Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Penggredan dan CGPA dalam STPM

 Penggredan dan CGPA dalam STPM 

Setiap pelajar Tingkatan 6 dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 4 subjek. Mata pelajaran yang wajib diambil ialah Pengajian Am (PA). Bagi 3 subjek lagi, pelajar diberi pilihan untuk memilih subjek apa yang wajar diambil berdasarkan pakej yang ditawarkan di sekolah masing-masing.

Pelajar yang telah menduduki STPM akan mendapat pointer atau CGPA semasa mengambil keputusan. Berikut merupakan gred dan CGPA bagi STPM. CGPA diperoleh dengan menjumlahkan semua pointer subjek dan kemudian dibahagikan dengan jumlah subjek iaitu 4.


Senarai gred dan pointer adalah seperti berikut :
  • A = 4.0
  • A- = 3.67
  • B+ = 3.33
  • B = 3.0
  • B- = 2.67
  • C+ = 2.33
  • C = 2.0
  • C- = 1.67
  • D+ = 1.33
  • D = 1.0
  • D- = 0.67
  • E = 0.33
  • G = 0
*Gred C ke bawah dikira "lulus sebahagian" dan Gred G menyatakan bahawa ia gagal dalam kertas berkenaan.
 readmore...

Contoh pengiraan CGPA :
"J" mendapat keputusan seperti berikut :
Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : B- (2.67)
Ekonomi : C (2.0)
Sejarah : B (3.0)

CGPA = 2.92 .....{4.0+2.67+2.0+3.0} dibahagikan dengan 4.

Walau bagaimanapun, pelajar Tingkatan 6 tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 5 subjek. Ingat, maksimum ialah 5 subjek sahaja. Pelajar yang mengambil 5 subjek dikatakan "mendapatkan perlindungan insurans" kerana gred atau CGPA yang diambil kira hanyalah 4 subjek yang terbaik.

Sebagai contoh, 'Z' mendapat keputusan seperti berikut :
Pengajian Am : A (4.0)
Bahasa Malaysia : A (4.0)
Ekonomi : A (4.0)
Sejarah : A (4.0)
Perakaunan : B (3.0)

GRED : 4 A (hanya 4 gred terbaik diambil.)
CGPA : 4.0 (hanya 4 pointer terbaik dikira.)


Kredit kepada http://peperiksaantips.blogspot.com/2009/12/pengredan-dan-cgpa-dalam-stpm.html 

Related Posts:

  • Pelajar OKU cemerlang STPMPelajar OKU cemerlang STPM CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak menghalang pe… Read More
  • Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010 Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010 Peristiwa ini sudah berlalu lama tetapi ia dimuatnaik di sini sebagai perkongsian kisah kejayaan insan-insan cemerlang, yang datang dari luar bandar dan juga Orang Kelai… Read More
  • Buta mata, bukan buta hati 'Buta mata, bukan buta hati' JOHOR BAHRU 21 Feb. - Cacat penglihatan tidak menghalang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar di sini, Muhamad Nadhir Abdul Nasir mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekola… Read More
  • Tingkatan 6 bukan lagi pilihan terakhir BOLEH BERJAYA...meskipun menganggap tingkatan enam susah, masih ada pelajar boleh meraih keputusan cemerlang. - Gambar hiasan. SEJAK dulu, tingkatan enam sering diklasifikasikan sebagai pendidikan sukar dan menjadi … Read More
  • Tingkatan 6 Guna Sistem Peperiksaan Modular Tingkatan 6 Guna Sistem Peperiksaan Modular Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT). … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .