekspo Selangkah ke UITM 2011

Ekspo Selangkah ke UITM 2011



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada lepasan sekolah, dijemput hadir ke Ekspo Selangkah ke UITM 2011 yang berlangsung pada hari ini, 26/3/2011 dan 27/3/2011. Terutama kepada lepasan SMK Jengka Pusat 2, Silalah ke UITM Jengka ya.

Sekian terima kasih.

Yayasan Pahang Geran Bantuan Pelajar Ke IPT

PERMOHONAN GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT


Adalah dimaklumkan, Yayasan Pahang telah membuka permohonan kepada mereka yang layak untuk membuat permohonan Geran Bantuan Pelajar ke IPT. Sila muat turun borang di bawah :

BORANG GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT

Anda juga boleh memuat turun borang di ruangan Muat Turun laman web ini. Permohonan ini dibuka bermula pada 25 Mac 2011 (Jumaat).

Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang di atas.

 Sebarang pertayaan sila hubungi Yayasan Pahang di alamat:
 
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-5181800
Fax: 09-5181888 atau
e-mail: ypahang@yp.org.my

Geran Bantuan Pelajar ke IPT 

PENGENALAN
 
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan.

Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.

KRITERIA

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai ;

i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii. sekiranya Pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang , maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP.

iii. Mestilah 2 orang daripada ibu atau bapa dan pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM 2009.

3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 2 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi buat kali pertama dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S.

4. Borang permohonan boleh dimuat dari laman web ini atau boleh didapati di pejabat YB ADUN, pejabat penghulu atau kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang.

5. Bayaran secara tunai akan hanya dibuat sekiranya pelajar datang sendiri ke YP dengan membawa bersama-sama dokumen berikut (salinan hendaklah disahkan benar)  :-
  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Surat tawaran asal dari IPTA/S dan salinan yang disahkan
  • Kad pengenalan asal dan salinan yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibubapa
  • Surat pengesahan bermastautin (sekiranya berkaitan)
  • Sijil SPM/STPM asal dan salinan yang disahkan
  • Resit bayaran /yuran pendaftaran bagi pelajar-pelajar Kolej Swasta
    Sekiranya tiada resit bayaran pendaftaran, pelajar dikehendaki mengemukakan surat akuan telah mendaftar dari pihak IPTS tersebut.
6. Bantuan dikhususkan kepada pelajar yang baru memulakan pengajian buat kali pertama di peringkat Pra-Diploma, Diploma, Asasi atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S berikut:-
a) 20 IPTA :
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - dulu KUKTEM
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - dulu KUSTEM
  15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - dulu KUiTTHO
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - dulu KUTKM
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - dulu KUKUM
  18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) - dulu KUSZA
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - dulu ATMA
b) 8 IPTS :
  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  2. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  3. Universiti Multimedia (MMU)
  4. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
  6. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
c) Program Pra-Diploma UiTM

d) Program Sijil Kemahiran dan diploma di Kolej Antarabangsa IKIP.

e) Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

f) Sijil/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

g) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma francais/usahasama/kawal selia/berkembar dengan Universiti-universiti Awam tempatan sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.

h) Kolej-kolej dibawah Kerajaan /Yayasan Negeri bagi peringkat Diploma dan Ijazah di seluruh Malaysia menepati syarat kriteria No. 6 (g).

i) PSDC dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bagi peringkat Diploma sahaja.

j) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/ Matrikulasi Kolej Swasta yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.

k) Program persediaan ke luar negara tajaan kerajaan (JPA/MARA/FELDA/PETRONAS, dsb) seperti program South Australian Matriculation dan A-Level.

l) Kes permohonan Skim Pelajar Cemerlang IPTA/S dengan menggunakan slip percubaan SPM, hendaklah dirujuk kepada Pengurusan Yayasan Pahang dan Keputusan adalah muktamad.

m) Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

n) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.

7. Kelulusan permohonan akan dibuat oleh Pengurusan YP. Keputusan pegawai yang bertugas adalah muktamad dan tiada kes-kes rayuan bagi permohonan ini.

8. Pengesahan borang(di ruangan E) dari Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP atau Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu hendaklah diperolehi.

9. Program separuh masa, Pra-diploma IPTS, lepasan Matrikulasi KPM, lepasan diploma dan lepasan ijazah tidak layak memohon geran ini.

10. Senarai yang tidak layak memohon Geran Bantuan Pelajar ke IPT Yayasan Pahang:-

i) Semua institut perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia atau program berkembar,
ii) Diploma Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia,
iii) Semua institusi pengajian di bawah Jabatan Tenaga Rakyat (ILP, ADTEC, JMTI, CIAST dan sebagainya),
iv) Akademi Laut Malaysia (ALAM),
v) Institut Kemahiran Belia (IKBN & IKTBN dan sebagainya),
vi) Pusat Kemahiran MARA (IKM, Giat MARA dan sebagainya),
vii) Kolej Professional MARA


57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013


 

Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang

Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2011

Adalah dimaklumkan, Yayasan Pahang telah membuka permohonan kepada mereka yang layak untuk membuat permohonan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2011. Biasiswa berprestij ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

IKLAN PERMOHONAN
Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2011





BORANG PERMOHONAN

Anda juga boleh memuat turun borang di ruangan Muat Turun laman http://www.yp.org.my/.  Permohonan ini dibuka bermula pada 19 Mac 2011 (Sabtu).

Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang


57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 


Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian TInggi Awam dan Swasta di dalam negara hingga ke peringkat pengajian tertinggi.
Biasiswa berprestij ini ditawarkan oleh Yayasan Pahang selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia.

Kelayakan memohon
  1. Anak Negeri Pahang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Pahang Darul Makmur
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
  3. Lulus di peringkat berikut :-
    1. Calon SPM - 9A1
    2. Calon STPM - 4 Prinsipal A
  4. Memilih bidang selektif dan kritikal seperti perubatan, kejuruteraan aerospace, farmasi, bioteknologi, sains nuklear dan lain-lain (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai rekod sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Nilai Anugerah
Jenis Pembayaran Kadar
Perubatan RM) Lain-lain Bidang (RM)
Elaun Sara Hidup 9,240/tahun 8,400/tahun
Elaun Buku 1,000/tahun 600/tahun
Elaun Alat Perkakas - 500 -
Elaun Tesis - 400 -
Elaun Kertas Projek - 200 -
Elaun Komputer - 5,000 (maksima) -
Yuran Pengajian - seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian -
Tambang Kapal Terbang - sekali setahun pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak -

Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Yayasan Tenaga Nasional

Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa TNB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yayasan Tenaga Nasional mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa bagi mengikuti program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2011.


SILA BACA IKLAN DAN ARAHAN DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG.

PERHATIAN:
 *Permohonan perlu diisi secara berasingan bagi setiap jenis pembiayaan yang dipohon; Biasiswa Universiti Terkemuka Luar Negara / Biasiswa Dalam Negara (UNITEN) / Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

* Bagi Biasiswa Luar Negara, calon perlu memasukkan ke dua-dua mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris 1119 - GCEO Level untuk SPM/SPMV .

 *Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris 1119 - GCEO Level adalah mata pelajaran yang berbeza.
 

ARAHAN PENGISIAN BORANG ONLINE (BIASISWA)
  1. Sila guna huruf besar semasa mengisi borang.
  2. Biasiswa yang ditawarkan adalah bagi program Luar Negara dan di UNITEN. Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap program.
  3. Sila isi nombor telefon rumah dan bimbit yang mudah dihubungi dan memaklumkan kepada kami sekiranya ada berlaku perubahan nombor telefon.
  4. Bagi pemohon lepasan STPM, selain keputusan STPM 2010, maklumat keputusan SPM juga adalah wajib diisi.
  5. Nama pemohon, bapa, ibu atau penjaga mestilah seperti di dalam kad pengenalan.
  6. Sekiranya bapa atau ibu sudah meninggal dunia, sila nyatakan di ruangan jawatan di bahagian butir-butir ibubapa/penjaga.
  7. Maklumat pendapatan ibu bapa/penjaga perlu diisi. Gaji sebulan ialah pendapatan kasar bulanan yang diperoleh dari penggajian, perniagaan dan lain-lain pendapatan dan keuntungan termasuk elaun tetap dan pencen.
  8. Sekiranya bapa, ibu atau penjaga adalah anggota kerja TNB/LLN sila isi no pekerja TNB/LLN di ruangan berkaitan.
  9. Masukkan penglibatan aktiviti ko-kurikulum seperti kelab / persatuan / sukan / jawatan tertinggi dan anugerah istimewa bagi tahun 2009 dan 2010 sahaja.
  10. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
  11. Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
  12. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2011
  13. Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
·         Temuduga bagi program UNITEN pada 2 April 2011
·         Bengkel Pemilihan (Educamp) bagi Program Universiti Luar Negara pada 11 April 2011
·         Temuduga bagi Program Universiti Luar Negara pada 18 April 2011
tiada sebarang surat menyurat akan dikeluarkan.
  1. Sesi temuduga dijangka akan bermula pada Uniten 5 April 2011 dan Luar Negara 19 April 2011.   
  2. Calon yang tersenarai pendek untuk ke sesi temuduga WAJIB membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di Bahagian A- Senarai Semak.

 Alamat Pejabat KM 7, Jalan Kajang-Puchong
43009 Kajang
Selangor

No Tel : 03-89247500
No Fax : 03-89247501


Alamat Surat Menyurat
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70,
Pejabat Pos B.B.B.,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Sebarang Masalah / Pertanyaan mengenai Bantuan Biasiswa /Pinjaman Boleh-Ubah bolehlah menghubungi:-

UNITEN Samb.
En. Ahmad Zehne - 03-89247528
En. Ahmad Iqbal - 03-89247537
En. Mohd Hakimi - 03-89247524
En. Mohd Nasir Ali - 03-89247519
LUAR NEGARA
En. Mohd Atrash - 03-89247525
Pn. Zalina - 03-89247514
Masalah Teknikal / Sistem
En Mohd Jafri - 03-89247523
En Nazlan - 03-89247543
En Mohd Amrizal - 03-89247549

 MUAT TURUN












Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011

Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011 

 
(Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai dari hari keputusan SPM 2010 diumumkan

Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Alhamdulillah, hujung minggu begini saya mencuri masa yang ada untuk mengemaskini informasi di blog ini. Meskipun mungkin agak ketinggalan untuk saya publishkan namun moga ia dapat membantu mereka yang memerlukan. Sekian,wassalam.

Untuk Maklumat lanjut sila ke http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2011_piln/Iklan_Permohonan_piln_2011.pdf

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian boleh disemak seperti berikut:

JPA

MARA

Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Permohonan Tajaan JPA dan MARA Tahun 2011

Program Pengajian


Program Pengajian Penaja Negara
1 Perubatan JPA India, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College)


JPA/MARA Timur Tengah : Jordan


MARA Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland  Program Berkembar dgn IPT Tempatan
2 Pergigian JPA Australia,India, Ireland, New Zealand & UK


JPA/MARA Timur Tengah : Mesir


MARA India
3 Farmasi JPA Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham)
4 Optometri MARA New Zealand & United Kingdom
5 Bioteknologi MARA Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand
6 Kejuruteraan MARA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & New Zealand
7 Kejuruteraan Jerman
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA/MARA Jerman
8 Kejuruteraan Perancis
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA/MARA Perancis
9 Kejuruteraan Akademik Jepun
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA Jepun
10 Kejuruteraan Sepanyol MARA Sepanyol
11 Sains Aktuari MARA Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand
12 Perakaunan MARA Australia & New Zealand
13 Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT MARA Amerika Syarikat & Jepun
14 Sains Tulen
(Fizik, Kimia, Biologi)
JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
15 Senibina JPA Australia & United Kingdom
16 Undang-Undang JPA United Kingdom
17 Pelancongan JPA Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom
18 Sastera Ikhtisas
(Ekonomi/Kewangan)
JPA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & Jepun
19 (Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Kewangan) MARA Amerika Syarikat
20 Sastera Ikhtisas Timur Tengah
(Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam)
JPA/MARA Jordan
21 Diploma Kejuruteraan
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)  (berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)
JPA Program Teknikal di Jepun/Korea
22 Sains JPA Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM
23 Sastera JPA Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM
24 ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains MARA Australia dan New Zealand
25 Kejuruteraan & Perubatan MARA IPT Tempatan & Universiti Luar Negara kampus Malaysia
26 Sastera Ikhtisas
(Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan)
MARA IPT Tempatan

Sila rujuk syarat khusus di pautan di atas untuk mengetahui syarat akademik untuk memohon program pengajian yang disenaraikan ini.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

Temuduga

  • Keputusan panggilan temuduga JPA : 8 April 2011
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 14 April 2011
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 -15 April 2011.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

Masalah Teknikal

Semasa Mengisi Borang

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541 atau 03 8885 3453.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4443, 03 8885 4435 atau 03 8316 4444.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April sehingga 16 April 2011.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan.

Maklumat

Pertanyaan

  • JPA :                                                                                                                                        
    Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my
  •  MARA: 
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

 

  SILA KE http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/piln/


Teknik Menjawab Soalan Temuduga


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .